Mudah Rupanya Buat Sardin Homemade. Dah Tentu Halal, Bersih & Jimat Juga!

Share

Lauk sardin memang jadi kegemaran ramai. Ini lah lauk yang boleh membangkitkan selera bila dipadukan dengan telur mata. Tapi sekarang harga sardin tin ini pun dah naik. Nak beli lebih dari setin pun berkira-kira.

Kalau anda jenis rajin, boleh cuba buat sendiri sardin ini. Bukan saja jimat tapi boleh olah ikut cita rasa kita yang mungkin nak lebih pedas atau banyak kuah. Lagi satu sardin homemade macam ni dah tentulah halal dan bersih. Bagi yang nak cuba, caranya boleh ikut perkongsian Nolela Abdul Lahak.

Sardin homemade

Bahan-bahan:

2 kilo ikan sardin
1 tin tomato puri


2 senduk cili kisar
2 senduk bawang kisar
1 cawan air asam jawa
1 botol sos cili
Garam
Serbuk perasa
Cuka
Minyak untuk menumis

Cara membuat:

1. Tumis bawang dan cili kisar sampai pecah minyak.

2. Kemudian masukkan air asam jawa, cili sos, tomato puri.

3. Tambah air hingga menutupi ikan. Lebih pun tak mengapa sebab nanti bila masuk dalam pressure cooker kuah akan cepat pekat.

4. Masak dalam 60 minit, tulang ikan akan lembut macam sardin tin yang kita beli.

5. Siap!


Resepi Nurliyana Ana Ana & Norlela Abdul Lahak

 

IKLAN