Kek Coklat Bajet, Tak Perlu Mixer Pakai Senduk Saja Tapi Tetap Gebu

Share

Siapa saja yang tak suka kek coklat. Anak-anak lagilah. Berbaloi buat di rumah. Tak perlu beli bahan mahal kita boleh ikut kek coklat Azlina Ina Fans.

Bahannya cukup mudah dan murah. Sekali beli boleh buat 2-3 kali kek ini.

Tak perlu ada mixer, cuma kacau pakai senduk jer, tapi hasilnya kek tetap gebu.

Bahan-bahan:

3 biji telur
1 cawan gula (suka manis tambah)
1 cawan minyak
1 cawan 1/2 tepung self rising + 1 sk soda bikarbonat
atau kalau takde boleh pakai tepung gandum campur 1 sudu kedil soda bikarbonat dan 1 sudu kecil baking powder(ayak)
1/2 cawan serbuk koko (kalau takde Milo pun boleh


1/4 cawan air panas

Cara membuat:

1. Senang saja penting ade senduk dan besen. Masuk telur dgn gula. Kacau tak payah kembang pun.

2. Masuk minyak kacau sampai sebati.

3. Masuk tepung.

4. Masuk serbuk koko, kacau perlahan-lahan sampai sebati.

5. Masuk air panas, ok dah cair elok.

6. Macam ni rupa adunan kek kita. Masuk loyang saiz. Bakar suhu 170 masa 50 minit atau kukus 40 minit.

7. Siap! Gebu sangat

Selamat mencuba!

Ps: Admin pun dah cuba, menjadi!

Sumber: Azlina Ina Fans

IKLAN