Kalau Tanam Sayur Tanam Sekali Pokok Ini Supaya Sayur Tak Kena Serangan Ulat & Perosak

Share

Bila tanam pokok sayur di rumah, salah satu masalah yang akan dihadapi adalah serangan ulat atau perosak. Sayur baru nak naik, daun dah kena makan dek ulat. Ada juga yang mati kena serangan perosak.

Selain daripada guna racun serangga atau bahan kimia ada lagi cara yang lebih semula jadi untuk tangani masalah ini. Caranya tanam beberapa jenis pokok ini di antara pokok sayur.

Serai

Kalau nak pastikan daun pokok kunyit yang ditanam elok tak dimakan ulat, tanam sekali serai. Bau serai ini tak disukai ulat perosak jadi daun kunyit pun akan elok. Begitu juga pokok sayur lain.

Kucai

Boleh juga tanam pokok kucai. Tambah pula pokok ini memang mudah ditanam. Bahan kimia yang terkandung pada kucai dapat menghalang kehadiran afid dan kumbang di tanaman atau pokok sayur.

Ulam raja

Ulam raja ini memang sedap dan menariknya ia merupakan musuh ketat kepada kupu-kupu. Bahaya kupu-kupu yang meninggalkan larva di bawah daun boleh melemahkan tanaman. Jadi tanam pokok ini bersebelahan atau dekat dengan pokok sayur.

Ketumbar jawa

Tumbuhan ini merupakan satu kemestian di dapur. Kebaikan padanya bukan sahaja menyedapkan makanan, ia juga dapat menghalau kumbang, afid dan hama yang disebut sebagai spider mite.

Cara tanam

Selang selikan tanaman ini antara pokok sayuran atau tanamkan pokok ini di setiap penjuru kebun. Angin akan membawa bau tanaman ini ke seluruh kebun dan menjadi penghalau semula jadi pada serangga perosak di kebun.

Semoga bermanfaat.

 

 

IKLAN