Mudah Sangat Tanam Halia, Cambah Benih Tepi Singki Terus Tanam Dalam Pasu

Share

Halia memang bahan wajib ada di dapur sebab banyak masakan kita menggunakannya. Jadi berbaloi sangat kalau kita tanam sendiri terutama jika suka makan halia muda.

Biasanya kalau beli halia di kedai, banyak yang dah tua dan kecut. Kalau nak puas hati kita tanam sendiri saja.

Cara penanamannya juga mudah dan boleh kita tanam dalam pasu atau polibeg saja seperti dikongsi oleh NurulAin Ben.

  1. Nak cari benih halia mudah, beli saja halia di kedai. Boleh pilih sudah ada tunas. Kalau tiada, cambahkan saja tepi singki atau tempat yang lembap.

2. Bila dah bercambah atau berputik, boleh alihkan ke pasu atau polibeg.

3. Timbus benih halia dengan sedikit tanah.

4. Siram sekali sehari dan boleh dibaja selepas 4 bulan ditanam.

INFO: Untuk halia muda boleh tuai selepas 4-5 bulan manakala untuk hasil halia tua boleh dituai apabila 8-10 bulan. Sekali tuai memang banyak, puas hati!

Selamat mencuba

Sumber: NurulAin Ben.

IKLAN