Cara Buat Ketam Telur Masin Yang Sedap. Jimat Banyak Kalau Masak Sendiri

Share

Menu ketam telur masin ini memang sedap. Confirm menjilat jari. Tapi jika makan di restoren harga untuk hidangan satu famili mahu mencecah ratusan ringgit.

Jadinya untuk jimat kita buatlah sendiri di rumah. Modal beli ketam. Bahan yang lain kebanyakannya ada saja di rumah. Caranya boleh ikut perkongsian Izzati Insyirah Rosli

. Mudah saja pun.

Masak sendiri ketam telur masin

1. Ini bahan-bahan yang digunakan;

Ketam
Telur masin direbus
Susu cair
Daun kari
Cili padi ikut kepedasan masing-masing.

2. Hancurkan kuning telur dan sedikit putih telur(kalau tak mahu guna bahagian putih pun tak mengapa).

3. Gaul ketam dengan tepung jagung dan goreng hingga masak.

4. Ok ketam dah siap digoreng.

5. Panaskan butter, masukkan daun kari dan cili padi. Masak sehingga wangi.

6. Masukkan susu cair dan gula, tunggu sampai berbuih.

7. Masukkan ketam yang sudah digoreng.

8. Gaul gaul rata pastikan semua ketam disalut dengan kuah tadi. Ok siap! Boleh makan dengan nasi panas.

Mudah saja kan. Selamat mencuba.

Sumber: Izzati Insyirah Rosli

IKLAN