Hobi & Minat

Kucing Kesayangan Hilang, Boleh Cuba Cara Orang Jepun Ini Kalau Dah Puas Cari Tak Jumpa

Share

Bila dah pelihara kucing di rumah perasaan sayang pasti menebal kepada haiwan ini. Sekiranya hilang memang akan buat tuannya sedih dan resah selagi tak bertemu.

Ada yang menangis dan tak lalu makan berhari-hari disebabkan ini. Bagi yang sedang kehilangan kucing kesayangan tip yang dikongsi oleh Arif Haiqal di laman X ini mungkin boleh membantu.

Cara biasa

Cara biasa yang kita lakukan bila kucing hilang adalah mencarinya di kawasan sekitar rumah selain menyebarkan maklumat kehilangan di dalam grup What’sApp kejiranan.

Sekiranya sudah berhari-hari mencari masih belum bertemu, mungkin boleh guna pula ikhtiar cara orang Jepun.

Ikhtiar orang Jepun, minta bantuan kucing liar

Satu cara efektif agar kucing kesayangan pulang ke rumah adalah dengan meminta pertolongan kucing lain termasuk kucing di kawasan sekitar rumah.

Cari kucing liar ini dan bersembang dengan mereka! Boleh cakap begini: “Awak, nak minta tolong sikit boleh, kucing saya nama dia Grey hilang semalam, bantu saya cari dia okay?

“Kalau jumpa dia, suruh dia balik cepat, saya risau ni.”

Sambil merayu, beri kucing liar ini makan dan membelainya.

Rata-rata yang mencuba teknik ini termasuk Arif mengakui ia membuahkan hasil. Kucing peliharaan mereka akan pulang ke rumah dalam beberapa hari berikutnya, seolah-olah menerima mesej yang disampaikan.

Tidak kurang juga mereka yang membuat rumusan bahawa kucing sebenarnya boleh memahami bahasa percakapan manusia.

“Saya pernah cakap dekat kucing saya, minta tolong dia bunuh cicak dekat rumah ni sebab dah banyak sangat.

“Esok pagi saya bangun, terus nampak beberapa ekor cicak dah mati kena serang dengan kucing saya tu. Sejak hari tu, saya yakin kucing boleh faham apa kita cakap,” ujar seorang netizen.

 

IKLAN