Makan

Kerabu Timun Bersantan Ini Sedap Makan Sejuk Sejuk. Lauk Buka Puasa Waktu Cuaca Panas Memang Sesuai

Share

Kerabu Timun ini memang sesuai sangat dihidang waktu berbuka ketika cuaca panas macam sekarang ini.

Sebabnya kerabu timun ini lagi sedap kalau disejukkan dulu sebelum makan. Terasa segar bila menikmatinya.

Menu ini antara hidangan dari Kelantan dan mungkin ramai yang tak pernah menikmatinya. Jom cuba buat, caranya boleh ikut perkongsian Izlyana Ell

.

Cara buat kerabu timun bersantan

Bahan-bahan

Timun batang – disagat
3 ulas bawang merah
1 sudu lada hitam
Kelapa parut – digoreng tanpa minyak
1 ekor ikan selayang – rebus diambil isi
Limau nipis
Santan -dipanaskan sekejap
Cili padi – dipotong

Cara membuat

1. Tumbuk atau kisar kelapa yang siap digoreng. Ketepikan.

2. Tumbuk bawang merah, lada hitam, dan isi ikan selayang. Gaulkan dengan kelapa yang dikisar tadi.

3. Campurkan dengan timun yang telah disagat bersama santan. Gaul sebati.

4. Perasakan (garam dan sedikit gula jika suka) dan perahkan asam limau nipis. Masukkan cili padi. Gaul bersama.

6. Sejukkan dalam peti ais, sebelum dihidangkan.

INFO: Boleh tambah bahan dalam kerabu ini supaya lebih sedap seperti perut atau kerang rebus. Boleh juga gunakan sayur pucuk paku, taugeh dan kacang panjang.

Selamat mencuba

Sumber: Izlyana Ell

IKLAN