Kelebihan Tanam Sayur Dalam Pasu Bersumbu. Boleh Buat Pakai Botol Air Mineral Atau Minyak

Share

Bagi yang suka bercucuk tanam tapi kurang masa untuk menguruskan tanaman boleh gunakan kaedah pasu bersumbu ini.

Tak perlu beli pasu khas, boleh buat sendiri guna botol air minerai atau botol minyak masak. DIY pasu dan kelebihan guna sistem wick ini dikongsi oleh Bisnes Chanel.

Kelebihan guna pasu bersumbu/ sistem semi wick

  • Pembaziran baja liquid atau siraman air dapat di jimatkan.
  • Media tidak berlecak akibat lebihan siraman baja atau air.
  • Akar dapat menyerap baja dengan lebih efektif.
  • Tanah atau tapak bawah tidak berlecak dan lebihan air dapat di gunakan kembali untuk siraman ke tanaman yang lebih besar.
  • Kurang tekanan haba dari tapak ketika waktu panas terik.
    Kurang percikan air tanah ketika waktu hujan. (Media boleh guna sabut atau tanah campuran. Hanya sesuai untuk tanaman renek sahaja).

DIY pasu bersumbu

1. Bahan yang di gunakan iaitu botol air mineral, pasu kecil, span dan media tanah.Boleh juga menggunakan sabut / cocopeat jika ingin menggunakan baja AB.

2.Potong botol kepada dua bahagian saperti di dalam gambar. Ukuran yang mana besar ikut kesesuaian ruang pasu atas yang nak digunakan.

3.Masukkan botol kecil di bawah lubang botol sehingga terkeluar sedikit dan selitkan span di celah lubang pasu kecil itu.

4. Masukkan media kedalam botol bhgn atas. Bahagian bawah botol di buarkan kosong untuk menampung lebihan air media.

5.Tanamlah pokok yg sesuai. Saya tanam anak pokok terung.

Boleh tanam di balkoni atau tepi rumah. Tanaman mudah jaga dan tak kotor.

Sumber: Bisnes Chanel

 

IKLAN