Mudah Sangat Buat Sambal Pauh Ni Rupanya, Memang Nikmat Makan Dengan Nasi Panas

Share

Tengok sambal pauh ini pun dah kecur air liur dibuatnya. Memang layan makan dengan ikan rebus goreng dan nasi panas.

Kalau ada buah pauh atau mangga mudah di rumah boleh terus buat. Memang bertambah nasi kalau kena dengan kombinasinya. Bagi yang nak cuba boleh ikut perkongsian dari Mastura Razali.

Cara buat sambal pauh, paling senang dan cepat siap

Bahan- bahan
Pauh/mangga
Ikan selayang- rebus atau dibakar
Cili api – lebihkan jika suka pedas
Sedikit garam -jangan banyak nanti masin

Cara membuat:

1. Pauh/mangga cincang halus dulu untuk memudahkan kerja masa menumbuk nanti.

2.Ikan asingkan tulang, ambil isi saja.

3.Mula-mula tumbuk garam dengan cili dulu sampai agak lumat.

4. Kemudian masukkan pauh/mangga. Tumbuk tapi tak perlu sampai hancur lumat.

5.Masukkan ikan, tumbuk lagi hingga sebati semua bahan.

6.Siap sambal pauh boleh hidang makan dengan nasi panas, lauk ikan singgang pun dah cukup.

Selamat mencuba.

Sumber: Mastura Razali.

 

IKLAN