Makan

Mudah Sangat Nak Buat Tosei, Guna Nasi Sejuk. Lembut Saja Bila Makan

Share

Tosei cicah dengan kari, makan waktu pagi memang ngam. Nak makan malam pun boleh. Biasanya bila teringin nak makan kita ke restoren mamak saja, tapi apa kata cuba belajar buat sendiri.

Makan tosei di rumah lagi syok, boleh ceduk kuah banyak mana suka, berkeping-keping pun tak apa. Kalau nak cuba buat sendiri boleh ikut perkongsian Fatimah Saari.

Buat sendiri tosei

Resipi ini diperoleh daripada neneknya dan semua ahli keluarganya memang belajar buat tosei ini.

Bahan-bahan

1 cawan kacang ulunthu
1 cawan nasi sejuk
1 cawan tepung beras
1 sudu yis mauripan
Garam
Air 3 cawan

Kacang ulunthu
Cara membuat

1. Cuci kacang ulunthu dan rendam 5-6 jam, selepas itu kisar sampai halus bersama dengan nasi nasi sejuk.

2. Letak garam sedikit, kemudian tuang dalam bekas lain. Bancuh bahan kisar bersama  air, tepung beras dan yis.

3. Peramkan lagi semalaman (tutup dengan tudung periuk) untuk menaikkan.

4. Sediakan kuali leper, sapu dengan minyak masak sedikit.

5. Tuangkan tepung yang diperam satu senduk ratakan, biar garing bawah. Kemudian tutup api. Gulung atau lipat dua. Siap boleh dihidangkan.

INFO: Kacang ulunthu boleh dibeli kedai runcit India ataupun pasar raya Mydin
Selamat mencuba.

Sumber: Fatimah Saari

 

IKLAN