Buah tomato ceri selain dimakan mentah sebagai ulam, kita juga selalu letak dalam masakan. Jadi berbaloi sangat kalau kita tanam. Buah yang merah, comel ini buat kita geram bila nampak subur pada pokok.
kalau rasa nak cuba tanam tomato ceri ini boleh ikut perkongsian Nur Aida Md Zainuddin ini. Rupanya nak tanam pokok tomato ceri ini mudah sangat. 3 langkah saja, benih pula dari tomato ceri yang kita beli di pasar.
1. Hiris tomato ceri kemudian letak hirisan tomato dalam bekas semaian (saya guna container letak buah tu saja).
Ads
2. Lembapkan tanah dan letak tempat gelap ( sedar-sedar dah bercambah macam dalam gambar selepas 9 hari.
3. Biarkan anak pokok besar sikit dan alihkan ke tempat yang sesuai. Saya letak dalam polibeg. Siram pagi dan petang.
Ads
Dah nampak hasil
INFO
Tomato ini perlu air yang banyak. Jadi siram 2 atau 3 kali sehari kalau tak pokok jadi cepat kering.
Dalam masa 4 bulan ni saya tak jaga sangat, siram saja. Sebenarnya 4 bulan tu lambat, sebab lewat alih.
Kalau perasan dalam setiap polibeg ada daun bawang putih. Tanam bersama pokok ni bawang putih sebab binatang tak suka bau dia, untuk elak bena putih rosak pokok dan daun jadi kecut.
Cuti sekolah dah bermula mesti ramai yang rancang untuk bercuti. Selain bajet, selalu yang memeningkan bila nak holiday dengan anak-anak adalah waktu nak packing barang.
Tambah pula anak kecil ramai lagi kalut. Kalau boleh semua nak bawa, itu dilema mak-mak. Supaya tak angkut barang banyak dan tak tinggal juga keperluan yang penting boleh ikut panduan packing yang dikongsi oleh Susun Atur Sioca.
Tip packing famili 6 orang, bawa 3 beg besar saja
Tip packing ni bergantung juga beberapa faktor, contoh nak balik beraya lain packingnya, nak bercuti lain pula, nak masak ke tidak waktu travel, nak pergi berenang ke nak pergi pantai, nak duduk berapa hari, dan sebagainya, semua tu nak masuk fikiran.
Untuk packing, selain fikir untuk mudah pack, saya akan ambil kira juga susunan dalam kereta dan semasa transit. Saya akan bayangkan beg ni siapa bawa, beg ni siapa pula, beg ni bergabung dengan beg mana, barang ni senang capai tak dalam kereta, dan sebagainya.
Selain tu, membeli-belah semasa bercuti juga dihadkan supaya tak berlaku ‘pemberanakan’ beg yang keterlaluan. Harap perkongsian kali ni dapat membantu ibu ayah di luar sana bab packing-memacking. Ni tip ibu ayah 4 orang anak ya. Kalau lebih, tambah begnya.
Yang asasnya ada 3 beg ni:
– beg besar untuk baju
– beg kecil selain baju
– beg belang untuk toiletries
Selain 3 beg asas ni, ada:
– beg makanan/minuman
– beg swimming
– beg laptop
Untuk keluarga 6 ahli, rasanya cukup dah 1 beg besar untuk baju. Biasanya saya akan bawa 3 baju siang dan 2 baju malam untuk anak-anak. Nak rotate hantar je dobi atau basuh sendiri.
Beg kanan sekali tu ada tuala, telekung, sejadah, toto, dan selimut tambahan.
Dalam beg belang ada:
– beg toiletries
– beg bersiap
-Beg toiletries belakang tu dah 10 tahun. Beli di Cosway Rm13.
-Beg bersiap pula dari Mr Diy.
-Barang dalam beg ni semua tak unpack lepas balik. Dok dalam ni sampai next travel.
Beg makanan (merah) dan minuman (biru).
Guna beg sandang berbanding bakul supaya lebih mudah transit. Beli di Shopee. Barang dalam beg makanan. Kadang penuh juga dengan keropok, ayam goreng, bihun goreng, dll. Kalau travel jauh mudah siap-siapkan makanan camni, lapar terus berhenti makan.
Barang yang bertanda ✅ lepas ni semua saya letak dalam beg biru merah ni ya.
✅ beg beras
✅ periuk nasi travel
✅ sudu siap bekas
✅ alas makan
✅ suplemen wajib
✅ beg membasuh
✅ penyapu mini
✅ plastik sampah
Beg swimming.
Dalam beg swimming ada barang-barang ni.
Ada 4 beg ni untuk anak-anak. Sorang satu beg dan setiap beg ada:
– 1 tuala mini
– 1 baju swimming
– 2 hanger
Beg ni juga akan letak baju ganti. Jadi, lepas mandi, anak-anak akan ambil beg sorang satu, pergi bersiap, masukkan baju basah, dan balik terus gantung.
Ayam masak merah bersantan ini mungkin biasa dimasak oleh orang Utara, bagi yang belum pernah cuba boleh try. Memang sedap, berlemak dan paling penting banyak kuah. Boleh makan dengan nasi tomato, nasi minyak dan macam macam nasi.
Ayam masak merah bersantan stail utara
Walau nampak seakan sama tapi ingredients sedikit berbeza. Memang sesuai dengan nasi tomato dan lain-lain.
Bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong ikut suka – kalau nak meniaga dipotong 12
(Ayam dibersihkan digaul dengan garam, kunyit dan digoreng tapi jangan goreng terlalu lama nanti keras)
Bahan tumis:
Setengah biji bawang besar dipotong nipis
2 ulas bawang putih
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji cengkih
Bahan kisar:
20 biji cili kering dipotong direbus dikisar halus (jika suka pedas guna 25-30 biji cili kering)
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1cm halia
2cm lengkuas
Bahan lain
1 tin kecil tomato puri
1 cawan santan pekat
1 tin kecil kacang peas
Cara membuat:
1. Tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris nipis.
2. Bila bawang dah layu baru masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih. Goreng sebentar kemudian terus masukkan bahan kisar.
3. Gaul rata kemudian masukkan tomato puri. Masak sampai tumisan pecah minyak dan biarkan sedikit kering (periuk kena sentiasa ditutup sebab masakan ini merecik).
4. Masukkan ayam yang siap digoreng tadi bersama santan pekat. Gaul rata kemudian masukkan gula dan serbuk secukup rasa. Biarkan mendidih.
5. Perlahankan api kemudian biarkan kuah ayam sampai berminyak baru tutup api. Akhir sekali masukkan kacang peas hijau sebagai hiasan.
Comel je baby donut dan baby cakoi ni. Gebu pulak tu. Bila buat kecil begini sebenarnya lagi senang nak makan terutama buat anak-anak. Sekali atau dua kali ‘ngap’ dah setel.
Menurut Missz Amira baby donut dan cakoi yang dihasilkan ini buat saja gebu tapi lembut dan kekal begitu sampai ke malam. Memang berbaloi buat katanya tambah lagi donut sampai tak sempat salut dengan gula dah licin dimakan anak-anak.
Bagi yang teringin nak buat, boleh ikut langkah yang beliau sertakan sekali.
Jangan selalu biar lampu 'fuel low' menyala, ada bahaya menanti! Tapi sebenarnya ramai yang antara kita buat perkara sebaliknya. Walau dah tanda fuel low dah...