Walaupun sudah dibersihkan tapi bahagian ketiak, siku, lutut dan leher selalu menjadi hitam hingga rasa segan pula kalau didedahkan. Lagi pula kalau berbeza sangat dengan kulit wajah yang putih.
Jika sudah menggunakan skrub dan losyen tapi masih tak jalan, tetap juga hitam tiba masa anda beralih pada petua tradisional ini.
1. Lidah buaya
Lidah buaya sudah lama dikenali sebagai tumbuhan ajaib yang boleh merawat pelbagai masalah kulit termasuklah memutihkan bahagian kulit hitam. Caranya, ambil lendir lidah buaya kemudian sapukan pada bahagian kulit hitam. Biarkan selama 20 minit sebelum dicuci dengan air. Lakukan setiap hari.
2. Kentang
Ramai tak tahu ubi kentang mengandungi zat catecholase yang berkesan untuk mencerahkan kulit yang gelap. Sapukan kentang yang dicincang halus pada bahagian terbabit kemudian biarkan selama 15 minit, sebelum dibilas.
Ads
3. Lemon
Lemon kaya dengan vitamin C untuk mencerahkan kulit dan menanggalkan kulit mati, sebab itu ia jadi salah satu petua untuk memutihkan kulit. Sapukan lemon atau jusnya pada bahagian siku dan lutut atau ketiak. Selepas 20 minit, bilas dengan air suam dan sapukan losyen.
4. Gula pasir
Gula pasir memang selalu digunakan untuk tujuan skrub. Ia boleh menghilangkan sel kulit mati sekaligus menjadikan kulit nampak bersih!
Ads
Caranya, campurkan gula pasir dengan sedikit minyak zaitun ataupun minyak kelapa dara sehingga menjadi pes. Sapu dan gosokkan gula pasir pada bahagian kulit yang hitam.
Bilas dengan air sejuk, selepas itu gosok selama 5 minit untuk menghilangkan sel kulit mati. Lakukan sekali seminggu.
Ads
Susu tepung
Asid laktosa yang terdapat dalam susu turut berfungsi untuk mencerahkan kulit. Caranya campurkan 1 sudu susu tepung bersama dengan 2 sudu tepung biasa dan sedikit air sehingga menjadi pes. Sapukan pada ketiak, biarkan selama 15 minit, kemudian bilas dengan air sejuk.
Bagi yang baru menanam pokok timun di rumah, boleh ikut tip yang dikongsi oleh Azuan Abdullah ini.
Menurut pekebun yang selalu berkongsi tip penanaman ini jika mahu tumbesar pokok timun cepat dan mengelak dari serangan kulat, pokok yang berusia 7 hari perlu dibuang daun kotiledon iaitu daun yang tiada fungsi.
Lepas 7 hari tanam pokok timun buang daun kotiledon
Pokok timun ini saya tanam 7 hari lalu. Tanam dalam pasu guna teknik hidroponik. Media 100% cocopeat. Baja guna AB Smart.
Hari ini usianya 8 hari lepas tanam. Tumbesarannya pun cantik molek. Dah ada 4-5 helai daun yang berfungsi.
Biasanya dalam tempoh 7-10 hari lepas tanam (tanam anak benih usia 7 hari lepas semai), saya akan buang daun kotiledon (rujuk gambar).
Cara potong
Potong daun kotiledon dengan pisau/gunting dan buang jauh-jauh daun tadi dari pokok. Nak lagi selamat, bakar atau kambus dalam tanah.
Kenapa daun kotiledon ini saya buang? Ini yang saya dapat daripada guru-guru saya.
1. Daun kotiledon ini ambil air dan nutrien yang banyak. Tapi ia tak buat kerja untuk proses makanan. Jadi kira duk makan saja la kan.
2. Dengan cara buang daun kotiledon ni, kita dapat kurangkan risiko pokok terkena penyakit bawaan kulat terutamanya kulapuk downy.
3. Dapat membaiki pengudaran pokok.
4. Dapat cepatkan tumbesaran pokok.
Cara ini boleh dipraktikkan untuk semua pokok sayur jenis menjalar. Ini cara yang saya buat ya sahabat.
Tempat sandar kepala pada kerusi kereta bukan saja keselesaan ketika memandu tapi sangat berguna buat pemandu berada dalam kecemasan.
Sekiranya kereta yang anda pandu ditimpa malang terbabas dalam sungai, longkang besar dan di tenggelami air, penyandar kereta amat berguna ketika ini.
Apabila kereta tenggelam tekanan air menyebabkan pintu kereta sukar untuk dibuka. Maka satu-satu jalan keluar ketika ini adalah dengan memecahkan pintu kereta dan anda harus melakukannya dengan pantas sebelum terlewat.
Sekiranya tiada alat yang tajam di dalam kereta yang boleh digunakan untuk memecahkan pada cermin alternatif lain adalah dengan menggunakan tempat sandar kepala kereta anda!
Cabut tempat sandar kepala dari tempat duduk anda. Ya ia boleh dicabut!
Selepas berjaya mengeluarkannya, letakkan salah satu daripada dua rod besi itu di antara tingkap dan pintu dan masukkannya ke dalam.
Pastikan anda masukkan ke dalam salah satu bahagian bawah hujung tingkap, kerana itulah di mana ia paling mudah pecah.
Selepas rod berada di dalam, tarik tempat sandar kepala ke arah anda dan tingkap itu akan pecah.
Anda boleh melihat kaedah ini dilakukan di dalam kereta yang tenggelam (pada 0:20 saat) dalam video di bawah.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...