Kulitnya Cantik Macam Buat Rawatan Di Spa. Rahsia Wanita Ini Hanya Guna Masker Tomato!

Share

 

 

Orang perempuan memang prihatin bab kecantikan terutama kulit wajah. Sebab itu kalau ada tip atau petua cantik mereka memang rajin mencuba.

Apatah lagi kalau petua itu tak memakan belanja yang besar serta mudah. Seperti yang dikongsi oleh Norafiza Mahmud 

Mempunyai kulit yang mulus, katanya masker tomato adalah rahsia kulit wajahnya halus seolah-olah dia melakukan treatment di spa yang berharga RM500.

Paling best kata Norafiza, amalan masker tomato ini juga buat jerawat dan minyak ‘segan’ untuk timbul di wajahnya.

Kalau tengok dari cara membuatnya memang senang, hari ni juga boleh cuba. Jom ikut langkah-langkah yang dikongsi Norafiza.

Amalan kulit muka mulus dan glowing

Amalkan hydrating mask ni untuk kelembapan kulit muka agar mulus dan glow, mengecilkan pori-pori, serta sapu sekitar kaki dan tumit kaki yang kering atau merekah. Amalkan selalu, in shaa Allah kulit seperti rawatan spa bernilai rm500.

HYDRATING MASK SCRUB

1 sudu madu
1 biji tomato
2 sudu beras ( blend halus)
1 sudu yogurt asli

Rahsia dan cara-cara aku kongsikan di setiap gambar.

Sebiji tomato tapi tiga kali penggunaan.
Masukkan beras hancur 2 sudu.
Tambah dengan yogurt asli.
Masukkan satu sudu madu asli.
Campurkan semua bahan, gaul sebati.
Wrap dan simpan di dalam peti ais selama 30 minit atau 1 jam untuk memastikan beras hancur tadi kembang dan sebati dengan bahan-bahan lain.
Sangat elok hydrating mask digunakan dalam suhu yang sejuk. Mengembalikan keremajaan kulit secara semula jadi. Proses ini akan menjadikan pori-pori mengecil. Kulit akan kelihatan mulus dan halus lebih segar. Fuhhhhhh! Diamkan 15 minit atau 20 minit. Kalau nak 30 minit pun boleh. Kemudian scrub sehingga kalian berpuas hati.
Selepas 30 minit. Buang semua black head dan white head. Kemudian cuci menggunakan hydrating mask kembali dan bilas.
Last, tonyoh ais pada wajah. Proses ini akan menambah kesegaran kulit dan mengecilkan pori-pori dengan lebih baik. Selamat mencuba semua.

Bila dah amal, jerawat pun segan timbul

Takda rahsia langsung kenapa jerawat dan minyak segan nak timbul. Sebiji jerawat pun malu nak tumbuh time period.

Semua amalan ini perlu melalui prosess detox body dahulu dan BRIGHTENING MASK yang Cik Oya kongsikan sebelum ini. Baru kesan dapat dicapai secara maksimum!

 

Ha amacam senangkan petua dia, berbaloi betul kalau dapat kulit cantik kan! Jangan baca saja, cubalah.

 

Sumber: Norafiza Mahmud

 

 

 

 

IKLAN