Selalu bila masak singgang kita guna ikan, cuma jenis ikan saja yang berbeza ikut cita rasa. Tapi selain dari ikan kita juga boleh masak singgang menggunakan ayam.
Singgang ayam ini antara menu biasa di negeri Pantai Timur. Bagi yang tak pernah cuba boleh masak mengggunakan cara yang dikongsi oleh Myra Edora. Lauk ini juga cukup ringkas, cuba gaul dan rebus saja. Senang tapi sedap sangat. Makan pulak dengan sambal dan ulam, terbaik gabungannya.
Cara buat singgang ayam, senang tapi sedap sangat
Bahan-bahan:
Ayam dipotong dan dibersihkan
Bawang merah – hiris
Bawang putih – hiris memanjang
Halia – hiris memanjang
Lengkuas – hiris
Serai – ditumbuk
Rempah ketumbar – tumbuk
Lada kering – dipotong
Cili api
Asam keping
Garam
Gula
Budu
Cara membuat
Masukkan semua bahan-bahan tadi dalam periuk. Gaul rata.
Ads
2. Letak budu, garam gula sekali dan gaul lagi.
Ads
3. Tuangkan air ikut sukatan yang dikehendaki tapi jangan terlebih.
4. Buka api dan rebus hingga mendidih dan ayam masak.
Ads
Tip: Lebihkan bawang merah dari bawang, lagi sedap.
Kuih tart nenas ini memang wajib ada setiap kali raya. Rasanya hampir setiap rumah akan ada kuih ini. Cuma rasa saja berbeza.
Gabungan rasa jem nenas dan juga tar bila bersatu dalam mulut memang sedap. Sebab itu kuih ini ramai peminatnya. Cuma kalau dapat tart yang rangup lagi best.
Nak dapatkan tart yang rangup ini ada olahannya bagi yang nak cuba boleh guna cara yang dikongsi oleh Ahlia Muhammad H.
Menurut penjual kuih tart nenas ini, resipi ini adalah olahan beliau sendiri untuk dapatkan kesan tart yang rangup.
Bahan A
500g margerin/butter
2 sudu besar minyak sapi
1 cawan kecil gula aising
2 biji kuning telur
1 sudu kecik esen vanila
Bahan B
2 cawan kecil tepung jagung
1 cawan kecil tepung kastard
1 cawan kecil tepung beras
4 sudu besar tepung susu full cream
1 sudu besar Empelex (Perangup Biskut)
Tepung gandum cap Rose (tiada sukatan) masukan sikit demi sedikit hingga tak melekat di tangan
Bahan untuk sapuan
3 biji kuning telur
3 sudu besar fresh milk
1 sudu kecik esen vanila
Pewarna kuning lemon
Cara membuat:
2. Masukan telur dan esen vanila. Gaul sebati.
3. Seterusnya masukan tepung jagung, tepung kastard, tepung beras, tepung susu full cream. Gaul lagi bagi sebati.
4. Seterusnya masukkan tepung gandum cap Rose Sikit demi sedikit sehingga adunan tak melekat di tangan
5. Kemudian bolehlah terap guna acuan masing masing dan letak jem nenas (boleh beli yang ready made). Sapu dengan bahan sapuan yang disatukan dan dibancuh sebati.
6. Bakar suhu 150 18 – 20 minit, oven saya 25L.
Tip rangup : Kurangkan tepung kastard dan tambah 1 cawan tepung beras + 1 sdb emplex (perangup biskut) seperti dalam resipi di atas.
Bila rasa nak makan chicken chop biasa kita ke restoren. Harganya pula selalu lebih kurang RM15 satu hidangan. Kalau sorang dua makan taklah mahal tapi kalau satu famili 5 orang, emmm boleh tahan juga harganya.
Jadinya kalau nak jimat kita buat sendiri. Homemade! Tak susah atau renyah pun membuatnya, ada resipi yang mudah. Antaranya perkongsian Wan LuQman ini.
1. Mula-mula kita perlukan ayam bahagian whole leg. Ini adalah bahagian thigh dan peha. Buang tulangnya. Untuk tulang yang bersambung dengan peha patahkan saja. Ketuk pada bahagian buku lali untuk patahkan tulang hujung, toreh dan tarik saja tulang drumstik (kalau nak senang beli saja yang dah siap dipotong untuk masak chicken chop di pasar raya).
Supaya ayam goreng juicy, rendam dalam air garam 2-3 jam proses ini dipanggil sebagai brine. Kemudian bilas ayam.
2. Batterkan ayam dalam apa-apa jenis tepung. Yang ini batterkan dalam bancuhan tepung ayam goreng serbaguna. Untuk bancuhan kering, guna tepung dari jenis yg sama, campurkan dengan baking powder. Kalau tiada tepung serba guna, boleh guna tepung gandum.
3. Bila dah gaulkan ayam dalam bancuhan batter, gaul pula dengan bancuhan tepung kering + baking powder tadi.
4. Panaskan minyak kemudian goreng. Biar dalam 5 minit, agak-agak sebelah dah keras, baru balikkan.
5. Sambil itu, kita sediakan bahan untuk sos. Ketuk 2 biji bawang putih dan sebatang seleri dihiris.
6. Bahan untuk sos :
2sb butter / marjerin
2sb sos tiram
3sb sos blackpepper (Life)
1sk lada hitam ditumbuk kasar
1sk serbuk pati ayam
7. Panaskan marjerin, bila dah cair, masukkan 2 sudu tepung gandum dan gaul dia akan jadi roux. Roux ni sebagai agent pemekat kuah. Tumis sekali bawang putih dan seleri. Kemudian masukkan semua bahan di atas. Sos blackpepper saya guna jenama Life.
8. Masukkan 500ml air. Biarkan menggelegak. Tak perlu gula sebab sos tiram akan ada rasa manis, lagipun sos blackpepper pun dah ada rasa manis. (Nak senang buat sos boleh juga guna instant brown sauce. Bancuh dengan air dan masak atas kuali. Dicadangkan brand Knorr atau Swiss Bear).
9. Masukkan daun salam atau daun bay. Ini kunci rahsia kesedapan untuk makanan berempah.
10. Ini ayam yang dah siap digoreng.
11. Untuk coleslaw, hiris halus kobis dan lobak merah. Letak krim atau susu cair, 1 sudu kecil gula, mayonis (boleh guna brand Saji atau Kimbal lebih sedap) dan perahan jus lemon sesedap rasa. Gaul sekata.
12. Masa untuk hiasan. Letak ayam goreng, tuang sos. Hiaskan daun english parsley atas ayam. Letakkan coleslaw atas salad jenis coral. Kalau nak ada warna boleh hiris tomato atau red peppers / capsicum.
Jika suka boleh buat kentang lecek. Cara membuat rebus 3-5 biji kentang sampai lembut (buang kulit). Kemudian lenyek kentang bersama gula, susu cair, chicken stok dan lada sulah. Atau boleh hidang dengan kentang goreng saja. Siap!
Selepas Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemberian Bantuan Prihatin Nasional kepada hampir semua lapisan golongan rakyat dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat timbul satu persatu persoalan.
Bagaimana rakyat terutama golongan B40, M40 boleh dapatkan bantuan ini? Adakah ia akan terus dimasukkan dalam akaun? Bagaimana untuk tahu mereka layak atau tidak dapat bantuan? Di mana untuk daftar dan jika tak layak bolehkah membuat rayuan?
Semalam semua perkara itu telah dijawab dalam satu siaran media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
Berikut adalah pekeliling yang menjawab segala persoalan kita.
Berdasarkan keterangan di atas, rasanya dah menjawab soalan kita.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...