Pastinya satu ketika dulu empunya diri tidak pernah menyangka dia akan melalui situasi ini. Tapi Tuhan itu Maha Adil, saat ditariknya satu perkara, dilimpahi kan pula rezeki yang tidak dijangka.
Selepas menerima hakikat perit diceraikan, satu persatu rezeki datang buat Intan Liana Saleh yang juga bekas madu pelakon Izreen Azminda.
Siapa menduga kini Intan yang dulunya pemalu disambar oleh Datuk Aliff Syukri menjadi model untuk koleksi hijab keluarannya.
Malah selepas berkolaborasi dengan jutawan kosmetik itu makin banyak pula tawaran datang untuk ibu tunggal dua cahaya mata ini.
Tidak punya kerjaya selepas mendirikan rumah tangga namun kini dia sudah nampak arah tujunya. Aktif membuat ulasan produk di laman instagramnya, dia juga tampil menjadi model muslimah untuk busana Ashhannas. Berubah habis penampilan bekas isteri pemuzik, Ude Wahid ini.
Di sebalik gayanya yang pemalu terserlah kejelitaan dan juga keyakinan dirinya untuk mengubah hidup bersama anak-anak. Terbaru Intan bekerjasama dengan Puteri Sarah Liyana untuk produk kosmetik Matte by Shara.
Ads
Sempat juga Puteri Sarah mengungkap pandangannya pada Intan yang dilihat cukup kuat berdepan cabaran hidup.
“First time jumpe @__iiiintan.saleh pemalu orgnye. Intan pon segan2 dgn sarah but sarah kata jangan segan i nampak je garang. Masa mula2 tahu pasal intan, sarah bgtau husband ‘sayang kesian intan. I nak shoot videoclip. I nak panggil intan ‘.
Ads
I nak tolong die, sape lagi nak faham kalau bukan kaum wanita sendiri’ . Minta @ena1611 carikan jugak number intan nak photoshoot. Dah jumpe, intan pun macam sarah sentiasa bawa anak ke mana2 je. Kesian tengok Ariq melekat dengan bonda die pastu kejap2 menangis sejak kes tu terjadi. Syaikhul nak kawan tapi abang tak pandai kawan lagi ? . . Intan you are a very strong woman. Kami semua yg panggil photoshoot ni are just your stepping stones. But u must be independent urself in order for u to move forward. In sha Allah ade rezeki tu untuk intan. Let this be a lesson to all u women out there, sedikit sebanyak kita kena juga be independent ???? woman, we need to start acting like ladies again !!.”
Entri Puteri Sarah yang juga isteri kepada Shamsul Yusuf ini turut mendapat reaksi netizen yang kebanyakannya menyokong tindakan Puteri Sarah membantu Intan Liana.
Semalam ratusan juta manusia seluruh dunia menyaksikan upacara ‘wedding of the year’ antara pewaris ketiga kerajaan Britain, Putera Harry dan Megan Markle.
Berlangsung di Gereja St George, Istana Windsor, gaun pengantin perempuan sudah tentunya paling dinanti untuk dilihat.
Tapi pelakon yang menerima gelaran Duchess of Sussex ini mempunyai cita rasa tersendiri dalam memilih penampilannya untuk upacara paling bermakna dalam hidupnya.
Berikut adalah lima fakta tentang gaun pengantin Megan Markle yang cukup ringkas tapi elegan ini.
1. Pertama kali gaun pengantin perekanya wanita
Meghan Markle melangkah menuju Gereja St. George mengenakan gaun pengantin dengan veil panjang dari Givenchy rekaan Clare Waight Keller. Ini merupakan pertama kali dalam sejarah Givenchy gaun pengantin direka oleh seorang wanita.
2. Ramai yang ternanti-nanti
Gaun moden untuk wanita moden. Meghan Markle tampil elegan dalam persalinan minimalis. Ramai yang tertunggu-tunggu dan menjangka gaun yang dipakai oleh pelakon ini sesuatu yang luar biasa tetapi sangkaan itu meleset sama sekali.
3. Ratu pinjamkan tiara untuk pengantin
Ratu Britain, Ratu Elizabeth meminjamkan tiara istimewa khusus untuk Meghan Markle. Tiara yang bertahtakan berlian ini dibuat dari tahun 1932.
4. Semua ramalan salah
Semua media salah ramalan tentang pereka gaun pengantin Meghan Markle. Clare Waight Keller dari Givenchy memegang erat rahsia sehinggalah pada hari berlangsungnya upacara perkahwinan. Sebelumnya ada banyak nama disebut, diantaranya Erdem dan Ralph & Russo.
5. Bakal cipta trend baru
Meski ringkas tapi gaya gaun pengantin Gaun pengantin Megan Markle ini dikatakan akan menjadi ikutan. Kalau dilihat sebelim ini sejak Kate Middleton mengenakan gaun pengantin karya Sarah Burton dari Alexander McQueen, gaya gaun pengantin Kate menjadi begitu popular. Pastinya trend ini akan berulang dengan gaya Megan Markle pula.
Model Korea tapi berkulit hitam, memang rare. Keistimewaan ini juga menyebabkan Han Hyun Min, 17, telah tersenarai sebagai The 30 Most Influential Teen of 2017 oleh Time Magazine.
Han yang memiliki bapa berasal dari Nigeria dan ibu dari Korea ini mula memasuki pentas peragaan buat kali pertama pada tahun 2016 dalam Seoul Fashion Week.
Perbezaan warna kulit pada satu sisi menyebabkan dia cepat dikenali. Han menjadi model Korea berkulit hitam yang pertama menyertai pertunjukan fesyen di negara itu.
Tertarik dengan foto di instagram
Kerjayanya sebagai model bermula bila seorang ejen melihat foto instagramnya dengan gaya berjalan yang tersendiri.
Walaupun tahu mengambil Han sebagai model cukup berisiko kerana dia kulit hitam namun ternyata percaturannya berjaya.
Awalnya ramai pereka fesyen yang menolak kehadiran Han tapi ada juga yang menyukai gayanya. Sejak menjadi model dia telah terlibat dalam 30 pertunjukan dalam Seoul Fashion Show. Ia merupakan permulaan yang cukup baik untuk model baru seperti Han.
Ditipu dan disindir kerana warna kulit hitam
Tapi akui Han untuk mendapat tempat dalam dunia peragaan di Korea bukanlah mudah. Dia berdepan dengan banyak cabaran kerana warna kulitnya.
“Ia lebih sukar dari apa yang saya jangka. Saya ditipu dan selalu disindir kerana warna kulit yang berbeza. Tapi kata-kata ayah bahawa saya adalah istimewa dan ada perkara baik berlaku selepas ini membuatkan saya bersemangat kembali,” kata Han yang mempunyai lebih 95 ribu pengikut di instagramnya.
Jangan selalu biar lampu 'fuel low' menyala, ada bahaya menanti! Tapi sebenarnya ramai yang antara kita buat perkara sebaliknya. Walau dah tanda fuel low dah...