Mudah Rupanya Tanam Bawang Putih, Tanam Ulas Cara Menegak Dan Kambus

Share

Harga bawang sekarang boleh tahan mahal, jadi mana yang boleh kita tanam bolehlah tanam sendiri untuk penjimatan. Termasuklah bawang putih.

Tanam bawang putih sebenarnya tak susah cuma pecahkan ulas dan cucuk menegak kemudian kambus. Senangkan begitu juga penjagaannya. Jadi berbaloi tanam.

Langkah penuh boleh ikut panduan daripada Mahadzir Hashim

Kaedah mudah penanaman bawang putih

1. Pertama pilih benih dulu – terdapat 2 jenis bawang putih yg diimpot kita harus kenal

i) Softneck kulit bawang berwarna putih cerah keseluruhan. Mempunyai daun yang lembut dan sedikit menjuntai ke bawah. Ia ditanam pada musim panas di China dan Korea
ii) Hardneck

kulit bawang berwarna putih dan kemerahan di bahagian atasnya. Mempunyai daun yang agak keras mencacak. Ditanam pada musim sejuk di negara pengekspot.

Disebabkan cuaca kita panas jenis softneck sesuai ditanam dan memberi hasil positif. Pilih bawang yg baik dan segar saja utk benih tanaman. Pecahkan bawang kepada ulas-ulas dan ambil yg matang saja.

2. Media tanah- sediakan 2 bahagian tanah pasir, 1 bahagian cocopeat dan 1 bahagian tanah organik.

3. Tanam ulas bawang secara menegak dengan bahagian untuk akarnya ke bawah. Kambus butir bawang dengan tanah sedalam 1-2 inci. Jangan terlalu dalam, benih mungkin lemas bila proses menumbuh. Proses siraman diperlukan pagi dan petang.

3. Selepas 5 hari daun bawang akan mula kelihatan di paras tanah. Pembajaan organik perlu di lakukan peringkat ini.

Selepas 14 hari daun bawang akan meninggi.Daun bawang perlu di potong sehingga tinggal seinci. Ini untuk menggalakkan perkembangan bawang. Daun bawang boleh dimanfaatkan.

Proses diulang setiap kali daun bawang menjadi panjang. Sehingga daun bawang tidak lagi tumbuh dan mula kekuningan. Proses ini akn mengambil masa antara 100-120 hari atau 3-4 bulan.

4. Tuaian- Setelah daun bawang mula menguning bawang boleh dituai dengan cara mengorek tanah dan mencungkil. Jangan cabut kerana akan menjejaskan bawang.

Bersihkan sisa tanah yg melekat pada bawang dengan cara mengetuk perlahan. JANGAN BASUH. Ini kerana bawang putih perlu dijemur di tempat redup selama 4-5 hari sehingga daun dan bawangnya kering.

Selepas 5 hari pengeringan bawang sudah boleh diambil untuk kegunaan atau disimpan.

INFO 

  • Pokok bawang memerlukan sinar matahari maksima untuk pertumbuhan bawang. Jika anda menggunakan polibeg pastikan ia tidak diletakkan di tempat berbumbung atau ternaung.
  • Proses siraman setiap hari dan pembajaan organik setiap minggu akan mempercepatkan proses kematangan bawang.
  • Jika tinggal di kawasan tanah tinggi dan sejuk seperti Cameron Highland, Ranau serta Tambunan di Sabah, pilihan bawang putih Hardneck adalah lebih bersesuaian. Rasanya juga lebih enak.

Selamat mencuba.

Sumber: Mahadzir Hashim

IKLAN