Kalau anda perasan, ketika hamil selalunya wujud garisan hitam di bahagian perut hingga ke ari-ari. Ada sesetengan individu yang risau akan garisan itu yang semakin lama semakin jelas di perutnya, terutama ketika hamil.
Hal ini menyebabkan Doktor Perubatan, Blogger, Penceramah Kesihatan dan Penasihat Pemakanan, Dr Zubaidi Hj Ahmad mendapat banyak soalan berkaitan dengan garisan hitam ini. Melalui Instagram, Dr Zubaidi menjelaskan sekali gus merungkai persoalan.
Ads
Disebut Linea Nigran
Pagi ini saya mendapat email. Seorang wanita yang hamil begitu risau tentang garisan hitam di perut (abdomen) beliau. Tanda hitam semakin jelas kelihatan setiap hari. Berbanding dengan rakan beliau yang juga hamil, tanda garisan hitam itu tidak begitu ketara.
Sebenarnya tanda garisan begitu disebut sebagai Linea Nigran adalah tanda yang normal, bukan bermakna mengalami apa-apa masalah kesihatan semasa hamil. Jadi jangan risau.
Wanita tak hamil pun ada garisan ni
Garisan ini sebenarnya lebih jelas bagi wanita yang sebelum hamil pun mempunyai garisan ini, cuma mungkin ia tidak berapa jelas. Ia mungkin lebih cerah dan disebut sebagai linea alba.
Ada sesetengah wanita garisan ini tidak kelihatan jelas pun. Garisan ini bermula dari pusat di abdomen sehingga ke tulang ari-ari (public bone). Semasa hamil ia kelihatan lebih gelap. Ia lebih kelihatan apabila seorang wanita menghampiri bulan ke lima usia kehamilan.
Ads
Disebabkan perubahan hormon
Tidak diketahui punca sebenarnya garisan ini berlaku. Cuma ada teori yang mengatakan ia disebabkan oleh perubahan hormon ketika hamil. Pada masa ini melanocyte-stimulating hormone yng dikeluarkan oleh uri (placenta) menyebabkan garisan ini menjadi lebih gelap. Ia juga menyebabkan kawasan di sekitar puting (areolar) menjadi lebih gelap.
Garisan lebih jelas kalau kurang asid folik
Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Family Medicine and Primary Care di India mendapati wanita yang mempunyai garisan kehamilan seperti ini berlaku pada wanita yang mengalami masalah kekurangan asid folik semasa hamil.
Sebenarnya kajian ini memberitahu bahawa kekurangan asid folik bukanlah penyebab masalah ini. Cuma wanita yang mengalami kekurangan asid folik akan menunjukkan garisan kehamilan yang lebih jelas.
Ads
Bukan petunjuk jantina bayi
Ia juga bukan sebagai tanda bahawa anak dalam rahem adalah anak lelaki. Jika ia berlaku, ia mungkin hanya kebetulan saja.
Jadi jangan risau dengan garisan ini. Ia adalah normal berlaku semasa hamil. Garisan ini akan semakin hilang apabila selepas melahirkan anak.
Sapukan sedikit minyak kelapa dara (VCO) atau serum vitamin E, garisan ini akan lebih cepat hilang. Pengambilan vitamin E juga membantu mencantikkan kulit selepas melahirkan anak. -Dr Zubaidi Hj Ahmad
VK pun perasan gak ada garisan macam ni kat perut. Mujur ada penjelasan daripada Dr Zubaidi ni. Hilang segala persoalan. Yalahkan, takut gak kalau bahaya ke, apa ke.
Rutin penjagaan kulit wajah selalunya bermula dengan pelembap, krim siang, serum, pembersih dan krim malam. Namun percaya tak, ada wanita yang tidak boleh gunakan serum, toner dan krim malam. Pun begitu kulitnya tetap cantik
Itulah pelakon cantik, Datin Maria Farida. Walau sudah berusia 47 beliau tetap awet muda dengan kulit wajah yang putih dan mulus.
Memandangkan ramai yang bertanya Maria dalam instagramnya memberikan beberapa tip penjagaan kulit wajah yang beliau lakukan setiap hari.
Jelas pelakon ini mengakui mengelak daripada menggunakan serum, toner dan krim malam kerana alah dengan tiga produk tersebut, sebaliknya dia menggunakan cara lain untuk merawat kulit.
Orang selalu tanya mengenai rutin penjagaan kulit wajah saya. Sejujurnya, saya tak ada rahsia pun. Apa yang saya lakukan ialah tiap malam bersihkan kulit wajah saya dengan tisu basah. Tak guna langsung serum antipenuaan, toner dan krim malam kerana saya elergik kepadanya bahan itu. Kulit wajah saya sangat sensitif.
Jadi, apa yang saya buat ialah setiap bulan saya buat facial di klinik untuk pastikan kulit saya diberi perhatian sebaliknya. Tiap kali saya di sini, saya akan jalani rawatan yang memberikan kulit saya nampak berseri, lembut dan anjal. Saya sangat sukannya. Untuk lebih menyerlah, saya ambik suplemen untuk kulit. TQ Dr.Hoe.
Jaga kulit wajah cara Datin Maria Farida
1.Tiap malam bersihkan kulit wajah dengan tisu basah.
2.Tak gunakan langsung serum antipenuaan, toner dan krim malam kerana elergik.
3.Setiap bulan buat facial di klinik untuk pastikan kulit diberi perhatian sebaiknya.
Tanyalah mana-mana wanita pasti menginginkan kulit yang putih. Kalau boleh dengan cara yang cepat sebab masyarakat kita beranggapan putih itu cantik.
Untuk korang yang mahu hasil yang instant boleh ikut cara @rihajamil yang berkongsi cara dia memutihkan kulit wajah dengan kaedah paling selamat tanpa perlu oles bahan kimia.
Ha yang nak putih boleh try cara ni, confirm selamat tiada penggunaaan bahan kimia. Lucukan tapi perkongsian gadis ini tular di Twitter hingga mendapat hampir 20K retweets.
Cili solok atau lada solok ini popular di Kelantan tapi nak cari di luar negeri Cik Siti Wan Kembang memang payah sikit. Cili jenis ini tak berapa pedas dan banyak diguna dalam masakan, yang paling popular solok lada.
Kalau susah sangat nak jumpa lada solok ini, apa kata cuba tanam sendiri. Boleh ikut perkongsian Ben Safwan ini.
Tip pokok lada solok berbuah lebat
Ben nak kongsi macam mana nak dapatkan pokok lada solok yang berbuah lebat, tahan penyakit seperti lalat buah, bena putih dan sebagainya. Daun pula subur menghijau tidak kerinting.
1. Semai dari anak benih atau nak senang,terus beli pokok yang hampir usia hampir 2 bulan dah di Sopi Ben. Dah stabil dah subur.
2. Sediakan media semaian iaitu tanah 5 atau 8 dalam 1. 1 bag 28 liter dicampurkan dengan 2 beg tanah merah yang dijual di nurseri dan 500 gram tahi kambing yang diperam. Ini cara Ben.
Nak senang terus masukkan ke dalam polibeg saiz 16×16 . Saiz ini sesuai sangat untuk pokok. Akan dapat lebih kurang 3-4 polibeg untuk setiap isian.
3. Alihkan anak pokok lada solok masuk ke media semaian baru. Jangan buang tanah sedia ada. Terus masukkan sekali dari polibag lama ke polibag baru.
Putik bunga dah keluar walaupun pokok kecil lagi
4. Permulaan 4-5 hari letak anak pokok direct terima cahaya matahari pagi – tengahari lepas tu letak tempat redup. Selepas tempoh masa ini baru letak di bawah cahaya terus. Pokok cili suka cahaya terus.
Cara siram dan pembajaan serta tip
Siram 1 liter air paip setiap 2 hari sekali . Kalau saiz polibag /bekas kecil,siram hari-hari pada awal pagi/lewat petang.
Spray plant booster 3 in 1 Ben setiap 4 hari sekali untuk bagi pokok subur,kuat,elak serangan racun serangga,bena putih dan lain-lain.
Minggu 1 guna baja subur ,Minggu 2 baja buah dan ulang. Anggaran 1 sudu kfc dan ikut tumbersaran pokok pada jarak 5-10 cm dari pangkal pokok.
Bila buah dah lebat,stop dulu baja buah. Teruskan dengan baja subur.
Buang daun yang tak diperlukan sebelum ranting Y dan juga jika tengok daun di bawah terlebih besar
Terlebih daun akan sebabkan nutrien tak sampai kepada buah, sebab daun yang serap nutrien tapi kena ingat. Daun ialah pekerja yang akan hasilkan buah yang lebat. Jadi kena berpada – pada pilih buang daun.
Jangan lupa cakap-cakap dengn pokok dan mohon doa supaya urusan tanaman dipermudah.