Selepas dua minggu menimang cahaya mata hari, ini pelakon Fizo Omar dan juga isteri usahawan tudung terkenal Mawar Karim berkongsi gambar anak mereka.
Menamakan anak perempuannya Wan Maryam, bayi yang lahir 29 Disember lalu ini selain ditunggu-tunggu oleh pasangan selebriti ini, kehadirannya sebagai cucu pertama turut dinanti ibu dan ayah Fizo selama empat tahun.
Dalam pada itu perkongsian gambar anak Fizo ini juga mendapat reaksi ramai netizen terutama bila melihat Wan Maryamn memiliki hidung yang mancung.
Satu saja permintaan belum tercapai nak tengok anak Fizo
Assalamualaikum… Hye smua uncle n aunty kawan daddy n mummy dlm ig n fb ni. Nama saya Wan Maryam binti Wan Hafizol. Hari ni genap 2 minggu umur saya.terima kasih kpd yg mendoakan kami smua selama ini.
Saya nak ucapkan terima kasih byk2 kpd mummy rose @mawar_karim yg 24 jam bersama saya selama 9 bln ni.mummy bertarung nyawa nak lahirkan saya pada 29 dec 2017.saya pulak asyik tendang perut mummy je sebelum ni.sory yea mummy!
Ads
4 tahun mummy n daddy tunggu saya dan saya tahu yg paling happy adalah neny saya Pn Faridah dan tok bah saya En Aminuddin sbb saya ni cucu pertama.Tok ma pun happy sgt sbb dia selalu ckp 1 je permintaan dia yg belom capai adalah nak tgk anak Fizo. alhamdllh dengan kehadiran saya ni semoga membawa keberkatan dan menggembirakan semua orang.
Doakan saya sentiasa sihat dan menjadi anak yg solehah.
Ads
Mancungnya hidung Maryam
Ini pulak reaksi netizen yang geram tengok hidung mancung Wan Maryam.
2 Februari lalu dua anak jutawan terkenal SM Faliq SM Nasimudin dan juga Chryseis Tan selamat melangsungkan perkahwinan mereka.
Diadakan dalam suasana penuh meriah namun santai di resort The Chateau, Bentong Pahang, perkahwinan antara anak pewaris Naza dan juga jutawan Tan Sri Vincent Tan ini berlangsung mengikut dua tradisi, Melayu dan Cina.
Semalam dalam instagram Chryseis beliau telah berkongsi video perkahwinannya selain gambar-gambar perkahwinan mereka mengikut adat masyarakat Cina.
Diakhiri dengan ciuman, video perkahwinan ini memang nampak kerlasss terutama bila melihat kereta mewah yang tersusun tu.
Bagi peminat durian, Musang King bukanlah buah biasa-biasa. Varieti durian premium ini cukup terkenal dengan isi kuning terang, tebal, berkrim dan rasa manis lemak sedikit pahit yang menjadi buruan ramai setiap kali tiba musim durian.
Namun siapa sangka, buah yang sering dianggap antara kebanggaan Malaysia ini tersenarai pula dalam kategori buah tropika ‘terburuk’ di dunia. Perkara ini pastinya mengejutkan ramai peminat durian, lebih-lebih lagi varieti ini selama ini sering mendapat permintaan tinggi bukan saja di Malaysia, malah di luar negara.
Menerusi laporan portal kulinari TasteAtlas, Musang King berada di kedudukan ke-10 dalam senarai 37 buah tropika dari seluruh dunia. Buah ini menerima skor 3.7 daripada 5 bintang.
Walaupun kedudukan itu mungkin kedengaran agak mengejutkan, ia sebenarnya banyak berkait dengan selera dan penerimaan individu terhadap durian. Seperti yang ramai tahu, durian memang antara buah yang boleh memecahkan pendapat. Ada yang cukup menggemarinya, namun tidak kurang juga yang langsung tidak tahan dengan baunya.
Senarai yang diterbitkan oleh TasteAtlas lazimnya berdasarkan penilaian pengguna dari pelbagai negara. Oleh itu, keputusan ranking tidak semestinya menggambarkan kualiti sebenar sesuatu makanan, sebaliknya lebih kepada pengalaman dan cita rasa individu yang berbeza-beza mengikut budaya serta latar belakang masing-masing.
Musang King sering dianggap sebagai antara varieti durian terbaik kerana teksturnya yang padat, lembut dan berkrim seperti kastard. Rasanya pula cukup kuat dengan gabungan manis, lemak dan sedikit pahit, menjadikan ia pilihan utama penggemar durian tegar.
Keunikan rasa tersebut sukar ditemui pada varieti lain. Isi buahnya yang tebal serta warna kuning keemasan turut menjadi faktor yang meningkatkan daya tarikannya. Bagi peminat durian, kombinasi rasa dan tekstur inilah yang memberikan pengalaman makan yang lebih memuaskan.
Selain itu, buah ini juga sering dikaitkan dengan kualiti premium. Tidak hairanlah harganya lazimnya lebih tinggi berbanding banyak varieti durian lain di pasaran, terutama ketika permintaan meningkat pada musim durian.
Varieti ini sebenarnya sudah lama wujud dan dikenali juga sebagai Raja Kunyit. Ia mula popular sekitar era 1980-an selepas didaftarkan dengan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).
Kini, Musang King banyak ditanam di Pahang dan turut mendapat permintaan tinggi di negara seperti Singapura serta China. Malah, buah ini sering dijual pada harga premium kerana kualiti isi dan rasanya yang tersendiri.
Permintaan eksport yang semakin meningkat turut membantu mengangkat nama durian Malaysia ke peringkat antarabangsa. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, varieti tersebut menjadi antara produk pertanian yang mendapat perhatian besar dalam pasaran luar negara.
Bagaimanapun, bagi sebahagian masyarakat luar yang tidak biasa dengan durian, aroma Musang King mungkin dianggap terlalu kuat. Ada yang menggambarkan baunya seperti belerang atau gas, sekali gus menyebabkan buah ini menerima penilaian negatif daripada mereka yang kurang biasa dengan durian.
Selain bau, teksturnya yang sangat berkrim serta rasanya yang manis pahit juga mungkin dianggap pelik bagi sesetengah individu. Apa yang menjadi keistimewaan kepada peminat durian, boleh jadi sebaliknya kepada orang yang baru pertama kali mencubanya.
Fenomena ini sebenarnya bukan sesuatu yang luar biasa. Banyak makanan popular di dunia turut menerima reaksi bercampur-campur daripada orang ramai. Faktor budaya, pengalaman makanan sejak kecil dan kebiasaan terhadap sesuatu rasa memainkan peranan penting dalam menentukan penerimaan seseorang.
Bagi rakyat Malaysia, durian sering dianggap sebagai “raja buah” yang mempunyai nilai budaya dan sentimental tersendiri. Namun bagi masyarakat yang tidak pernah terdedah kepada durian, aroma kuat serta rasanya yang kompleks mungkin memerlukan masa untuk diterima.
Inilah sebabnya sesuatu ranking tidak boleh dijadikan ukuran mutlak terhadap kualiti sesuatu produk makanan. Apa yang dianggap luar biasa oleh satu kelompok pengguna mungkin dianggap kurang menarik oleh kelompok yang lain.
Dalam senarai sama, kedudukan teratas buah tropika ‘terburuk’ dunia disandang oleh wood apple atau buah belingai dari India. Tempat kedua pula ialah buah Nona atau Anona da Madeira dari Portugal, manakala tangga ketiga diduduki Matoke, sejenis pisang hijau dari Uganda.
Kehadiran pelbagai jenis buah dari negara berbeza dalam ranking tersebut menunjukkan bahawa penilaian pengguna sangat dipengaruhi oleh pengalaman peribadi. Justeru, kedudukan dalam senarai tidak semestinya mencerminkan nilai nutrisi, kualiti atau populariti sesuatu buah secara keseluruhan.
Walaupun tersenarai dalam ranking berkenaan, Musang King tetap mempunyai kelasnya yang tersendiri dalam kalangan peminat durian. Popularitinya yang berterusan di Malaysia dan pasaran antarabangsa membuktikan bahawa buah ini masih mempunyai kelompok peminat yang sangat besar.
Menjadi rutin biasa setiap kali menjelang peperiksaan besar, pelajar akan datang bertemu guru untuk memohon maaf dan restu mohon menghalalkan ilmu yang diajar oleh guru.
Tapi acara memohon restu yang dirakam ini cukup istimewa sekali malah menyentuh hati ramai hingga tular di media sosial.
Dirakam oleh seorang guru bernama Duzaimah Kamarurin tanpa dirancang, video berdurasi hampir 10 minit ini memaparkan empat orang pelajar tingkatan lima cacat pendengaran atau pekak datang bertemu guru tersebut untuk memohon restu menghalalkan ilmu sebelum mereka menempuh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Disampaikan dengan cara mereka tersendiri, sesi itu dimulai bila oleh pelajar Anas yang memohon Cikgu Duzaimah menghalalkan ilmu yang diperoleh. Ia diikuti dengan seorang lagi pelajar bernama Faiz yang turut memohon kemaafan dari guru tersebut.
Dalam sesi yang penuh dengan nasihat untuk para pelajar itu paling menyentuh hati ketika ini bila Faiz dalam bahasa isyaratnya mengatakan mahu menarik gurunya ke syurga di akhirat kelak. Malah dia menghargai jasa guru itu sampai akhir hayatnya.
Kata-kata itu tersebut untuk membuatkan guru yang membahasakan dirinya Cikgu Zimah itu menangis terharu malah memeluk anak murid tersebut.
Menariknya dalam sesi yang turut melibatkan dua lagi pelajar lain guru tersebut tak henti-henti memohon kemaafan dari anak muridnya itu selain meminta dihalalkan jika berlaku kekurangan selama dia mengajar.
Dia juga berulang kali memberitahu bahawa pelajar-pelajarnya itu tiada dosa dengannya kerana segalanya sudah dimaafkan.
Cukup mengenali sikap dan latar belakang setiap pelajarnya, Cikgu Duzaimah juga memberi nasihat yang berbeza buat mereka.
Malah berjanji akan terus membantu mereka walaupun sudah tamat persekolahan kerana perhubungan mereka akan kekal selama-lamanya.
Video yang mendapat banyak reaksi dari netizen ini, rata-ratanya sebak malah menitiskan air mata bila mendengar dan melihat aksi pelajar ini. Begitu juga bila melihat keakraban serta kemesraan guru ini dengan pelajarnya.
Dimuat naik oleh guru berkenaan dalam akaun Facebook, video yang melibatkan pelajar bernama Faiz dan Anas itu telah pun mendapat hampir sejuta tontonan sejak 3 November lalu.
Khairul Aming meminta penjelasan daripada Maxis selepas maklumat bil telefon peribadinya didakwa didedahkan di media sosial, sekali gus mencetuskan kebimbangan mengenai keselamatan data pelanggan.