Masa kecil-kecil dulu mesti ramai yang pernah makan pisang rebus ini. Makan waktu dah suam, cicah dengan kelapa yang digaul dengan garam dan gula. Simple tapi sedap sangat.
Cuma sekarang ini menu ini dah lama tak dihidangkan. Malah ramai yang tak tahu ada hidangan begini.
Supaya menu nostalgia ini tak dilupakan boleh cuba buat di rumah. Boleh guna pisang nangka, pisang abu, pisang awak, atau pisang nipah.
Ads
Cara membuat
1. Cuci bersih pisang.
2. Masukkan dalam periuk bersama dengan air dan garam.
3. Rebus selama 5-10 minit sampai naik aroma wangi pisang. Jangan rebus lama sangat ya.
Ads
4. Kemudian boleh angkat dan tos pisang.
Ads
Buat untuk makan petang, selain sedap ia juga sihat dan mengenyangkan.
Ada yang panggil lauk ini singgang, bening atau pun asam pedas. Apa jua namanya tapi lauk asam rebus ini memang sedap. Guna ikan kembung atau ikan mabong pun boleh.
Lauk ini memang ringkas sangat cara memasaknya, tapi bila dah siap memang terbaik rasanya. Kuah mesti kena banyak dan sedap sangat kalau dihirup. Cara membuatnya dikongsi oleh Tuan Mahani yang menurutnya diturunkan dari arwah neneknya.
3 ekor ikan kembung / mabong
5 – 7 helai daun kesum
1 – 3 asam keping
1 batang serai -dititik
Air 700 ML – 1 L
1 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
Cili merah
Belacan
Air
1. Tumis bahan kisar lebih kurang lima minit kemudian masukkan daun Kesum, asam keping dan serai.
2. Masak lagi selama lima minit kemudian baru masukkan ikan dan air.
3. Didih lagi selama 10 – 15 minit. Ikan cepat masak jadi tak perlu masak lama-lama. Siap.
Bermula esok harga minyak masak dijangka akan naik memandangkan subsidi minyak masak tulen bagi pek kemasan botol 2kg, 3kg dan 5kg tidak akan diteruskan mulai 1 Julai ini.
Nak tak nak kita kenalah belajar berjimat guna minyak memandangkan ia digunakan setiap hari untuk memasak. Tak bolehlah tuang sesuka hati.
Tapi selain kurangkan kuantiti minyak sewaktu memasak menggunakan minyak sebenarnya ada banyak lagi cara lain sebagai langkah penjimatan.
Dikongsi oleh Dr Kamarul Ariffin Saadan, berikut adalah 10 perkara yang boleh kita praktikkan di rumah.
Harga barangan dapur dah semakin meningkat, termasuk harga minyak masak. Jadi apakah yang boleh dilakukan sebagai langkah penjimatan?
1. Tukar menu gorengan kepada menu rebusan, singgang, renehan, atau stim. Selain lebih menjimatkan, ia juga lebih sihat.
2. Bakar atau panggang sebagai alternatif goreng. Ia gunakan minyak yang sedikit, tetapi masih boleh hasilkan makanan yang sedap.
3. Gunakan kuali kalis lekat(non-stick), untuk membolehkan anda membuat gorengan guna minyak yang sedikit (pan fry) tanpa lekat.
4. Boleh pertimbangkan untuk dapatkan “air fryer”. Harganya kini bermula sekitar RM150. Ini perlukan sedikit modal.
5. Jika “deep dry” makanan bersalut tepung, pastikan suhu minyak 180-190°C sebelum menggoreng untuk elak tepung menyerap minyak.
6. Jangan goreng makanan terlalu banyak dalam satu masa. Lebih banyak hendak digoreng serentak, lebih banyak minyak diperlukan.
7. Elak panaskan minyak sehingga terlalu panas kerana boleh merosakkan minyak dan menjadi ia tidak selamat untuk diulang guna.
8. Tak usah campurkan minyak baru kepada minyak lama. Ia akan mencemarkan minyak baru, dan memendekkan hayat selamatnya.
9. Tapis, sejukkan, dan simpan minyak yang hendak diulang guna di dalam bekas kedap udara. Pastikan tiada bahan terampai.
10. Menjual semula minyak masak terpakai untuk diproses menjadi biodiesel. Harga minyak masak terpakai adalah sekitar RM2-3/kg.
Tanda minyak masak tak boleh digunakan lagi
Dalam kita berjimat cermat dalam penggunaan minyak, kita masih perlu utamakan kesihatan. Elakkan terlalu banyak ulang guna minyak gorengan.
Apakah tanda-tanda minyak masak sudah tidak boleh digunakan lagi untuk ulang goreng?
◾️Warna bertukar perang pekat.
◾️Minyak menjadi lebih likat.
◾️Minyak berbau tengik.
◾️Banyak asap terhasil ketika dipanaskan.
◾️Warna makanan yang digoreng terlalu gelap.
◾️Rasa makanan yang digoreng tidak sedap.
Menghias kediaman biasanya menelan belanja yang agak besar. Tapi kalau anda jenis yang kreatif tak mustahil benda murah boleh digunakan untuk dekorasi dan hasilnya tetap cantik.
Ini dibuktikan oleh @dian.jaunah yang berkongsi idea yang dipraktikkan. Hanya menggunakan sellotape atau pita pelekat dia berjaya menghias feature wall untuk bilik tetamu. Meski ringkas tapi cantik dan berseni.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...