Bertahun-tahun menggunakan mesin basuh, bahagian dalam mesin basuh terutama drum biasanya akan melekat kotoran.
Cuma disebabkan ia di bahagian dalam, kotoran ini tak dapat kita lihat. Salah satu kesannya, walaupun baju dibasuh akan tetap ada kerak hitam melekat. Boleh jadi juga kotoran ini menjadi penyebab kulit jadi gatal sekiranya ada masalah kulit sensitif.
Bagi mengelakkan keadaan ini berlaku, drum mesin basuh ini hendaklah dibersihkan dari kotoran yang melekat. Panduan membersihkan bahagian ini dikongsi oleh Ku Muhammad Zaim.
Cara bersihkan drum mesin basuh
Kenapa perlu service bahagian drum?
– Drum ini sebenarnya kotor, bersih luar tapi di dalam berlumut
– Nak elak gatal pada kulit yg sensitif
– Supaya mesin basuh tahan lama.
Alang-alang dah buka kita service semua part sekali.
Langkah bersihkan drum mesin basuh
1. Buka skru kipas mesin basuh terlebih dahulu.Jika skru ketat, boleh gunakan WD40. Tapi pastikan bunga tidak rosak. Kalau rosak susah nak buka.
Ads
2. Bila dah buka skru kipas, buka juga bahagian penutup atas supaya drum tak tersekat bila dikeluarkan nanti.
3. Keluarkan skru drum. Saya pakai spanar 10. Kena longgarkan Kiri kanan baru berjaya keluar.
Ads
4. Keluarkan drum dengan berhati-hati.
5. Bila dah dikeluarkan kita akan nampak kotoran yang melekat pada drum mesin basuh. Bolehlah mula bersihkan semuanya.
Ads
6. Sambil itu bersihkan sekali water inlet yang menyalurkan air supaya air mengalir lancar dan juga bahagian dalam mesin basuh.
Selesai membersih, masukkan kembali drum dan skru semua bahagian yang terbabit dengan kemas.
Antara tanaman yang biasa kita tanam di rumah selain serai, daun pandan dan cili adalah daun kunyit dan halia.
Tapi masalahnya selalu tak menjadi. Jika berdepan masalah sama boleh cuba cara yang dikongsi oleh Nor Robiah Abdrahman ini.
Cara mudah benihkan pokok kunyit & halia
Setelah menelaah beberapa artikel dan ilmu di internet, ada banyak cara sebenarnya. Tapi ini cara yang saya gunakan.
1. Beli kunyit hidup di kedai.
2. Potong razom (ubi) kepada 1-2 inci. Pastikan ada mata untuk tunas pokok.
3. Bungkuskan di dalam tisu basah dan masukkan ke dalam bekas bertutup (tipuware). Masukkan hirisan bawang besar sekali bagi mempercepatkan pertumbuhan tunas.
4. Biarkan 1-2 minggu pada suhu bilik. Sentiasa pastikan tisu dalam keadaan lembab.
5. Apabila razom sudah ada tunas (biasanya 1-2 minggu), boleh ditanam di atas tanah / pasu.
6. Pastikan pokok mendapat air dan baja yang mencukupi. InsyaAllah, dia akan membesar dengan jayanya.
Bila ada lebihan nasi ramai cuba buat apam nasi ini. Cara membuatnya pun ringkas, sebab itu kita pun teruja nak mencuba.
Walaupun begitu selalu kita dengar bila dah buat hasilnya tak menjadi. Apam kecut, bantat antara masalahnya. Tak gebu macam yang kita selalu beli. Sudahnya ramai yang putus asa.
Bagi memastikan apam nasi yang dibuat gebu gebas, cara dan tip yang dikongsi oleh Janna Hanie boleh dijadikan panduan.
Cara buat apam nasi gebu
Sebelum ini buat apam jadi bantat atau bila buka penutup apam kecut. Tapi bila ikut resipi dan tip ini alhamdulillah menjadi.
Sekiranya di rumah sekarang sedang tanam anak pokok cili, tip yang dikongsi daripada Mohd Nor ini boleh dipraktikkan terus.
Ia supaya pokok cili yang baru ditanam stabil selain banyak akar. Cara ini juga membolehkan jangka hayat pokok cili tahan hingga bertahun-tahun. Bila kekal lama, hasil cili pun boleh tuai banyak kali.
Bila alihkan ke pasu atau tanah kena tanam sekali batang pokok
Menurut Mohd Nor sewaktu pindahkan anak pokok cili ke dalam pasu, polibeg atau tanah, buang daun di bahagian bawah dan tanam dalam sikit.
Untuk lebih mudah faham, tanam sampai paras tanda merah dalam gambar. Batang yang ditimbuskan akan mengeluarkan akar-akar baru yang boleh menambah kestabilan pokok & membantu pokok cepat membesar & berbuah. Cara ini jangka hayat pokok cili juga akan lebih lama.
Selain itu pastikan pokok cili dapat cahaya matahari pagi sampai petang, ini yang terbaik. Hasilnya pokok cili akan rendang & cabang dahan mudah tumbuh.
Jika kurang cahaya pokok akan tinggi & tak stabil serta cabang dahan sukar tumbuh.
Tip ekstra
Pembajaan terbaik utk cili ialah baja AB atau apa saja baja boleh digunakan cuma dengan sukatan yg betul.
Kawalan perosak juga penting kerana pokok cili sering diserang benah putih. Boleh beli atau buat sendiri menggunakan campuran bawang putih + cili padi + sabun cuci pinggan.
Tercekik tulang ketika makan, petua biasa yang dipraktikkan ramai adalah makan gumpalan nasi atau pisang.Petua ini boleh jadi berkesan tapi mungkin juga menyebabkan masalah...