Selepas aktiviti bermain dengan dolphin ketika bercuti di Dubai, aktres dan usahawan tudung terkenal Neelofa sekali lagi menarik perhatian netizen bila berkongsi video melakukan aktiviti ekstrem.
Neelofa memuat naik video dia melakukan aktiviti Xline di Dubai Marina yang sememangnya menguji keberanian terutama dalam mengatasi ketakutan pada ketinggian.
“Melakukan Xline di Dubai Marina, merentasi bangunan tinggi di Dubai ! Memenuhi satu lagi senarai impian saya!” demikian kapsyen Neelofa dalam entri video yang mendapat lebih setengah juta tontonan walau pun baru dimuat naik semalam.
Dalam aktiviti itu, dengan hanya menggunakan sarung keselamatan khas yang diikat kabel, Neelofa bersama seorang teman melakukan zipline terbang seperti superman merentasi bangunan pencakar langit dan juga kawasan perairan di bandaraya itu.
Untuk pengetahuan Xline Dubai ini merupakan ziplines yang paling panjang, curam dan terpantas dunia. Hanya mereka yang berani, tidak gayat atau takut pada ketinggian saja mampu melakukan aksi sukan ini.
Justeru melihat video Neelofa tersenyum sebelum meluncur membuatkan ramai netizen memuji keberanian beliau.
Ads
Kecut perut tengok!
You’re so brave Lofa
Ads
Dalam pada itu selain melakukan dua aktiviti ini sewaktu percutiaannya di Dubai, Neelofa juga turut berkongsi gambar menaiki belon udara panas dan juga menaiki unta di padang pasir.
Dapur konsep terbuka, rasanya jarang yang berani mengaplikasikannya di rumah. Walaupun kelebihannya praktikal untuk dapur yang kecil serta mudah untuk mencari barang tapi ramai sisi lain semua barang akan dapat dilihat.
Inilah yang buat ramai tak berani salah aturan dapur akan nampak bersepah atau tak kemas. Tapi menariknya Atam Ayu berjaya mempraktikkan dapur open concept di rumahnya dan hasilnya kemas tip top.
Antara tip untuk memastikan dapur open concept kemas adalah meminimumkan barang dapur dan memastikan ada tempat khas untuk meletakkan semua barang dapur.
Selain itu pastikan juga ada sistem penyusunan barang, seperti bekas dan rak mempunyai tema yang serasi supaya tak nampak serabut.
Selebihnya boleh lihat perkongsian dari Atam Ayu
1. Rak Hyllis dari Ikea untuk meletakkan barangan.
2. Setiap barang ada bekas khas dengan tema yang sama
3. Rak ada lampu kecil menggunakan bateri untuk mudahkan cari barangan, beli di kedai Eco
4. Table top tanpa kabinet, tapi ditutup dengan langsir dapur. Boleh beli di Shopee
5. Bahagian bawah singki, tetap tersusun walaupun tak nampak di pandangan
6. Penyangkut kuali dan periuk di bawah singki
6. Bar kaunter buat sendiri saja
Pandangan dari depan
7. Tema warna ringkas, hitam dan putih
Semoga beri idea pada yang sedang mencari ilham mendekorasi ruang dapur.
Aktviti berlari pada waktu malam meskipun ada yang mengatakan agak bahaya namun ia semakin diterima sebagai salah satu aktiviti kecergasan hari ini.
Malah bagi Umi Atiqah Kamaludin. 26 dia sudah memulakan aktiviti berlari dan turun naik bukit (trail running) sejak dua tahun lalu. Apa yang menariknya sebelah siang gadis ini adalah seorang penggubah bunga.
Hobi berlari ini pernah membawanya menyertai beberapa acara seperti Bali Marathon dan Janda Baik Ultra. Ujar Umi selain berlari untuk memastikan tubuh badan sihat ia juga adalah untuk meredakan stres..
Antara sebab utama saya suka berlari adalah bagi saya berlari merupakan “stress-reliever”. Saya juga berbasikal tapi berlari lebih menyeronokkan.
Bagi saya berlari di dalam hutan dan naik turun bukit (trail running) adalah sesuatu yang sangat seronok tapi ianya quite technical, kita perlu sentiasa menjaga form untuk mengelakkan kecederaan semasa berlari. Saya juga sangat suka melihat pemandangan ketika trail running. Ianya memenatkan kerana perlu mendaki, tetapi bagi saya pengalamannya memuaskan!
Lari turun naik bukit.
Dengan berlari, saya rasa tubuh badan lebih sihat. Dan dengan membuat aktiviti ini, saya juga dapat meet new friends dari tempat yang berlainan. Ada yang dari Pulau Pinang, Johor dan Jakarta. Kita sama-sama bertukar pendapat dan saling memberi motivasi dengan cara melakukan aktiviti fizikal bersama-sama.
Saya selalu berlari dengan running crew Kyserunkrew. Saya mula berlari dengan mereka sejak tahun 2016. Kelebihan berlari dengan krew adalah mereka sentiasa memberi tip dan motivasi. Seronok berlari ramai-ramai. Kalau sendirian, cepat bosan.
Pastikan pemakanan betul. Saya elakkan makanan yang pedas beberapa jam sebelum berlari. Selain itu sebelum berlari kita kena buat dynamic stretches. Ini benda wajib kena buat sebelum berlari untuk elak kecederaan otot. Selain itu, bersediaan penting juga ialah memakai pakaian sesuai dan kasut yang sedap dipakai untuk berlari.
Pakai kasut selesa untuk berlari.
Pemakanan ialah salah satu cara untuk penjagaan kesihatan secara dalaman. Kita kena jaga makan untuk elakkan badan mudah mendapat penyakit. Tak guna juga jika kita buat aktiviti fizikal tapi tak jaga makan. Saya cuba mengelakkan penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi dengan ambil makanan kurang manis serta kurang masin. Saya makan dalam 3-4 kali sehari tapi semuanya in small portions dan kurang nasi. Saya juga cuba untuk tidak makan lewat malam.
Kalau untuk berlari tempat yang saya suka di Stadium Matsushita (Shah Alam) ataupun di Hartamas. Kalau untuk trail running, di Bukit Gasing. Tempat-tempat ni best untuk berlari.
Bagi saya, bagi orang yang baru nak mula, anda kena mulakan dengan “start slow” dahulu. Jangan naikkan mileage secara mendadak untuk mengelakkan kecederaan. Cuba cari kawan-kawan untuk buat bersama ataupun boleh join running crews jadi tak rasa bosan. Motivasi pun tak merudum.
Antara bentuk senaman yang gemar dilakukan.
Kalau boleh cuba elakkan jogging/berlari di kawasan yang tersorok. Dan jika berlari seorang, cuba elakkan memakai earphone di dua-dua belah telinga supaya boleh peka dengan keadaan sekeliling.
Rasanya ramai kalangan kita maklum kaum wanita Pantai Timur memang suka berniaga. Pergilah ke pasar-pasar di negeri Cik Siti Wan Kembang ini rata-rata merekalah yang berjualan.
Malah ramai juga ‘mek-mek Kelate’ ini menjadi usahawan berjaya serta terkenal. Namun hebat macam mana pun wanita di negeri ini dalam bisnes, ia belum tentu dapat menjamin kehidupan selesa bila memasuki usia emas.
Sebabnya kita tak mampu menjangka apa yang berlaku pada masa depan. Hari ini mungkin berniaga laris, esok lusa keadaannya kita tak tahu.
Tapi kalau wanita Pantai Timur ini celik ilmu kewangan insya-Allah bila memasuki usia emas kehidupan terus selesa dan tenang. Nah! Ini ilmu kewangan yang perlu dipraktik khas untuk peniaga wanita di sana!
Jika berhasrat bersara tenang kenalah ada persediaan awal. Paling utama kena buat tabungan. Untung berniaga perlu diasingkan khusus untuk tabungan hari tua. Walaupun sedikit kena ada!
Ikut kajian wanita lebih cenderung mengalami masalah kesihatan pada 10 tahun terakhir kehidupan mereka. Lebih menakutkan menurut satu laporan akhbar, di Kelantan saja lebih separuh daripada rakyatnya yang berusia 18 tahun ke atas menghadapi masalah berat badan dan obesiti.
Seperti yang kita maklum masalah obesiti ini boleh membawa kepada penyakit kritikal iaitu jantung, darah tinggi, kencing manis malah strok.
Tabungan inilah yang akan kita gunakan jika terpaksa bersara awal dek kerana penyakit ini. Salah satu cara menabung untuk persaraan yang paling berkesan adalah melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Di samping menyimpan di KWSP untuk hari tua, wajib juga buat simpanan jangka masa pendek. Setiap bulan simpan sejumlah wang untuk menghadapi waktu-waktu kecemasan yang tidak kita jangka contohnya kemalangan ataupun masalah keluarga. Simpanan begini boleh saja di buat di mana-mana bank.
Salah satu kesilapan usahawan wanita adalah bila bisnes untung banyak maka banyak juga perbelanjaan untuk perkara yang tak sepatutnya. Kawal nafsu untuk membeli belah walaupun kita mampu ketika itu. Bukan bermakna tidak boleh berbelanja tapi berpada-padalah, berbelanjalah pada perkara yang perlu saja.
Walau sekecil mana pun perniagaan yang diusahakan mereka hatta jual tudung di pasar malam sekali pun, peniaga wanita perlu rancang strategi kewangan.
Asingkan antara perbelanjaan peribadi dan bisnes, rekod semua perbelanjaan dan juga jualan yang dibuat supaya kewangan sistematik. Kalau ada pekerja sisihkan juga untuk caruman mereka di KWSP. Jangan ingat senang kita di hari tua saja!
Ketika memulakan bisnes ramai yang membuat pinjaman dengan institusi perbankan sebagai modal atau boleh jadi untuk kembangkan perniagaan. Apa pun tujuannya rancang dan telitikan strategi pembayaran.
Pastikan pinjaman itu selesai dibayar sebelum memasuki usia persaraan supaya dapatlah kita menghabiskan usia emas dengan tenang, bukan masih bertungkus lumus mencari jalan membayar hutang.
Peniaga wanita Kelantan ini bukan saja usahawan rata-ratanya juga adalah ibu dan isteri yang mempunyai keluarga untuk dijaga.
Ahli keluarga banyak bergantung pada kita, lantaran itu kesihatan diri perlu dititik berat. Walaupun sibuk berniaga sentiasa jaga pemakanan. Ambil makanan kurang lemak dan luangkanlah masa bersenam.
Ramai yang terlupa bab ini. Simpanan di KWSP ada banyak begitu juga di bank tapi lupa untuk membuat penamaan atau hibah. Supaya tak berlaku konflik kemudian hari antara ahli keluarga tentang simpanan ini eloklah segerakan perkara urusan ini.
Ramai wanita terutama mak-mak yang menyasarkan untuk berhenti berniaga atau pun bekerja bila usia dah tua. Nak relaks katanya.
Tapi kalau anak sudah dewasa, kesihatan mengizinkan, badan pun masih bertenaga tak salah untuk meneruskannya. Sekurang-kurangnya pendapatan terus terjamin pada usia tua.
Apa yang disenaraikan di atas sebenarnya hanyalah sebahagian daripada ilmu kewangan yang wajib diketahui oleh para peniaga-peniaga wanita di Pantai Timur.
Jika dahagakan lebih banyak ilmu silakan hadir di Kempen Celik Kewangan KWSP Pantai Timur yang akan berlangsung 22 September 2018 di Kota Baharu dan 29 September 2018 di Kuala Terengganu.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...