Bagi yang baru nak belajar memasak di rumah, boleh cuba buat rendang pula. Nampak macam susah tapi sebenarnya tak.
Supaya mudah untuk korang yang dalam kategori beginner masak rendang boleh ikut step by step yang dikongsi oleh Nurul Jannah Zakariar ini. Insya-Allah menjadi!
Bahan-bahan
1 ekor ayam 4 biji bawang merah 3 ulas bawang putih Cili padi (ikut tahap kepedasan 2 inci halia 1 1/2 inci lengkuas 2 inci kunyit hidup 4-5 batang serai Santan Cili boh 1 kotak santan 200ml Gula Melaka Kerisik Daun limau purut
Ini yang penting, cara masak rendang ayam
1. Kisar bawang merah, bawang putih, cili padi halia, lengkuas, kunyit, serai. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar.
2. Tumis dalam beberapa minit. Kemudian masukkan cili boh ( agak-agak ) Sebab cili api yang diblend pun tadi pun pedas.
3. Kacau sebati. Akan jadi macam ni dan masak seketika.
Ads
4. Kemudian masukkan ayam siap cuci bersih (Ayam saya tu 1 ekor berat anggaran 2kg).
5. Gaul rata ayam dengan semua bahan.
6. Kemudian perasakan dengan garam. Ikut selera masing-masing nak guna garam jenis kasar/halus.
7. Kemudian masukkan santan kelapa/santan kotak segera.
Ads
8. Tambahkan satu setengah air masak dalam kotak santan.
9. Kemudian akan jadi macam ni.
10. Pastikan kerap mengacau rendang supaya tidak hangus.
11. Kemudian bila rendang agak kering sedikit masukkan gula Melaka.
Ads
12. Diikuti dengan kerisik.
14. Gula melaka dan kerisik dah sebati.
15. Kemudian masukkan daun limau dan daun kunyit (hiris halus ).
16. Masak sampai daun limau dn daun kunyit agak layu kemudian tutup api.
Ramai yang suka buat kek dan biskut tapi sering kali juga dengan keluhan tak menjadi didengar. ‘Saya dan ikut resipi sebijik-sebijik tapi kek mendap, kenapa ya’ ini antara keluhannya.
Salah satu puncanya mungkin kerana kurang ilmu. Bukan kurang ilmu memasak tapi ilmu tentang ketuhar atau oven yang digunakan.
Di dalam proses membuat kek, biskut, pastri dan roti, bukan sahaja kemahiran yang diperlukan untuk mendapatkan hasil yang terbaik tetapi oven juga memainkan peranan yang amat penting.
Soalan yang selalu diajukan terutama bagi yang baru belajar memasak adalah ketuhar mana yang sesuai dan adakah kita perlu menyediakan berlainan ketuhar untuk berlainan kek, roti dan pastri?
Bagi memberi pencerahan tentang perkara ini VK kongsi info tentang ketuhar dan fungsinya yang diambil dari Facebook Jom Belajar Buat Kek. Semoga bermanfaat untuk anda yang suka memasak.
Ketuhar jenis ini memang cukup sesuai untuk semua jenis pembakaran. Ia boleh membakar roti, kek, pastri dan biskut. Bergantung kepada jenama yang anda beli, ada sesetengah ketuhar jenis begini, kepanasannya tidak begitu rata jika anda membakar dua atau dua tingkat (2 tier baking).
Kalau anda membakar biskut cara begini, anda harus rajin memusing dan menukar loyang kuih anda supaya mendapat kepanasan yang lebih rata (rotate the trays to get even baking results). Tetapi apabila membakar kek,lebih baik jika membakar satu tingkat sahaja.
Ketuhar yang mempunyai kipas bina dalam selalunya membakar biskut dan pastri dengan cukup baik kerana kipas itu memutar angin panas dengan rata jika kita membakar dua atau tiga tingkat (2 or 3 tier baking). Tetapi apabila digunakan untuk membakar kek, kipas ini akan mengeringkan kek.
Jadi, jika ada pilihan butang untuk tidak membuka kipasnya atau switch off (tutup kipas) apabila membuat kek, itu adalah pilihan lebih baik (sesetengah oven ada butang kipas).
Tetapi jika tidak boleh memilih untuk menutupnya (tiada butang kipas) adalah lebih baik jika anda mengurangkan sedikit masa membakar kek itu.
Contohnya, jika kek itu memerlukan masa 45 minit untuk membakarnya dalam ketuhar biasa, kurangkan masanya dalam 5 minit lebih awal jika menggunakan ketuhar yang berkipas ini supaya kek tidak terlalu kering.
Ketuhar jenis ini adalah seperti ketuhar 2 IN 1 iaitu boleh digunakan untuk fungsi microwave dan juga untuk membakar biskut, brownie atau kek-kek cawan.
Ketuhar begini sesuai bagi mereka yang jarang membuat kek yang besar. Jika kita membakar kek yang agak besar, ada kalanya bahagian tengah kek tidak masak dengan betul.
Selalunya, kita lebih menggunakan fungsi microwave sahaja. Jadi bagi mereka yang suka membakar roti, pastri dan kek-kek perayaan, jenis ketuhar sebegini mungkin kurang sesuai dan kek-kek yang dibakar dalam ketuhar microwave sebegini selalunya kelihatan agak pucat dan padat.
Sebenarnya inilah yang ramai tidak tahu. Jom semak fungsinya supaya boleh menggunakannya dengan betul. Kebanyakan ketuhar bina dalam (built in oven) mempunyai fungsi yang agak sama iaitu :
Ini cukup sesuai untuk membakar semua jenis kek, biskut pastri dan roti. Jika membakar kek yang agak besar, letakkan kek itu di rak agak bawah sedikit tetapi jika membakar roti dan pastri, lebih sesuai jika kita meletakkannya di rak tengah sahaja.
Ramai yang keliru apabila melihat fungsi ini. Mereka sangka top heat sesuai untuk membakar kek lapis! Sebenarnya top heat lebih sesuai digunakan apabila membakar cheese cake. Jika digunakan untuk membakar kek lapis, ia akan menjadi terlalu kering dan ada kalanya garing.
Fungsi Bottom Heat ini cukup sesuai jika ingin menggaringkan roti yang berinti seperti pizza. Adakalanya, inti pizza itu sudah masak tetapi bahagian bawah rotinya pula masih kurang garing atau lembap. Di sinilah kita menggunakan fungsi bottom heat ini untuk memasakkan roti itu tanpa mengeringkan dan memasakkan inti pizza yang diatasnya itu.
Inilah fungsi utama apabila kita membakar kek lapis. Dengan menggunakan grill, setiap lapisan kek lapis pasti menjadi dengan cantik dan tidak kering. Api grill ini juga cukup sesuai jika ingin mengaringkan hanya bahagian atas ayam atau daging untuk sekejap sahaja.
Tidak kesemua ketuhar ada fungsi ini. Fungsi ini cukup sesuai jika ingin membakar sesetengah jenis roti seperti roti perancis. Ia akan menggaringkan dan meranggupkan permukaan roti itu.
Pastikan anda tahu jenis suhu ketuhar anda untuk jenis masakan yang anda lakukan agar ianya tidak menghasilkan rasa hangit atau hangus pada kuih semasa proses pembakaran dilakukan. Setiap saiz ketuhar itu mempunyai suhu kepanasan yang berbeza. Dapatkan nasihat daripada pakar penjual sebelum membuat belian terlebih dahulu.
Semoga tip yang diberi berguna untuk para ibu menyediakan masakan terbaik untuk keluarga. Selamat memasak!
Elok sangat kalau pasang lampu ini untuk mudahkan pergerakan waktu malam di rumah. Jadi tak perlulah meraba dalam gelap cari suis lampu atau boleh guna jika blackout.
Lampu LED ini akan terus menyala bila mengesan pergerakan. Bestnya kita boleh pasang sendiri saja. Caranya boleh ikut perkongsian Hafiz Rauzan ini.
Nak review sikit lampu LED yang boleh nyala bila motion/pergerakan kita dekat dengan sensor lampu ni.
1. Pakai bateri 3 biji AA 2. Lampu ni takkan ON ketika hari cerah (pagi, petang) jadi jimat bateri. 3. Dalam gelap nak mencari suis lampu dapur, LED ini membantu ia akan nyala dulu jadi tak perlu meraba dalam gelap.
4. Tak perlu paku atau wiring bagai, lekat je kat mana- mana dah settle. 5. Bukan dapur saja, boleh tampal kat mana-mana kabinet, bawah katil dan sebagainya.
Kalau nak masak cepat, lauk paling senang dan pantas nak buat adalah ayam paprik. Dah buat paprik ayam, tak perlu lauk lain dah sebab dalam hiadangan ni semua dah ada ayam dan sayur- sayuran.
Paling sesuai kalau tak tambah cuma telur mata atau telur dadar. Bahan-bahan yang digunakan pula memang kebanyakannya tersedia di dapur. Tak payah susah-susah nak pergi pasar atau kedai beli barang lain. Resipinya dikongsi oleh Nora Abdullah.
Bahan-bahan untuk ayam:
Ayam- potong dadu
1 sudu tepung jagung
Garam, kunyit & serbuk Maggi Cukup Rasa
Bahan tumis:
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih- ditumbuk
Sedikit halia -dihiris
2 batang serai – dititik
4 biji cili padi – diketuk
5 helai – daun limau purut
Bahan untuk sos:
Sos tiram, sos tomato & sos cili
Kuantiti ikut cita rasa, lebihkan sos tomato
Bahan sayur
Lobak merah, bunga kubis, kacang panjang atau kacang buncis, tomato
Cara membuat:
2. Guna minyak gorengan ayam tadi tumis bahan-bahan tumis sampai naik bau.
3. Kemudian masukkan sos tomato, cili, tiram. Tak perlu tambah garam dan gula, sebab dah cukup perasa. Masukkan sikit air untuk sesuaikan rasa dan ada kuah.
4. Bila dah menggelegak masukkan sayur dan ayam. Tak perlu masak sayur lama-lama supaya ada rasa rangup.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...