Selalunya bila balik rumah dengan kereta kita lebih senang untuk front parking. Kalau duduk rumah teres bukak pagar terus saja masuk. Berbanding dengan reverse parking, kena undur dan adjust pula kedudukan untuk masuk depan rumah. Leceh dan lambat sikit kerjanya.

Apa lagi kalau baru memandu, yang belum mahir cara parking ini lagilah lambat. Sebab itu ramai yang pilih untuk front parking saja. Tapi sebenarnya untuk keselamatan, reverse parking adalah lebih selamat dan disarankan bila meletakkan kereta di rumah.

Perkara ini dikongsi oleh Adrian Chiaa penjual kereta terpakai yang selalu berkongsi tip berkenaan kereta di media sosial. Ujar beliau ketika parking di rumah wajib membuat reverse parking atas faktor keselamatan diri dan kenderaan.

Front parking tak nampak jika ada orang mengekori masuk rumah
@adrianchiaaaAnda parking depan atau reverse parking? ##carsafetytips ##fypmalaysia ##TikTokGuru ##learnontiktok♬ Time Back-剪辑版 – 杨多

Front parking memang mudah, terus bawa kereta masuk dalam rumah tapi ia sangat berbahaya terutama pada waktu malam.

Ini kerana kita tak perasan atau tak nampak jika ada penjenayah atau orang asing yang mengikut kita dari belakang dan masuk ke dalam kawasan rumah.

IKLAN

Ujarnya Adrian ia berdasarkan pengalaman yang berlaku kepada ayah beliau sendiri, bila mana orang asing mengekori dan memasuki kediamannya ketika memasuki pagar rumah tanpa disedari (klik SINI untuk video)

Letak Kereta Di Rumah, Lebih Selamat Jika Reverse Parking. Ini Sebabnya

Reverse parking boleh nampak jelas keadaan sekitar

Katanya sejak kejadian itu dia mengambil iktibar, itu setiap kali memasuki rumah, dia akan membuat reverse parking supaya boleh nampak jelas jika ada orang asing mengekori dan memastikan persekitaran selamat sebelum keluar dari kereta.

IKLAN
Blind spot lebih kecil, lebih selamat

Letak Kereta Di Rumah, Lebih Selamat Jika Reverse Parking. Ini Sebabnya

Selain itu reverse parking juga memudahkan kita bila memandu keluar dari pagar rumah. Kita akan nampak jelas pejalan kaki, atau kenderaan lain yang ada di depan rumah bila kita mahu keluar. Blind spot lebih kecil bermakna lebih selamat.

Selain itu:  Lalui Pahit Manis Jadi Ibu Pada Usia 20 Tahun, Datin Seri Umie Aida Bangga Anak Kini Berjaya

Lepas ini praktikkan reverse parking setiap kali sampai di rumah. Jika belum mahir, biasakan.

IKLAN

Semoga bermanfaat

Sumber: Adrian Chiaa

Artikel berkait: Letak Pewangi Kereta Di Bahagian Ini, Bukan Di Dashboard! Barulah Bau Harum Sampai Ke Belakang

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI