Luar Bersih Tapi Dalam Drum Mesin Basuh Sebenarnya Kotor. Boleh Jadi Punca Kulit Gatal. Ini Cara Bersihkannya

Share

Bertahun-tahun menggunakan mesin basuh, bahagian dalam mesin basuh terutama drum biasanya akan melekat kotoran.

Cuma disebabkan ia di bahagian dalam, kotoran ini tak dapat kita lihat. Salah satu kesannya, walaupun baju dibasuh akan tetap ada kerak hitam melekat. Boleh jadi juga kotoran ini menjadi penyebab kulit jadi gatal sekiranya ada masalah kulit sensitif.

Bagi mengelakkan keadaan ini berlaku, drum mesin basuh ini hendaklah dibersihkan dari kotoran yang melekat. Panduan membersihkan bahagian ini dikongsi oleh Ku Muhammad Zaim.

Cara bersihkan drum mesin basuh

Kenapa perlu service bahagian drum?
– Drum ini sebenarnya kotor, bersih luar tapi di dalam berlumut
– Nak elak gatal pada kulit yg sensitif
– Supaya mesin basuh tahan lama.
Alang-alang dah buka kita service semua part sekali.

Langkah bersihkan drum mesin basuh

1. Buka skru kipas mesin basuh terlebih dahulu.

Jika skru ketat, boleh gunakan WD40. Tapi pastikan bunga tidak rosak. Kalau rosak susah nak buka.

2. Bila dah buka skru kipas, buka juga bahagian penutup atas supaya drum tak tersekat bila dikeluarkan nanti.

3. Keluarkan skru drum. Saya pakai spanar 10. Kena longgarkan Kiri kanan baru berjaya keluar.

4. Keluarkan drum dengan berhati-hati.

5. Bila dah dikeluarkan kita akan nampak kotoran yang melekat pada drum mesin basuh. Bolehlah mula bersihkan semuanya.

6. Sambil itu bersihkan sekali water inlet yang menyalurkan air supaya air mengalir lancar dan juga bahagian dalam mesin basuh.

Selesai membersih, masukkan kembali drum dan skru semua bahagian yang terbabit dengan kemas.

Dah bersih semuanya.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Ku Muhammad Zaim.

IKLAN