Rendam atau goreng, ini antara dua cara masak mi segera yang biasa. Apa kata kita cuba cara yang lain daripada yang lain. Maggi sambal cobek, kalau suka pedas memang layan sangat.
Bahan-bahan: 1 orang makan
1 pek mi segera (Maggi Kari)
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah (kecil)
1 tangkai cili
1 butir telur
1 biji limau kasturi
Cara membuat:
1. Bahan segar, kita potong jadi kecil sikit, kemudian tumis dalam minyak. Tumis sampai bahan-bahan ni berwarna keemasan. Itu tandanya luaran dia terkaramel.
2. Lebih kurang macam ni kira dah boleh angkat. Bahan-bahan ni dah jadi beraroma dan lembut. Sekarang kita gesek bahan-bahan ni atas cobek. Guna lesung pun boleh.
Ads
3. Oleh kerana kita dah goreng dulu, bahan-bahan ni mudah lumat. Ini kalau perah limau dan tabur garam pun dah padu ni. Cuma, kali ni kita nak masak Maggi, jadi bertahan dulu.
4. OK, tumis serbuk ⅔ perencah kari dari pek Maggi. Ini kali pertama saya guna perencah kari ni dalam perkongsian. Kita gunakan sikit sahaja sebab nak buat kuah pekat. Takut jadi masin.
5. OK masukkan bahan yang telah dilumatkan tadi. Letak secawan air, dan reneh sampai mendidih.
Ads
6. Dah mendidih, masukkan mi kering ni. Eh, macam tak cukup air je. OK tambah sikit lagi ikut kesesuaian. Ada orang suka celur dan tos mi ni asing. Boleh juga. Hari ni hari malas saya, jadi saya letak je terus dalam kuali.
7. Pecahkan sebiji telur. Reneh. Tutup kuali suapay telur ceoat masak dan mi cepat kembang. Saya nak mi ni nanti kuahnya pekat dan likat. Tak mahu macam sup. Sebab itu saya tambah air sikit demi sedikit.
Ads
8. OK mi dah kembang, dan telur pun dah masak. Kuah dia ngam-ngam seoerti yang saya mahu. Dah boleh tutup api.
Tada! Hidang dalam cobek tadi je lah. Malas cuci banyak perkakas dapur. Mi ni rasa dia pedas, berlemak(bawang putih),manis(bawang terkaramel) dan berempah(kari). Kalau perah limau, syahduuu!
Harga rumah macam mana layak beli kalau gaji cuma RM3000 sebulan? Ada ke rumah yang mampu dibeli? Macam mana nak kira?
Sememangnya untuk membeli rumah kena lihat kepada kemampuan diri. Agar dapat merancang pembelian kediaman yang sesuai buat anda yang berpendapatan RM3000 sebulan boleh gunakan cara ini untuk melihat harga rumah yang sesuai.
Cara kira harga rumah yang layak dibeli dengan gaji RM3000
1) Kira ansuran bulanan yang mampu daripada gaji kasar
Contoh: Gaji kasar RM3K x 30/100 = RM900
Pastikan ansuran bulanan tak lebih 1/3 daripada gaji kasar
2) Kira anggaran harga rumah yang layak dengan Rule of 200
Contoh: ansuran rumah untuk gaji RM3K tadi RM900.
RM900 x 200 = RM180K (harga rumah yg sesuai)
Nota: Pengiraan ini kiraan secara kasar. Untuk jumlah yang lebih tepat ejen hartanah atau pihak bank akan kirakan.
Bila dah tahu harga rumah yang layak. Pastikan tahu juga credit report kita macam mana.
Selalunya bank akan kira nilai DSR pemohon. Setiap bank ada had DSR sendiri. Contoh kalau gaji RM3K DSR tak boleh lebih 60%.
Kedua, check CCRIS.
Sebab bank akan tengok semua di bawah ini sebelum meluluskan pinjaman:
– Semua pinjaman/kredit tertunggak
– Akaun perhatian khusus (SAA)
– Permohonan kredit yang dah lulus atau diproses dalam tempoh 12 bulan
Melihat deretan nanas Sarawak yang diketahui memang manis rasanya ditanam tepi rumahnya buat ramai yang teruja. Tak kurang juga terinspirasi untuk melakukan perkara yang sama.
Apalagi bila wanita dikenali nama Jodi Cholo ini memberitahu setiap satu nenas itu anggaran beratnya 3-4.5kg/biji sebiji dan semua pokok nenas itu ditanam dalam polibeg saja.
Tidak lokek berkongsi ilmu, ini tip dan penjagaan penanaman nenas Sarawak yang dipraktikkan oleh beliau.
Tip tanam dan penjagaan nenas Sarawak
1.Tanam nenas Sarawak di tepi rumah saja. Tanam sejak Ramadan 2021 dan Ramadan 2022 dapat tuai hasil. Bilangan pokok ada 70 pokok.
2.Tanam melalui anak/ sulur bukan jambul dalam polibeg saja, saiz 13×13 atau 10×10. Median yang digunakan adalah 100 peratus tanah sawit. Saya potong pelapah anak pokok sebelum tanam, tinggal 3 helai yang atas sahaja supaya pokok cepat naik.
3.Anak pokok diletakkan di tempat yang kena 100 peratus sahaya matahari. Nenas ini tanam manual, 2 minggu 1 kali disiram, itu pun kalau musim panas.
4.Baja yang digunakan adalah baja NPK 15,15,15 cara 2 minggu 1 kali, sukatan sesudu makan untuk satu polibeg (saya tak pakai baja foliar).
5.Letak silver shine (tikar alas bawah polibeg) untuk elak rumput dari tumbuh sebab malas cabut rumput.
6.Fungsi pinggan polisterin/topi untuk lindung cahaya matahari yang terik elak buah rosak. Letak pinggan ini setelah buah besar.
7. Berat purata nenas 3-4.5kg/biji dan rasanya manis. Sepanjang tanam tiada racun serangga digunakan.
Tip ekstra
-Pastikan pokok sihat sebelum berbuah.
-Pokok besar buah pun akan besar.
-Selepas pokok berbuah berhenti letak baja untuk elak buah rosak.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...