Ramai pemilik rumah yang berhajat mengubah suai kediaman antaranya tambah tingkat pada rumah mereka, sama ada dari satu ke dua tingkat, atau dua ke tiga.
Tapi malangnya, ramai juga yang terus ‘lompat’ ke langkah terakhir, iaitu cari tukang tanpa rujuk pakar terlebih dahulu.
Ini antara kesilapan biasa yang boleh mendatangkan risiko besar, bukan sahaja pada rumah sendiri, malah rumah jiran.
Sebelum mula apa-apa kerja ubah suai atau penambahan struktur, ada perkara penting yang pemilik wajib tahu. Perkongsian dari arkitek Ahmadkhairul Sabirin Ahmad Rosli boleh dijadikan panduan.
“Saya selalu menasihatkan klien yang ingin tambah tingkat dari 1 tingkat ke 2 atau 3, jangan terus cari kontraktor. Itu step yang salah.
Projek jenis ini, pastikan kena ada jurutera struktur. Ini memang kepakaran mereka. Arkitek boleh design tapi untuk memastikan keselamatan struktur, jurutera struktur adalah wajib.”
Pertama sekali, kita tak tahu kekuatan struktur asal rumah adakah mampu untuk menampung berat tambahan tingkat. Jadi jurutera struktur perlu buat pemeriksaan dan kiraan struktur asal.
Kadang kala bila tambah tingkat, rumah sebelah pula dinding retak. Kerana apa? Kontraktor main sambung je tanpa nasihat jurutera.
Kedua, drawing struktur diperlukan untuk kelulusan ubahsuai bangunan. PBT nak tengok juga design struktur baru dan paling penting nak tahu siapa jurutera yang terlibat.
Pra syarat kelulusan tambahan bangunan juga memerlukan drawing struktur jadi nak tak nak kena engage dengan jurutera.
Ketiga, jurutera akan mengeluarkan lukisan struktur berdasarkan kiraan dan simulasi yang telah dibuat. Senang cerita, mereka dah check struktur sedia ada dari bawah tanah ke atas tanah, mereka akan design semula.
Besi Y berapa semua jurutera akan letak spesifikasi. Jangan risau. Di sini arkitek dan jurutera akan bekerjasama untuk memastikan design yang klien puas hati dan juga selamat.
Memang akan ada fee untuk kerja design struktur. Kena ingat juga, untuk CCC, sign jurutera di borang G diperlukan ya.
Nak buat ubah suai, pastikan selamat. Jangan gopoh terus panggil tukang buat.
Sumber: Ahmadkhairul Sabirin Ahmad Rosli
Baca Lagi: Kena Scam Tukang Rumah Lelaki Ini Kongsi Tip Pilih Tukang Supaya Tak Ditipu