Kenapa ya ada yang rasa orang bau daun ketumbar ini wangi dan sesetengah lagi merasakan daun ini busuk malah kalau tergigit terasa macam sedang menggigit kumbang.
Kalau nak tahu sebenarnya ia ada kaitan dengan genetik kita. Ha ramai yang tak tahu kan. Perkara ini dikongsi di laman Ini Sains Beb baru-baru ini.
Siapa yang kata daun ketumbar busuk angkat tangan!
Saya rasa daun KETUMBAR berbau seperti kumbang!
Bukan memilih… Ramai orang yang juga ‘alah’ pada bau ketumbar. Kenapa ya?
Ketumbar (nama Inggeris: cilantro, coriander. Nama saintifik: Coriandrum sativum) adalah sejenis tumbuhan herba dari keluarga Apiacea.
Bau ketumbar mempunyai nuansa sitrus yang dipengaruhi oleh kompaun kimia linalool.
Namun, ketumbar sebenarnya memberikan persepsi bau (dan rasa) yang berbeza pada setiap orang. Ada yang mendapati bau ketumbar segar, dan rasa sitrus. Ada pula sesetengah golongan mendapati baunya seakan serangga, sabun atau sayur reput!
Ads
Bagaimana ini terjadi?
Ketumbar mengandungi tinggi kompaun aldehid yang juga terdapat dalam sabun dan sesetengah serangga. Contohnya seperti kompaun aroma dari kumpulan (E)-2-alkenals dan aldehid yang tidak tepu seperti decanal, decenal.
Kenapa sesetengah orang tak bau ketumbar pelik?
Sebenarnya, ia juga dipengaruhi oleh genetik kita. Terdapat kluster gen yang mengaruh persepsi rasa pada manusia. Contohnya gen OR6A2 yang mengekod reseptor yang sensitif pada kompaun aldehid.
Ads
Jadi, jika seseorang memiliki variasi gen ini mereka akan sangat sensitif dengan bau aldehid.
Contohnya pada ketumbar. Orang lain lebih bau sitrus dari linalool, orang dengan variasi genetik OR6A2 dapat lebih menghidu bau aldehid sabun dan serangga tersebut.
Terdapat 14-21% dari orang Asia Timur, Afrika, Caucasian tidak menyukai ketumbar. Manakala, hanya 3-7% saja dari populasi seperti Asia barat, Hispanic, South Asian, Timur tengah tidak sukakan bau ketumbar.
#cisplatin
#SainsDapur
Ads
RUJUKAN
Knaapila, A. et al. Chem. Senses http://dx.doi.org/10.1093/chemse/bjs070 (in the press).
Mauer, L. & El-Sohemy, A. Flavour http://dx.doi.org/10.1186/2044-7248-1-8 (2012).
Quynh, C. T. T., Iijima, Y. & Kubota, K. J. Agr. Food Chem. 58, 1093–1099 (2010).
Mesti dah ada yang rancang nak masak nasi ayam hujung minggu ini. Apa kata untuk masak nasi guna cara yang dikongsi Aisyah Humaira.
Barulah hasil nasi ayam rasa lebih enak dan gebu malah baunya akan jadi wangi sangat. Makan nasi saja pun dah sedap.
Cara buat nasi ayam gebu, harum & sedap
Bahan-bahan:
1 ketul mentega (guna suku sahaja)
2 kiub pati ayam
4 cawan teh beras wangi/basmati
3-4 senduk besar air rebusan ayam dan air biasa secukupnya
Bahan tumis:
1 biji bawang besar – dipotong 4
3 ulas bawang putih
2 helai daun pandan disimpul
4 keping nipis hirisan halia
Cara Membuat:
1. Dalam kuali, cairkan mentega dan masukkan bahan tumis, masak hingga bawang layu. Masukkan kiub pati ayam biarkan sebati.
2. Kemudian matikan api, kekalkan kuali atas dapur gas kemudian masukkan pula beras, air rebusan ayam serta air biasa dan sukat beras sama macam biasa. Kacau sebati masaklah hingga nasi masak. Siap.
3. Kalau masak dalam periuk nasi pun caranya yang sama.
Tip nasi masak cantik:
Setelah nasi masak terus gemburkan nasi perlahan-lahan biar nasi cantik berderai.
Jamuan sekolah memang selalu diadakan, dari jamuan raya, jamuan akhir tahun, jamuan hari guru dah sebagainya. Mak-mak yang ramai anak memang selalu pening fikir apa nak bawa. Kalau ada lagi yang sedang fikir apa menu yang hendak disediakan untuk jamuan sekolah anak, idea yang dikongsi Rose Senni ini boleh kita tiru.
Menyediakan spageti bolognese daging, ia memang menu biasa tapi cara penyediaannya yang menarik kerana praktikal untuk anak-anak makan. Spageti ini diisi dalam cup atau cawan plastik sekali dengan garfu memang memudahkan kerana tak perlu guna pinggan. Boleh terus gaul dan makan.
Spageti bolognese daging dalam cup
Alhamdulillah tengah sarat menunggu hari dapat siapkan menu untuk jamuan akhir tahun untuk 3 orang anak. Total untuk 120 orang makan. Terima kasih pada ahli group MAHN yang pernah berkongsi idea untuk hidang macam ni. Maaf sebab tak ingat siapa.
Saya masak 3 kali sebab waktu jamuan berbeza dan banyak sangat. Sekali masak untuk 40 cup. Dah hantar anak-anak akan letak siap garfu/chopstik. Mudah sebab tak perlu pinggan bagai dah. Boleh terus gaul dan makan.
Ni resipi Spagetti Beef Bolognese cara saya. Nak tukar Chicken Bolognese pun boleh. Boleh ubah ikut kesesuaian dan bahan masing-masing. Untuk yang nak buat jualan pun saya rasa ok. Resipi untuk 40 cup atau 40 orang.
Bahan-bahan:
2 pek spagetti (direbus dengan sedikit minyak)
Bahan kuah spagetti :
5 tin sos Prego cendawan
1 tin sos pasta cendawan Adabi
2 pek daging lembu kisar Ramly
1 tin cendawan butang (dihiris halus)
3 biji capsicum / cili benggala (3 warna dipotong dadu)
1 biji bawang holand (dipotong dadu)
1 batang lobak merah (dipotong dadu)
6 batang sosej (dihiris halus)
2 cawan air (ikut sukatan tin Prego)
Sedikit garam
2 ulas bawang merah (tumbuk halus)
1 ulas bawang putih (tumbuk halus)
5 batang sosej (direbus dan dihiris kasar untuk hias di atas. Kalau ada bajet lebih boleh letak meatball yang dah digoreng)
Cara membuat
1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau
2. Masukkan daging kisar. Kacau sehingga daging masak akan bertukar ke warna coklat.
3. Masukkan sosej dan lobak merah kacau sebati.
4. Masukkan capsicum dan bawang holand dan kacau sebati.
5. Masukkan sos prego dan sos adabi. Kacau semuanya dan tambah air serta garam.
6. Biarkan menggelegak sekejap kemudian boleh tutup api.
7. Sediakan cawan plastik, masukkan kuah diikut dengan spageti di atasnya. Tutup dengan penutup cawan (pastikan spageti dan kuah sejuka terlebih dahulu).
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...