Serangga perosak ini bersaiz kecil tetapi mampu memusnahkan pelbagai barangan rumah seperti pakaian, perabot, dokumen dan juga lantai kayu.
Untuk menghapuskannya selain menggunakan khidmat servis kawalan anai-anai, kita juga boleh melakukan dengan cara membuat sendiri bahan pembasmi.
Buat sendiri pembasmi anai-anai.
Hanya gunakan dua campuran iaitu minyak tanah dan garam kasar, cara ini bukan saja berkesan tetapi juga menjimatkan kos.
Ads
Hasilnya operasi pembasmian anai-anai berkesan dan haiwan kecil ini tidak akan kembali lagi.
Buat Sendiri Pembasmi Anai-Anai
Bahan-bahan
– 2 kg minyak tanah
– 2 kg garam kasar
Gunakan dua bahan dapur ini.
Cara membuat:
1. Campurkan garam dan minyak tanah ke dalam 1 bekas- guna tin thiner) dan biarkan semalaman.
2. Keesokan harinya barulah mulakan operasi semburan untuk membasmi anai-anai.
Campurkan kedua bahan.
Penggunaan
1. Seeloknya sembur 3 kali. Buat seminggu sekali selama 3 minggu dan luaskan kawasan semburan.
2. Simbah dekat anai-anai dan lebihkan dekat sarang supaya anai-anai bawa masuk dalam sarang.
Haiwan kecil yang boleh musnahkan barang kesayangan anda.
3. Guna botol tebuk penutupnya dan lebihan garam ditaburkan. Ini saya buat pada kayu bawah rumah yang diratah anai anai.
4. Untuk anai anak atas tanah mungkin kena sembur lebih kerap, memandangkan untuk bahagian kayu yang dimakan anai anai pun perlu sembur 3 kali baru menjadi.
Masuk ke kedai yang ada menjual macam-macam barang penyimpanan memang menarik. Bekas plastik pelbagai warna, saiz dan harga yang murah pula buat kita mudah membelinya. Memang berguna pun di rumah.
Tapi pesanan ahli kimia Fatimah Salim hati-hati dalam memilih barang ini sebelum dibeli. Perhatikan juga kod tiga segi di bahagian bawah bekas ini. Ada makna di sebalik nombor yang tertera.
Heboh pula kisah kedai RM2. Saya secara peribadi, masuk saja kedai serbaneka RM2. Bukan apa, saya suka kepelbagaian barang yang dijual, ada yang saya beli juga.
Barangan yang murah kita maklumlah ada baik dan buruknya. Namun jika kita pandai membeli dengan membandingkan harga dan jenis barangan, untung sebenarnya. Ada barangan sama yang jauh lebih murah daripada kedai lain.
Cuma nak pesan, barangan yang melibatkan penyimpanan makanan harus lebih berhati-hati. Contoh barangan plastik berwarna hitam yang mungkin diperbuat daripada plastik kitar semula. Barangan murah dikaitkan dengan kitar semula komponen plastik barangan elektronik seperti keyboard, komputer dan sebagainya.
Kajian menunjukkan terdapat potensi bocoran (leaked) bahan-bahan kimia seperti cadmium, chromium, mercury, antimonyke dalam makanan yang dimasak, disamping bahan penebat api berbromin terutamanya apabila dipanaskan melebihi suhu 70 degree Celcius.
Interaksi dengan masakan berminyak, berasid dan bergaram tinggi juga meningkatkan risiko bocoran bahan-bahan kimia tersebut. Bukannya tidak boleh guna, cuma ELAKKAN penggunaan plastik jenis sebegini pada suhu panas.
Berkongsi mengenai barangan plastik, mari ulangkaji mengenai label Resin Identification Code (RIC) yang digunakan pada barangan plastik supaya kita lebih cakna.
Cuba perhati barangan plastik anda. Perasan tak adanya nombor 1 hingga 7 yang biasanya berada dalam kurungan segitiga (rujuk gambar di bawah). Sebenarnya ianya adalah kod rujukan yang bertujuan untuk mengklasifikasikan jenis bahan kimia polimer binaan aka material untuk bekas plastik berkenaan.
YA. Kod ini bertujuan untuk memudahkan proses pengumpulan semula bekas yang mempunyai bahan binaan yang sama untuk dikitar semula (recycled).
Untuk kod resin No.7 agak unik kerana ianya mengumpulkan pelbagai bahan binaan yang bukan dalam kategori utama No.1-6. Untuk lebih terperinci, boleh rujuk senarai dalam gambar di bawah.
No. 3
Bekas berkod resin No.3 iaitu yang diperbuat daripada bahan kimia polimer vinyl chloride (PVC) boleh membocorkan (leaked) bahan kimia phthalates yang mana telah dikaitkan dengan masalah sistem peranakan dan tumbesaran.
No. 7
Bekas berkod No.7 terutamanya yang diperbuat daripada bahan kimia polimer carbonate (PC) boleh membocorkan bisphenol A (BPA) yang mana telah dikaitkan dengan pembesaran prostat dan gangguan sistem peranakan pada bayi dan kanak-kanak, juga kanser payudara, diabetis, kegemukan, penyakit berkaitan jantung.
No.6
Bekas berkod resin No.6 pula boleh membocorkan styrene iaitu bahan kimia penyebab kanser (kasinogenik). Ini juga sebab kenapa kini pembungkus polystyrene tidak dibenarkan untuk membungkus makanan, apa lagi untuk makanan panas.
Yang lain masih lagi selamat
Sebenarnya isu keselamatan barangan plastik ini pada dos yang kita terdedah setiap hari masih lagi menjadi perdebatan. Setakat ini, FDA hanya mengharamkan penggunaan bahan ber BPA dalam produk botol bayi.
Yang lain masih lagi dikategorikan sebagai selamat kerana jumlah bahan kimia pemberi risiko yang boleh terbocor dan masuk dalam badan kita (melalui makan, minum, terhidu atau aplikasi pada kulit) adalah sangat sedikit jika dibandingkan dengan pendedahan luar. Dan sistem sistem badan kita mampu mengeluarkannya secara semulajadi.
Usah risau, FDA bukan suka-suka keluarkan keputusan. Ianya dibuat berdasarkan timbang tara beribu kajian klinikal tentang keselamatan barangan plastik ini. Jika pengeluar mengikut garis panduan pembuatan dan kita pula menggunakannya dengan betul, ianya selamat. Maka, gunakanlah bekas-bekas ini sesuai dengan TUJUANNYA agar keselamatannya terjamin.
Nota kaki: Kod pada bekas plastik ini BUKAN petanda berapa kali ianya boleh dikitar semula ya.
Semoga bermanfaat.
Makaroni goreng antara hidangan mudah yang boleh dihidangkan di bulan Syawal ini untuk menjamu tetamu.
Boleh digoreng seperti mi untuk lebih ringkas tapi jika mahu hidangan macaroni lebih kaya dengan rasa boleh gunakan cara memasak dan tip yang dikongsi Aisyah Humaira.
Bahan-bahan:
1 bungkus makaroni
Bahan perencah:
1/2 cawan kecil marjerin (Seri Pelangi)
2 biji bawang holland- dihiris dadu
1 biji tomato- saiz besar hiris kecil
3 sudu besar cili kisar /cili boh (atau ikut pedas disukai)
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 tin sedang tomato puri
1 mangkuk kecil isi ayam- dihiris kecil
1 peket hotdong dihiris
2 bungkus kecil fishball- dibelah dua
3 kiub pati ayam
1 sudu kecil penuh serbuk lada putih
1 biji cupsicum merah- dihiris dadu
1 biji cupsicum hijau- dihiris dadu
1 biji cupsicum kuning- dihiris dadu
Garam, gula secukup rasa dan air secukupnya
Cara membuat
1.Direbus dalam air mendidih dan masukkan 3 sudu besar minyak masak. Macaroni hampir lembut terus angkat, toskan dan lalukan dibawah air mengalir supaya macaroni tidak terlebih masak. Tos
2. Panaskan kuali dan cairkan Marjerin SERI PELANGI. Masukkan bawang lalu tumis hingga layu. Masukkan cili kisar tumis lagi hingga terbit bau.
3. Masukkan pula tomato dan tumis hingga tomato hancur. Masukkan sos tiram,sos cili,kiub pati ayam,garam gula secukup rasa dan kacau sebati.
4. Masukkan isi ayam, sosej ,fishball dan biarkan ayam masak. Akhir sekali masukkan macaroni yg telah direbus, kacau hingga sebati siap dan sedia dihidang.
Tip: Jika selalu tumis bahan menggunakan minyak masak, gunakan marjerin pula.
Setiap kali raya ramai yang bersemangat nak mencuba buat kuih raya. Salah satu kuih yang selalu masuk senarai untuk dicuba adalah semperit.
Tapi satu masalah bagi yang amatur untuk buat kuih semperit ini adalah bentuknya selalu tak menjadi. Pecah bunganya tak cantik, senget, bengkok dan tak sama. Dalam satu tray macam-macam bentuk ada. Lagi satu tangan pun cepat penat kerana tekan acuan.
Supaya bunga kuih semperit menjadi cantik dan tangan pun tak letih boleh ikut tip yang dikongsi oleh Shafika Safian ini. Caranya mudah cuma guna botol air mineral. Caranya seperti di bawah;
Tip mudah untuk yang baru belajar buat semperit supaya bunganya cantik, tak bengkang bengkok.
1. Cari botol mineral 500ml dan potong bahagian atasnya.
2. Bila dan potong, letak acuan semperit yang dah berisi doh pada corong botol mineral. Ia akan jadi seakan ‘pemegang acuan’. Jadi sewaktu tekan doh semperit, ia tak bergoyang dan bentuk semperit akan jadi cantik.
3. Tapi pastikan botol dipotong tak terlalu pendek atau terlalu panjang. Boleh gunakan botol air mineral Sea Master sebab sesuai dengan acuan.
Inilah hasilnya bentuk semperit yang guna tip botol air mineral.
Kalau nak cuba semperit yang mudah boleh guna resipi semperit tiga bahan ini;
Bahan-bahan:
250g Buttercup
500g tepung jagung
1/2 tin susu pekat manis (boleh tambah suku tin lagi jika mahu lebih manis)
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...