Lauk bujang macam ni sebenarnya lagi sedap. Satu lauk saja, makan dengan nasi dah cukup. Tapi awas kalau berdiet lauk telur mata sambal hijau ini boleh buat kita menambah.
Dikongsi oleh Cheyah Saripuddin cara membuatnya memang tersangatlah senang. Untuk lagi sedap bahagian kuning telur buat cair supaya meleleh. Memang enak gaul dengan nasi.
Cara buat lauk bujang- telur mata sambal hijau
Bahan-bahan
15-20 biji cili padi hijau (ada cili besar boleh campur, nak pedas boleh tambah)
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji telur ayam
Secubit garam
Gula sedikit saja jika suka
Cara membuat
1. Tumbuk semua bawang merah, bawang putih dan cili sehingga lumat kasar. Tak perlu lumat sangat.
2. Tumiskan dan biarkan ia sedikit garing. Boleh masukkan gula dan garam secukup rasa.
3. Pecahkan telur dalam bekas lain kemudian baru tuang dalam tumisan (ini cara untuk pastikan telur yang digunakan masih elok tak busuk).
4. Biarkan telur masak ikut cita rasa. Nak bahagian tengah cair atau masak terpulang. Nak berkuah boleh tambah air pun boleh tapi saya tak tambah.
Semua perokok tahu akan kesan buruk tabiat ini kepada kesihatan. Mereka tahu asap rokok yang disedut itu cukup bahaya tapi masalahnya untuk meninggalkan rutin merokok ini amatlah sukar.
Walaupun punya hasrat dan usaha menghentikan tabiat merokok, akan tetapi ramai yang kecundang separuh jalan. Mungkin ada yang berjaya namun angkanya tak ramai. Inilah dilema golongan perokok tegar kerana pengambilan nikotin sudah menjadi sebahagian cara hidup.
Dalam pada itu pihak kerajaan juga melakukan pelbagai usaha untuk mengekang tabiat merokok di kalangan masyarakat. Kempen Tak Nak contohnya telah dilakukan sejak tahun 2007 lagi. Selain itu turut diwujudkan klinik berhenti merokok.
Malah Kementerian Kesihatan Malaysia telah membelanjakan RM4.8 juta untuk rawatan berhenti merokok di kalangan perokok tegar. Antara rawatan yang dijalankan termasuklah terapi pengganti nikotin, menerusi kaedah pelekat nikotin dan gula-gula getah nikotin.
Akan tetapi usaha ini saja tidak mencukupi, perlu ada pendekatan lain terutama untuk golongan perokok tegar. Salah satu daripada pendekatan ini adalah dengan kaedah pengurangan kemudaratan tembakau (tobacco harm reduction).
Kaedah pengurangan kemudaratan tembakau
Pendekatan pengurangan kemudaratan tembakau ini perlu dilakukan perokok tegar bukan saja untuk kesihatan diri sendiri tapi juga orang sekeliling mereka yang berisiko apabila menyedut asap rokok.
Ia boleh dilakukan dengan beralih daripada rokok kepada alternatif bebas asap rokok (smoke-free alternative) seperti e-rokok (vape) atau produk tembakau yang dipanaskan (heated tobacco product atau HTP) yang kurang mudarat berbanding dengan rokok.
Perbezaan produk bebas asap rokok
Alternatif bebas asap rokok boleh memberikan nikotin dan kepuasan kepada perokok tanpa sebarang pembakaran. Oleh itu, alternatif bebas asap ini boleh mengurangkan penghasilan asap rokok yang mengandungi lebih 6000 bahan kimia yang akan menjejas kesihatan perokok dan orang sekeliling mereka. Ini amatlah penting kerana 100 daripada 6000 bahan kimia itu sudah dikenal pasti sebagai penyebab utama kepada penyakit serius seperti kanser paru-paru.
Walaupun, alternatif bebas asap bukanlah bebas risiko sepenuhnya, kerana ia mengandungi nikotin dan akan menyebabkan ketagihan, tetapi kita perlu faham bahawa adalah asap rokok yang menyebabkan penyakit berkaitan dengan amalan merokok bukanlah nikotin.
Oleh demikian, perokok tegar boleh cuba menukar cara pengambilan nikotin mereka dengan beralih kepada alternatif bebas asap rokok yang tidak membebaskan sebarang asap rokok yang memudaratkan.
Kesimpulannya, pendekatan untuk mengurangkan tabiat merokok perlu dilihat secara menyeluruh dan pendekatan pengurangan kemudaratan tembakau harus diambil kira sebagai alternatif lebih efektif untuk perokok tegar.
Susu pisang ni memang sedap. Sekali minum confirm nak lagi. Tapi kalau beli di pasaran mungkin ada yang letak perisa saja. Mahal pun boleh tahan.
So lebih baiklah kita buat sendiri sebab nak hasilkan susu pisang ini punyalah senang. Cuma ada beberapa langkah saja. Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh AJ Idris.
Bahan-bahan
Sebiji pisang (nak sedap guna pisang berangan)
1 gelas susu penuh krim/ low fat/ susu segar
1 sudu kecil gula/madu
Cara buat:
1. Blend pisang hingga hancur kemudian kacau dalam gelas berisi susu. Nak kisar sekali dengan susu pun boleh.
2. Kemudian tambah gula atau madu untuk rasa manis. Dah siap!
TIP
Kalau nak lagi sedap boleh juga kisar semua bahan tadi dengan air batu.
Minum waktu pagi boleh kenyang sampai tengah hari.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...