Makeover Tikar Buluh Yang Dah Lusuh. Mudah, Jimat & Terus Nampak Baru

Share

 

Rasanya setiap rumah akan ada tikar buluh ni. Kalau ada yang masih pakai dan tikar buluh pun nampak dah lusuh boleh makeover macam ni.

Hasilnya nampak macam karpet baru tau. Design boleh ikut cita rasa sendiri atau ikut tema deko kediaman.

Caranya tampal permukaan tikar buluh ini dengan wall paper.

Modal

  • Wallpaper dari Kaison RM 19.90
  • Tape warna hitam RM 3.20
  • Tikar buluh lama

Cara membuat

  • Tampal wall paper pada permukaan tikar.
  • Kemaskan sekeliling tikar dengan tape hitam.
  • Kalau tikar tebal dan lebar, mungkin guna 1 roll wallpaper dan 2 tape hitam.

Kelebihan

1) Tak perlu pakai karpet terutama kalau alah dengan debu.

2) Jimat sebab murah

3) Kalau rasa tak berkenan atau dah bosan dengan corak/ pattern bulan depan kita tukar corak lain pula.

4) Mudah, murah, dan cepat

 

Sumber : Intan Syazwani via Viral Muafakat Johor

IKLAN