Kari daging sedap pastinya ada teknik atau cara tertentu membuatnya. Sama ada penggunaan rempah yang istimewa atau cara memasak.
Tapi bagi Syalfarina Razali untuk memastikan kari daging yang dibuat enak, ia diperap terlebih dahulu dengan serbuk kari.
Katanya lagi lama diperap lagi sedap kari daging, rasa kari akan meresap hingga ke dalam daging. Bagi resipi kari daging yang dikongsi ini ia diperap selama empat jam dan rasanya memang tiada tandingan. Lauk ini boleh dimakan dengan apa saja pun sedap sama ada nasi, pulut, ketupat atau roti.
Tip buat kari daging sedap
Bahan-bahan
1kg daging -dipotong lawan urat
3 sudu serbuk kari (untuk buat perapan)
2 batang serai -diketuk
2 tangkai daun kari
Rempah empat sekawan
Cili kisar
1 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu serbuk kari daging
1-2 biji tomato -dipotong
1 kotak kecil santan
1 biji kentang -dipotong
2 sudu kerisik
Garam dan gula
Bahan tumbuk/kisar
2 biji bawang merah -sederhana besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
Ads
Cara membuat
1. Gaul daging dengan 3 sudu besar serbuk kari hingga rata. Perap selama 2-4 jam.
2. Selepas dua jam boleh mula memasak. Mula mula tumis dulu bahan tumbuk dan cili kisar. Tumis hingga naik bau.
Ads
3. Masukkan serbuk kunyit dalam tumisan bersama daging yang diperap tadi. Gaul. Tunggu sampai air daging keluar. Masukkan dua sudu serbuk kari daging. Kacau.
4. Seterusnya masukkan tomato yang dipotong (tomato akan hancur dalam kari). Biarkan mereneh sampai keluar air daging dan terbit minyak.
5. Tuang air masak ke dalam periuk, air biar separas engan daging. Jangan banyak sangat. Biarkan daging empuk. Reneh sehingga 1 jam 15 minit.
Ads
6. Selepas itu masukkan santan bersama kentang. Didihkan kuah dan biar kentang empuk.
7. Masukkan kerisik, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Siap
Ramai antara kita yang menanam pokok buah keliling rumah tapi hasil buah tak memberangsangkan. Buah tak lebat, tak manis dan banyak yang buruk atau dimakan ulat.
Agar pokok tak kira jambu, mangga, durian dan sebagainya menghasilkan buah yang elok, dan lebat boleh praktikkan dua jenis air semburan ini.
Dikongsi oleh Sasya Arisya, beliau mempraktikkan dua jenis semburan ini pada pokok jambu yang ditanam.
Sebelum ini buah jambu kurang lebat dan serta buahnya banyak berulat tapi setelah menyembur air baja dan air racun untuk elak serangga ini, pokok jambu berbuah lebat dan manis.
2 jenis air semburan untuk pokok buah
Saya kongsikan sekali tip & cara bancuhan baja dan racun yang saya praktikkan.
1. Semburan untuk elak serangga perosak/ lalat buah
Bahan yang diperlukan:
-100ml air tembakau
– 3ml cuka kayu
– 5ml sabun pencuci pinggan(tak kisah jenama apa pun)
– Botol spray( boleh beli di kedai ECO)
– Penyukat (Saya guna penutup ubat yg tidak digunakan lagi)
Cara membancuh:
-Campur semua bahan & boleh terus digunakan.
-Sembur ke pokok, daun atau serangga.
-Lebih disarankan sembur waktu petang selepas jam 6 petang atau malam sebab serangga aktif waktu malam.
2. Air baja Yakult
Ia merupakan hormon untuk pokok berbuah lebat, sesuai untuk semua jenis tanaman.
Bahan yang diperlukan:
-2 biji telur
-1 botol yakult
-1 botol mineral (tanpa air, botol sahaja)
Cara membancuh:
-Pecahkan telur kemudian masukkan dalam botol mineral guna corong. Masukkan sebotol yakult.
-Tutup botol & goncang hingga sebati.
-Sebelum perap, kempiskan botol baru tutup penutup botol.
-Perap selama seminggu.
-Simpan ditempat bersuhu bilik, elakkan terkena cahaya matahari.
Cara guna:
Untuk buat semburan ke pokok bancuh 2-3 sudu besar air baja ini dan campur dengan 20 liter air.
Untuk siraman ke tanah, bancuh 5 sudu besar air baja bersama 20 liter air.
Siram/sembur pagi & petang. Seminggu sekali pun cukup.
Isu kehilangan wang dari akaun bank masih hangat diperkatakan. CIMB antara bank yang tular kerana kehilangan wang melibatkan institusi bank ini.
Sebagai langkah berhati-hati mengelakkan kita menjadi mangsa scammer punca kehilangan wang ini, langkah berikut boleh membantu. Pastikan tiada akaun perbankan online tidak link atau disambung dengan mana-mana nombor telefon yang tidak dikenali. Cara untuk menyemak akses tersebut dikongsi oleh Fariz Hazwan.
Cara semak akses tidak dikenali dengan akaun
Memandangkan isu CIMB ni tengah hangat. Ramai pertikai macam mana boleh transfer duit ke account scammer tanpa TAC.
Ini berlaku kemungkinan account anda dah link dekat telefon scammer. Sekiranya ada, boleh delete dan tukar password anda secepat mungkin.
Boleh check selalu untuk pastikan tiada telefon tidak dikenali ada akses kepada akaun CIMB anda.
Ini ikhtiar selain mengharap CIMB upgrade security mereka. Boleh tengok gambar di bawah untuk semak langkah-langkah tersebut.
1. Login apps CIMB anda dan Slide ke tepi untuk pergi ke Setting.
2. Tekan pilihan Setting.
3. Sekiranya ada device lain selain telefon anda, boleh delete. Slide kiri ada untuk delete.
Point di sini, jangan kita tekan apa apa link jika terima message yang suspicious seperti kurier hantar barang, menang hadiah, notification duit masuk, so jangan tekan dulu. Untuk keselamatan bersama.
Kalau lesen memandu dah tamat tempoh atau ‘mati’ waktu PKP ini, jangan risau nak ke pejabat pos atau JPJ.
Boleh buat secara online. Duduk rumah isi borang melalui laman web myeg dan tunggu saja lesen dihantar melalu pos. Senang kan. Boleh ikut langkah demi langkah yang dikongsi oleh DamianaJun.
Step by step renew lesen online
Bagi yang nak renew lesen boleh buat online. Saya share step by step macam mana nak buat. In shaa Allah senang saja, dah siap posmen hantar sampai depan pintu.
1. Buka portal www.myeg.com.my. Masukkan username dan pasword. Kalau belum register, sila buat dulu. Senang saja.
2. Nanti akan keluar paparan begini dan pilih logo JPJ sebab kita nak berurusan dengan JPJ.
3. Kemudian akan keluar senarai perkhidmatan, pilih Driving License Renewal.
4. Tekan proceed.
5. Isi segala maklumat yang diminta antaranya tempoh pembaharuan lesan, isi alamat jika nak lesen dihantar.
6. Dah selesai isi, akan keluar paparan ini. Semak untuk pastikan semuanya betul. Kemudian tekan proceeed.
7. Klik setuju dan tekan proceed.
8. Akan keluar paparan pembayaran. Klik online banking.
9. Dah siap permohonan, tunggu dalam 4-5 hari untuk penghantaran lesen. Runner akan call terlebih dahulu.