Penularan virus Covid-19 bukan saja memberi kesan kepada manusia tapi juga haiwan. Salah faham dan kebimbangan haiwan boleh mengakibatkan jangkitan virus bahaya ini kepada manusia menyebabkan kadar haiwan terbiar meningkat kebelakangan ini.
Bagi pencinta haiwan, melihat haiwan yang banyak terbiar di jalanan memang menyedihkan. Apatah lagi apabila mengenangkan haiwan ini tanpa makanan, sakit atau lebih buruk disakiti oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Disebabkan inilah Royal Canin Malaysia bekerjasama dengan Petfinder.my menggalakkan orang ramai mengambil haiwan terbiar ini bagi dijadikan binatang peliharaan di rumah supaya kebajikan mereka terjaga.
Boleh cari dan ambil binatang peliharaan di Petfinder.my
Sebahagian daripada kucing yang menanti untuk dipelihara oleh pemilik baru di Petfinder.my
Selain mengambil terus di jalanan, mereka yang bersimpati dengan nasib haiwan-haiwan terbiar ini atau berhasrat memelihara haiwan di rumah boleh terus mencarinya di laman web www.petfinder.my.
Menerusi laman web ini, kita boleh memilih pelbagai haiwan comel, daripada kucing, burung, arnab, hamster, anjing dan sebagainya untuk jadi peneman di rumah.
Ads
Malah boleh juga mendaftarkan haiwan yang dimiliki untuk diberikan kepada orang lain.
Jika anak berminat memiliki haiwan peliharaan, aktiviti mencari haiwan peliharaan di laman web ini boleh dilakukan bersama mereka.
Adanya haiwan peliharaan ini sebenarnya mampu melatih anak supaya bertanggungjawab, dan juga mengajar mereka erti kasih sayang.
Ambil haiwan peliharaan, dapat kit permulaan Royal Canin percuma
Menariknya bagi memastikan haiwan yang diambil di sini mendapat khasiat pemakanan yang mencukupi, Royal Canin Malaysia akan memberikan kit permulaan penjagaan haiwan secara percuma kepada pemilik.
Ads
Kit ini mengandungi satu pek makanan haiwan Royal Canin (terhad kepada 100 beg penebusan setiap bulan). Selain itu turut disediakan dalam kit adalah mangkuk dan cawan untuk penyediaan makanan haiwan dan juga panduan penjagaan haiwan.
Pemilik haiwan juga akan menerima baucar diskaun 30 peratus sehingga RM50 untuk pembelian atas talian di kedai Shopee Royal Canin. Kit peralatan makanan dan baucar diskaun ini terhad kepada 150 penebusan setiap bulan.
Ads
Untuk maklumat lanjut tentang produk Royal Canin boleh layari laman web www.royalcanin.com/my.
Ikuti juga Royal Canin di saluran media sosial Facebook RoyalCaninMY dan Instagram @royalcaninmalaysia untuk maklumat terkini.
Fucuk ini selalu kita gunakan dalam masakan. Biasanya kita beli, rupanya nak buat sendiri pun boleh. Fucuk ini dibuat dari air kacang soya saja.
Sambil-sambil buat sendiri air kacang soya bolehlah buat sekali fucuk ini. Caranya dikongsi oleh Norlela Abdul Lahak. Dijamin bersih dan kita pun tak was was nak makan.
Buat sendiri fucuk kering, senang rupanya
Bahan-bahan:
1 kg kacang soya (direndam 6 jam)
Chopstick besi atau plastik.
Kain kasa atau penapis serbuk teh
Cara membuat:
1. Kisar kacang soya, letak air paras kacang soya saja.
2. Kemudian masukkan kacang soya kisar ke dalam kain kasa dan perah untuk ambil airnya. Boleh ulang dua kali untuk ambil airnya. Hampasnya boleh dibuang.
3. Dalam kuali atau periuk masak air soya gunakan api perlahan.
4. Tunggu sampai bahagian atas air soya terbentuk lapisan yang berkedut.
5. Kemudian ambil chopstick untuk angkat lapisan fucuk.
6. Bila lapisan fucuk dah diangkat kemudian salai dan jemur.
Thermo pot antara barang elektrik yang masih digunakan. Senang bila nak guna air panas terutama kalau rumah tiada penapis air yang canggih tu.
Tapi masalah biasa guna thermo pot ini adalah ia meninggalkan kesan kuning di bahagian dalam. Cuci dengan sabun pun tak hilang.
Sebenarnya untuk bersihkan kesan kuning ini sebenarnya tak susah malah cara ini sudah ada dalam manual sesetengah jenama. Cuma guna limau kasturi saja.
Cara mudah bersihkan
1. Penuhkan air dalam pot.
2. Ambil lebih kurang 10 biji limau kasturi, potong dan perah jusnya dalam pot.
3. Biarkan limau dan air tadi masak dalam bekas tersebut.
4. Insya-Allah kesan kuning akan hilang tanpa perlu gosok.
5. Boleh guna macam biasa selepas buang air limau tadi. Ini hasilnya.
Jadikan proses ini satu rutin supaya thermo pot sentiasa bersih. Selamat mencuba
TIP PENJAGAAN
Pastikan air sentiasa penuh dan tutup suis alat ini jika meninggalkan rumah dalam masa yang lama supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.
Sentiasa periksa balang thermo pot supaya kesan kuning tidak melekat hingga sukar dihilangkan.
Nak beli bukan murah, jadi kakak-kakak kena la jaga perkakas kayangan ini dengan sebaiknya.
Bagi yang masih baru memandu atau baru dapat lesen info ini mungkin sangat berguna. Cara atau tip tentukan jarak parking yang sesuai dengan kereta depan waktu meletakkan kenderaan.
Bila dah tahu cara ini barulah dapat jarak antara kereta kita dengan kereta depan ngam-ngam, tak terlalu jauh dan tak terlalu dekat.
Info ini dikongsi oleh Altimat Autor Garage. Caranya cuma lihat hujung cermin depan dan juga bahagian belakang kereta di hadapan.
Cara 1
Perhatikan hujung cermin depan kereta kita, pastikan selari dengan tayar belakang kereta di hadapan. Jika dah selari maknanya jarak cukup selamat ada jarak sebuah kereta untuk lalu.
Cara 2
Jika mahu lebih rapat, pastikan hujung cermin depan kereta kita selari dengan bumper kereta di hdapan. Ini bermakna jaraknya tak terlalu rapat mudah untuk kereta kita atau kereta di depan keluar parking.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...