Selalu bila makan limau, kulitnya kita buang. Tak terfikir ia sebenarnya ada kegunaan untuk mereka yang bercucuk tanam.

Kulit limau termasuk yang masam ini boleh dijadikan racun organik yang 100 peratus berkesan untuk membasmi serangga perosak tanaman  selain memberi nutrien untuk pokok.

Cara membuat racun semburan organik dari kulit limau ini dikongsi oleh Kebun Pertanian.

DIY racun organik berkesan dari kulit limau

Racun organik 100% berkesan. Kulit limau yang masam jangan buang, saya guna limau jenis kecil-kecil yang masam.

Kulit Limau Masam Jangan Buang, Boleh Buat Racun Organik. Berkesan Untuk Hapus Serangga Perosak Tanaman

IKLAN

Kulit yang dah dikupas kumpul dan letak dalam botol. Masuk sikit air, pastikan air masak ya jangan ada klorin. Saya pernah guna air ada klorin hasilnya kurang berkesan.

Peram lebih kurang dua minggu, lagi lama lagi bagus. Letak di tempat redup jangan kena cahaya. Kalau kena cahaya kira dah rosak.

Awal-awal peram air akan bau busuk sikit tapi lepas seminggu dah tiada bau busuk. Baunya macam sitrus sebab dah keluar pati essential. Ini yang bagus sebagai racun organik.

IKLAN

Kulit Limau Masam Jangan Buang, Boleh Buat Racun Organik. Berkesan Untuk Hapus Serangga Perosak Tanaman

Cara penggunaan

Bila dah keluar pati masuk sikit dalam bekas dan campur air. Nisbah 1 penutup botol pati bersamaan dengan 1000ml air.

IKLAN

Sembur pada pokok sayur yang ada bena, kulat, karat daun, serangga perosak dan lain-lain. Insya-Allah hilang. Cara ini 100% organik selain beri nutrient pada pokok.

Semoga bermanfaat

Sumber: Kebun Pertanian

 

Selain itu:  Nak Biakkan Pokok Kucai Kena Letak Tempat Teduh, Tapi Kalau Nak Kucai 'Gemuk' Kena Buat Macam Ini Pula
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI