Kadang-kadang anak kita jadi liar dan nakal sebab dia kurang sentuhan dan ciuman mak ayah dia sebenarnya.
Perasan tak kalau anak kita jatuh sampai benjol kepala, kita automatik rasa nak peluk cium anak kita dan gosok-gosok tempat benjol tu dan serta merta anak kita pun jadi makin tenang dan berkurang sakitnya. Perasan tak?
Itu la keajaiban sentuhan dan ciuman!
Tapi nak cium anak pun kena ada ilmu baru la makin berkesan untuk anak kita. Ada 4 tempat ciuman dan 6 tempat gosokan yang kita kena hafal. Ikut perkongsian Taufiq Razif ini ya.
Cium 4 bahagian ini
1. Ciuman di kepala adalah CIUMAN KEBANGGAAN. Bila kita rasa bangga dengan pencapaian anak kita contohnya dia boleh skor A dalam exam dia cepat-cepat kita cium bahagian tengah kepala anak kita.
Ads
2. Ciuman di dahi adalah tanda REDHA. Bila anak kita buat sesuatu yang buat kita rasa redha dan ikhlas pada anak kita, dahi adalah tempat terbaik untuk kita cium.
3. Ciuman di pipi adalah ciuman RINDU. Bila ambil anak daripada taska atau bila anak baru balik daripada sekolah tempat terbaik nak cium adalah di pipi. Kadangkala tu kalau rindu sangat gomol je pipi pau si comel kita tu.
4. Cium kat tangan adalah bila kita rasa KASIH sangat kat anak kita. Ciuman di tangan ni istimewa sangat sebab tu kita kena ajar anak kita cium tangan kita. Ramai budak-budak bukan cium tangan tapi sujud kat tangan orang tua. Salah tu!
Ads
Bersalam kena guna bibir atau hidung. Bukan dahi. Kalau pak Arab mesti dia tegur kalau budak-budak guna dahi masa bersalaman. Katanya dia tu tanda sembah, bukan tanda hormat.
Gosok di sini
Untuk tempat gosok tu sama je dengan 4 tempat ciuman tadi cuma tambah extra 2 tempat lagi.
1. Gosok di belakang leher ye kalau anak-anak nampak risau atau tak tenteram.
2. Gosok di dada pulak sangat mujarab untuk kurangkan kenakalan anak-anak. Sambil gosok tu mak ayah boleh cuba selawat atau baca surah surah pendek macam Al Fatihah atau Ayat Kursi.
Ads
PANTANG LARANG!
Jangan sesekali cium anak kat bahagian bibir. Memang nampak kiut tapi bibir sebenarnya dikhususkan untuk pasangan halal kita je. Area bibir adalah area yang penuh dengan reseptor yang membuatkan tempat tu jadi supersensitif.
Dikhuatiri boleh membangkitkan nafsu syahwat. Anak-anak pun akan jadi keliru bila umurnya dah agak meningkat ke umur 5 – 6 tahun nanti. Kalau dah terlanjur amal cium mulut nak buat camne? Hentikan sekarang!
p/s : Tolong ajar pasangan kita ilmu ni ye. Saya Taufiq Razif halalkan ilmu ni disebarluaskan.
Bila nak bercucuk tanam terus ke tanah, perkara utama sudah tentunya penyediaan batas. Tapi sebelum mula mencangkul tanah, eloknya kita ketahui teknik asas membuat batas. Jangan sampai dah buat siap batas baru tahu silap.
Ramai yang tak mengetahui bahawa sebelum membuat batas, kita kena perhatikan garisan gerakan matahari terbit dan terbenam supaya batas yang dibina di lokasi yang betul dan semua tanaman terkena cahaya. Info berguna ini dikongsi oleh Izzat Ibrahim.
Sebelum cangkul tanah, lihat matahari dulu
Baru saya tahu, nak buat batas tanaman pun ada teknik. Hari ini saya belajar buat batas daripada Anas Suhaib di Kebun Komuniti Simpang Renggam.
Posting kali ini saya nak cerita perkara paling asas. Saya sudah tersilap dan sekarang saya belajar cara yang betul.
Sebelum nak mencangkul, pertama sekali kita perlu lihat di mana garisan gerakan matahari antara tempat terbit dan terbenam. Jadi batas yang nak dibuat, haruslah melintang antara garisan tersebut.
Supaya semua pokok dapat cahaya
Hal ini supaya apabila pokok tanaman mulai tumbuh, tidak ada pokok yang terhalang daripada mendapat cahaya matahari antara satu sama lain.
Jika perhatikan bayang kanak-kanak yang berdiri, keseluruhan batas ini mendapat pencahayaan yang sama rata.
Sebelum ini saya melakukan kesilapan. Kalian perhatikan batas di bahagian belakang. Kedudukannya menegak ikut kedudukan pelan tanah. Semasa saya buat batas tersebut, saya hanya memikirkan tentang kekemasan dan nampak teratur.
Apa akibatnya nanti? Tumbuhan di depan atau di tengah akan mendapat pencahayaan yang lebih. Akhirnya dia akan membesar dengan baik dan menghalang tumbuhan lain daripada mendapat cahaya matahari.
Logik alam ini berlainan dengan logik kebiasaan manusia. Apabila manusia mahu bekerja untuk alam, perlu ada pengetahuan tentang bagaimana alam itu sendiri berfungsi. Barulah alam akan bersahabat baik dan bantu kita. Kerja juga akan menjadi lebih ringan.
Begitulah.
Pokok buah lebat daun tapi buahnya tak pernah ada walaupun pokok dah besar. Apa nak buat dengan pokok yang dah matang macam ni namun tiada hasil?
Antara usaha yang boleh kita lakukan adalah buat kaedah pruning. Perkongsian daripada Asri Atan ini boleh dijadikan panduan.
Ada pokok buah di kebun/dusun/tepi rumah, tapi daun saja lebat, buah tiada? Cuba buat pruning;
1. Buang semua daun/tunas air pada tengah dahan. Tinggalkan daun pada bahagian hujung sahaja. Sila rujuk gambar.
2. Kemudian letak baja buah. Saya pakai baja Novatec 15-3-20. Saya dah buat pada 2 pokok manggis di kebun dan alhamdulillah dah berbunga dengan lebatnya.
Sebenarnya kedua-dua pokok manggis ini dah dua tahun tiada buah walaupun sebelum ini elok saja berbuah. Selepas melakukan pemangkasan barulah nampak hasilnya semula.
Info pruning atau pemangkasan
Pemangkasan pada dasarnya adalah membuang mana-mana bahagian pada pokok yang tidak diperlukan seperti tunas air, ranting yang melempai ke tanah, berpenyakit atau rosak dan dahan yang meninggi.
Teknik pemangkasan yang betul boleh membawa pulangan hasil lumayan kepada tanaman yang anda usahakan.
Cara pemangkasan
Terdapat 3 sistem pemangkasan iaitu sistem batang utama, sistem terbuka tengah dan sistem terbuka tengah diubahsuai.
Sistem Terbuka Tengah – Dahannya yang meninggi di tengah pokok dipangkas, kemudiam dibiarkan 3-4 dahan sebagai dahan pembuahan. Biasanya digunakan pada pokok rambutan, longan, pulasan, jambu dan nangka.
Sistem Batang Utama – Sistem ini hanya memerlukan hanya satu batang utama dibiarkan tumbuh menegak dan dahan sisinya akan tumbuh secara mendatar. Sistem ini biasa digunakan untuk pokok durian, manggis, dokong dan cempedak.
Baju T memang baju kegemaran ramai. Tapi satu masalah yang biasa bila kerap mengenakan baju T ini adalah bahagian lehernya mengembang menyebabkan baju nampak seperti sudahlama walaupun sebenarnya masih baru.
Kalau dah leher mengembang, alamatnya pakai di rumah sajalah walaupun baru beli pada harga yang mahal. Sebabnya baju T begini akan buat kita kelihatan tak kemas. Paling tidak pun kita simpan saja dalam almari dan rasanya di rumah kita pun ada banyak baju T dengan masalah ini kan.
Tapi daripada simpan apa kata cuba pulihkan leher baju T yang mengembang ini ikut cara pakar dobi Nexcy daripada Jepun. Dia turut berkongsi tip untuk kekalkan bentuk leher baju T.
Menurut Nexcy leher baju T mengembang bukan disebabkan kekerapan kita memakai baju ini tapi juga ada kaitan dengan cara kita mengeringkannya. Contohnya menggantung baju T yang lembap menggunakan hanger menyebabkan bahagian bawah baju menarik bahagian atas baju T menyebabkan ia meregang terutama di bahagian leher.
Cara untuk membaiki leher baju T yang mengembang
Sediakan:
1. Satu mangkuk kiub ais diisi dalam air sejuk
2. Seterika
3 Meja atau permukaan rata untuk meletakkan baju T.
Langkah 1
Lipat bahagian leher seperti bentuk kipas dan rendam bahagian tersebut dalam mangkuk berisi kiub ais.
Langkah 2
Perah air sambil pastikan bahagian leher dalam bentuk lipatan kipas.
Langkah 3
Kemudian letakkan baju T di atas permukaan rata. Ratakan bahagian leher dan gosokkannya menggunakan jari secara menegak (sejajar dengan panjang baju).
Langkah 4
Seterika bahagian neckline menghala ke arah atas baju T
Langkah 5
Letakkan T-shirt pada permukaan rata sehingga kering.
Siap
Leher baju T sudah kembali ke bentuk asal dan nampak macam baru!
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...