Mula Diet Lepas Raya, Senarai Barang Ini Kena Ada Di Dapur Kalau Nak Kembali Langsing

Share

 

Kalau lepas raya nanti korang teringin nak pakai kebaya saiz S maka bermula dari sekarang kenalah ubah corak pemakanan.

Perkongsian daripada Adyla Rose

ini boleh dijadikan panduan untuk korang yang merancang nak kurus.

Bukan saja kena kawal kuantiti makan, penting juga untuk cari produk makanan yang sihat, kurang kalori dan lemak seperti ini.

Barang dapur ini wajib ada jika mahu kurus!

1. Minyak zaitun

Minyak boleh menjadi sebahagian daripada diet yang sihat. Minyak zaitun ni ada banyak jenis. Korang cari yg sesuai utk kegunaan korang k.

Kat label tu ada dinyatakan jenis masakan yg sesuai dgn jenis masakan yg korang nak. Contohnya:
– Extra virgin, virgin olive oil – sesuai utk salad, sos dressing (of course u ambil olive oil secara mentah lebih baik)
– Pure olive – bakar & grill
– Extra light- frying & baking
– Olive Pomace Oil – korang kena tau (minyak zaitun jenis ini, kualiti paling rendah)

Semua jenis olive oil ni ada smoke point masing-masing ya. So, cara pengambilan (masakan) korang kena alert. Jangan panaskan melebihi smoke point sebab nanti kualiti atau nutrient tu merosot.

Dalam diet sihat, if nak masak tumis, gunakan teknik tumis ringkas je atau stir fry. Minyak hanya guna sedikit 1 sudu, goreng pada suhu yg rendah, tak lebih smoke point & tak terlalu lama & dibiarkan terendam. Jangan lebih dari smoke point. Kawal suhu.

❌Memang tak masak dengan cara DEEP FRYING.

2. Minyak untuk stir fry. Nak yg lebih murah boleh guna coconut oil

3. Cari garam bukit

Tukar garam biasa kepada garam bukit kerana mengandungi lebih mineral. Tapi still kena minimumkan penggunaan k. Secubit je dalam masakan

4. Pilih susu low fat

5. Susu almond kalori paling rendah 100ml = 39cal !

Tapi of course harga a bit mahal. Selalu susu ni hanya bertahan kurang dari 3 hari jeee sebab sedap sangat!

6. Pilih Greek yoghurt

7. Green tea untuk meningkatkan metabolisme badan

8. Kalau tak suka teh boleh cuba kopi ni.

Kalori sgt rendah! Make sure minum kopi kosong ye. No sugar.

9. Dressing brand Kewpie

Kalau nak dressing, supaya meal korang tak hambar boleh pakai brand Kewpie. Korang pilih la, banyak lagi perisa yg lain. Limit satu sudu je ya dalam hidangan korang.  Tak boleh lebih-lebih. Apa-apa pun yg korang pilih check label dulu okay.

11. Chia Seed

Ha, yg ni Chia seed. Adyla ambil ni setiap hari. 1 sudu je.

12 . Kekacang untuk snacking time. Pilih kekacang yang unsalted.

13. Ambil cuka epal

Cara yang disyorkan: Boleh guna cuka epal @ cuka teen. Yang ini diminum pagi setiap hari 5 minit sebelum ambil meal. If berpuasa, sebelum tido. 1sudu cuka epal + 200ml air suam. Korang boleh baca tentang cuka epal di sini ?????? https://www.healthline.com/nutrition/apple-cider-vinegar-dosage

14. Pilih rolled oat

Rolled Oat sangat membantu untuk menstabilkan kandungan gula dalam darah dan membuatkan korang lebih kenyang untuk waktu yang lebih lama.

15. Pilih parboiled rice @ brown rice

16. Kalau bosan makan roti boleh beli wrap. Pilih jenis wholegrain & 6 grains

17. Cari roti GI Index 55

Kalau dah terbiasa dengan roti putih, apa kata tukar kepada roti Canadian purple wheat yang GI lebih rendah (46) , if susah nk cari boleh beli roti wholemeal, GI index 55.

18. Untuk jem, pilih yang tiada campuran gula dan garam

19. Keledek manis

Pelbagaikan menu yg mengandungi karbohidrat contohnya keledek manis. keledek memainkan peranan baik dalam diet sihat dan mampu menurunkan berat badan  tapi mesti jaga portion.

20. Coklat koko 85%

Teringin makan coklat boleh pilih yg kandungan cocoa 85% ke atas. Korang jangan makan habis satu ni ya. 1 kotak kecil tu je.

21. Stevia untuk pemanis semula jadi, boleh gunakan madu (yang original)

22. Ayam pilih bahagian dada

Dada ayam adalah potongan bahagian ayam yang paling rendah lemaknya tapi tinggi protein. Jangan lupa ambil ikan jugak. Boleh pelbagaikan.

 

Sumber: Adyla Rose

 

IKLAN