Sebelum ini Perdana Menteri Kanada jadi tumpuan dunia kerana parasnya yang ‘elok’. Namun yang terkini jadi perhatian adalah Presiden baru Perancis, Emmanuel Macron.
Bukan saja kerana wajahnya yang hensem, usia yang muda, 40 tahun, tapi kerana kehidupannya peribadinya yang menarik.
Sejak 12 tahun lalu dia kekal bahagia selepas mendirikan rumah tangga dengan Brigitte Trogneux kini berumur 65 tahun. Beza usia antara mereka adalah 25 tahun!
Ads
Wanita pilihannya ini adalah guru yang pernah mengajarnya di sekolah. Ketika itu ramai menyangka dia bercinta dengan anak Briggite yang juga teman sekelasnya.
Akan tetapi hakikatnya tidak begitu. Emmanuel dikatakan sudah jatuh cinta dengan Briggite sejak usia 16 tahun lagi.
Namun ketika mengetahui perkara itu ibu dan ayah Emmanuel meminta Brigitte menjauhi anak mereka sehingga usia 18 tahun.
Yakin bahawa wanita itu adalah jodohnya, pada usia 17 tahun lagi Emmanuel memberitahu dia akan mengahwininya dan 10 tahun kemudian iaitu pada tahun 2007 dia memenuhi janjinya.
Ads
Mempunyai tiga anak hasil perkahwinan terdahulu, pasangan ini memang dilihat seperti mak dan anak malah ibu Emmanuel sendiri melihat Brigitte lebih sebagai teman dari menantu.
Bagaimanapun pasangan ini tidak mempedulikan kata-kata negatif terutama tentang perbezaan usia mereka. Mereka bahagia kerana saling mencintai.
Ads
Kehidupan peribadi Emmanuel yang menarik ini juga menyerlahkan dirinya sebagai pemimpin sehinggalah beliau dia diisytiharkan sebagai presiden Perancis awal tahun ini.
Brigitte mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai guru selepas Emmanuel bergelar menteri dan menjadi penasihat yang paling dipercayai.
Sentiasa dilihat mesra dengan isteri, Emmanuel bahagia dengan kehidupan bersama tiga anak dan tujuh cucu tirinya.
Baru baru ini pelakon Abby Abadi telah mengambil dua anak angkat perempuan dan lelaki. Anak angkat yang bagaikan kembar ini turut mencuri perhatian kerana nama yang diberikan kepada mereka pun lebih kurang nama, iaitu Dayana dan Daiyan.
Dalam instagramnya, Abby turut menyarankan agar wanita yang baru melahirkan tetapi tidak mampu untuk menjaga bayi itu agar berusaha mencari individu yang mahu mengambil alih tanggungjawab sebagai penjaga kepada bayi berkenaan.
Malah menurut Abby, dia juga sudi membantu wanita ini. Hal ini boleh mengelakkan lebih ramai bayi yang baru lahir menemui ajal kerana dibuang.
Kes tadi dah selesai ye.Alhamdullillah syukur ALLAH permudahkan segalanya ?
Mana2 adik, kakak, ibu2 yg sedang mengandung, yg akan mlahirkan tapi tak berkemampuan utk menjaga baby tu, cari Sy. Dimana saja, Sy sedia membantu. Jangan dibuang, jangan dibunuh atau sebagainya ye Adik Kakak ye. Ada jalan penyelesaiannya. Janganlah kesilapan kita hingga menidakkan hak mereka. Mereka juga berhak utk hidup diatas mukabumi ALLAH ini
Bayi lahir ibarat kain putih
Satu lagi: Untuk anak2 yg dicarikan ibu bapa penjaga ni, tak perlulah ditanya status mereka. 1001 mcm masalah dlm dunia ni.. tak tertulis kat sini
Yg pasti, sah ke tak sah, mereka tak berdosa. Mereka dilahirkan ibarat kain putih. Kitalah yg bertanggungjawab menjaga mereka utk mnjadikan mereka ni beragama/kenal ALLAH atau sebaliknya.. Wallahuallam. Sekian. Okbai
Murni sungguh usaha Abby Abadi ni. Semoga menjadi pedoman kepada seluruh masyarakat.
Selalu yang kita dengar, ibu yang hampir bersalin diminta berjalan untuk memudahkan proses kelahiran.
Tapi yang ini lagi hebat. Bukan berjalan tapi siap berzumba lagi.
Perkara tersebut dilakukan oleh seorang bidan, Hasnani Aris untuk membantu seorang pesakit yang juga seorang bidan mengurangkan sakit kontraksi sebelum bersalin.
Hasnani yang juga seorang instruktur zumba telah merakam aksi tersebut dan memuat naik dalam Facebook beliau.
Dia memuat naik dua video, satu video memaparkan pesakit itu yang mengalami bukaan 4-5cm menangis ketika menahan kesakitan akibat kontraksi.
Manakala dalam video kedua, Hasnani dan pesakit tadi sedang menari zumba, tidak memperlihatkan kesakitan malah ceria bergerak menggoyangkan pinggul mengikut gerak lagu.
“Malam ini tugas di sini, kebetulan pesakitnya juga memang penari zumba. Cuba berzumba sambil menunggu waktu bersalin. Sekarang bukaan baru 4-5 cm. Ketika zumba sakit kontraksi tidak begitu terasa berbeza ketika pesakit duduk. Semangat bidan Susi Sayang.”
Demikian catatan Hasnani yang juga instruktur zumba dalam status beliau. Video itu tular di Indonesia hingga mendapat lebih dua juta tontonan.
Betul ke Zumba boleh kurangkan sakit bersalin?
Mesti ramai yang tertanya-tanya kan?
Menurut Dr. Regina Kaplan dari New Jersey Overlook Medical Centre , pergerakan ibu sewaktu kontraksi boleh mempercepatkan proses bersalin.
“Bayi perlu bergerak turun ke jalan lahir jadi bila ibu bergerak, dia sedang membantu bayinya turun,”ujarnya memetik laporan Glamour.
Melakukan pergerakan zumba yang mudah sebelum melahirkan bukan saja mempercepatkan proses bersalin, tapi juga mengrangkan rasa sakit kontraksi kerana fikiran tidak tertumpu pada kesakitan.
Pergerakan tersebut akan memindahkan tekanan dari beban tubuh bayi pada organ tubuh ibu semasa dan bergerak ke jalan lahir.
Ini sebenarnya realiti sikap sebahagian ibu bapa sekarang yang diluahkan oleh seorang guru. Menyedihkan dan semoga kita tidak menjadi salah seorang ibu bapa ini.
Diharap kisah yang dikongsi oleh dua orang guru iaitu Mohd Fadli Salleh dan Abdul Wahab Khatboard memberi pengajaran kepada ibu bapa lain. Guru bukan pengasuh untuk menjaga anak yang sakit dan sesungguhnya kesihatan anak itu lebih utama dari kerja.
Jika anak tidak sihat…
“Kenapa awak monyok je ni. Tak sihat ke?” tegurku pada seorang murid perempuan yang kelihatan tidak bermaya.
Dia diam tanpa menjawab. Namun riak wajah dan kelopak mata yang kuyu itu menjelaskan situasi dia. Terus aku menuju ke meja dan memegang dahi.
Allah. Panas betul. Terus aku pimpin ke bilik air dan basuh kepala dia. Panas sebegini boleh membawa implikasi yang teruk pada budak usia bawah 10 tahun. Silap-silap boleh sawan. Lebih teruk boleh merosakkan otak.
Lepas basahkan kepala, aku terus bawa murid tersebut ke pejabat. Masuk bilik Pk Petang, cari ‘cool fever’. Tampal kat dahi dan cepat-cepat aku hubungi mak ayahnya.
Sejam kemudian, mak ayahnya sampai. Terus aku suruh bawa ke hospital. Namun sempat jua aku bertanya,
“Kenapa abang hantar anak ke sekolah walau dia demam?”
“Saya kerja cikgu. Kalau tak hantar ke sekolah, saya kena ambil cuti. Cuti dah tak banyak ni,” jawabnya.
Aku diam saja. Namun di hati tidak rela. Kesihatan anak diperjudi semata-mata kerana kerja.
Paling aku geram, dah tahu anak demam sepatutnya maklumkan pada guru kelas. Biar guru tahu dan sedar. Sekurang-kurangnya ada pemantauan lebih sikit dari guru.
Pergilah pejabat sekejap, lepas punch in cakap la elok-elok dengan bos nak bawa anak ke hospital. Itu kalau jenis sayangkan kerja melebihi anaklah.
Seeloknya, ambil saja cuti. Jaga dan bawa anak ke hospital. Demam panas bukan boleh buat bergurau bang. Silap-silap boleh cacat otak. Nauzubillah.
Kami tak boleh nak pandai-pandai bagi ubat waima sebiji panadol
Kisah yang aku tulis ini berlaku beberapa tahun dulu. Dan hal begini berlaku berkali-kali dalam setahun. Anak yang sakit dipaksa pergi ke sekolah dengan alasan tiada orang nak jaga sedangkan ibu bapa kerja.
Apa kau ingat guru ini doktor? Kami tak boleh nak pandai-pandai bagi ubat waima sebiji panadol. Tidak boleh kerana kami bukan pegawai kesihatan.
Kami bukan pengasuh yang boleh tengok dan pantau anak kau setiap masa. Kami perlu bergerak dari kelas ke kelas. Kami perlu mengelola pelbagai aktiviti dan program.
Tidak boleh tercongok macam pengasuh nak jaga anak kau bang. Seribu lebih lagi murid lain perlu kami jaga.
Maka bila berlaku kejadian begini, guru biasanya basahkan kepala murid dengan air dan tampal ‘cool fever’. Lepas tu murid ini akan dibawa ke bilik guru dan diminta berehat di meja guru.
Guru-guru lain dipesan untuk tengok-tengokkan murid bila guru itu terpaksa masuk kelas lain, pergi solat dan sebagainya. Begitulah kebiasaannya.
Nak tinggal kat bilik rawatan, siapa nak jaga? Nak tinggal kat kelas, lagi tak boleh.
Jadi para guru terpaksa menjaga murid itu bergilir-gilir mengikut masa yang mereka ‘free’ sementara menunggu waris tiba.
Lebih menyedihkan, ada ibu bapa tidak menjawab panggilan telefon walau berpuluh kali di dail.
Utamakanlah kesihatan anak-anak. Jangan anggap sekolah itu nursery. Jangan buat cikgu-cikgu itu macam bibik. Jangan harapkan cikgu yang akan bawa anak kita ke hospital.
Cikgu-cikgu pun ada banyak tugas lain yang perlu diselesaikan. Ada beribu lagi murid yang perlu diberi perhatian.
Anak kita tanggungjawab kitalah. Jangan sampai kerana kerja, anak kita kena sawan dan boleh menyebabkan terencat akal. Nauzubillah.”
-Mohd Fadli Salleh
Beringat sebelum kena.
Nasib anak-anak hidup di bandar
Kejadian yang hampir sama juga turut dikongsi oleh seorang lagi guru sambil menyertakan gambar murid yang demam terang di lantai beralas tikar. Memang menyedihkan.
Semoga luahan dua orang guru ini beri kesedaran pada ibu bapa yang mungkin alpa.