Nak Mudah Tanam Sayur Boleh Guna Kaedah Hidropot. Siram Seminggu Sekali, Tak Kotor & Mudah Nak Alih

Share

Bagi yang minat berkebun tapi bekerja, tiada masa siram pokok atau kediaman tiada tanah untuk bercucuk tanam mungkin boleh cuba kaedah penanaman hidropot ini.

Sebab cuma perlu siram seminggu sekali, tak kotor dan senang nak alik tanaman. Mudah kerja.

Caranya dikongsi oleh Mohd Nor.

Cara mudah tanam sayur di rumah

Untuk golongan yang sibuk bekerja, tiada masa untuk berkebun & ruangan rumah yang sempit tapi teringin nak berkebun cara hidropot amat sesuai. Siram seminggu sekali saja, tidak mengotorkan ruang serta mudah dialihkan.

Barang yang diperlukan

Baldi
Pasu plastik
Cocopeat/tanah
Baja AB (boleh beli di nurseri)
Span (boleh guna span akuarium)

Cuma perlu buat lubang pada pasu dan masukkan span akuarium yang dipotong memanjang untuk dijadikan sumbu.

Masukkan baja AB dalam baldi kemudian letak pasu bersumbu. Isi pasu dengan cocopeat/tanah dan cucuk keratan atau anak benih sayur. Air diserap naik ke atas jadi pokok tak perlu lagi disiram hari-hari.

Nak alih pun mudah, angkat saja baldi. Selain tanam bayam Brazil boleh juga tanam pokok kesum, pegaga, ulam raja dan beberapa lagi jenis sayur.

Selamat mencuba.

Sumber : Mohd Nor

 

IKLAN