Kerusi Meja Makan Yang Rosak Jangan Buang, Kita Tukar Jadi Side Table

Share

Nak hias rumah tak semestinya beli barang baru. Barang lama malah yang dah rosak pun boleh digunakan kembali kalau kita kreatif.

Antara contoh yang menarik adalah idea recycle kerusi meja makan yang dikongsi oleh Teejah Aqeel

ini.

Kerusi yang dah rosak ini digunakan kembali untuk dijadikan side table, untuk letak letak barang ataupun perhiasan.

Idea recycle kerusi meja makan rosak jadi side table

Caranya

1. Bahagian penyandar kerusi dipotong separuh, sama aras dengan tempat duduk.


2. Ambil bahagian penyandar yang dipotong tadi, buang sedikit bahagian tepi untuk dicantumkan di bawah side table.

3. Cantum guna skru atau paku, ikut kreativiti. Siap. Punyalah senang kan!

Selamat mencuba.

Sumber: Teejah Aqeel

IKLAN