Panduan Solat Tarawih Ringkas Di Rumah Untuk Ibu Ada Anak Kecil Yang Tak Dapat Ke Masjid

Share

 

Solat terawih adalah antara keistimewaan bulan Ramadan yang dikurniakan banyak ganjaran pada mereka yang melakukannya.

Lebih afdal dilakukan secara berjemaah di masjid namun bagi kaum wanita tak semua berpeluang untuk berjemaah.

Para ibu yang punya anak kecil atau yang sibuk menguruskan keperluan anak-anak sudah tentu tidak dapat menunaikannya di masjid.

Buat kaum ibu yang sebegini, anda boleh saja melakukan solat tarawih sendirian di rumah.

Panduan tunai solat tarawih sendirian di rumah

Cara menunaikannya boleh mengikut panduan berikut.

Jumlah rakaat terpulang namun paling ringkas adalah 8 rakaat ( 2 rakaat 1 salam diikuti dengan 3 rakaat witir (2 rakaat, 1 salam, 1 rakaat 1 salam)

1. Baca niat, dan solat seperti biasa mengikut bacaan di atas.

2. Selesai dua rakaat dan memberi salam boleh ulang bacaan ini pada rakaat seterusnya sama ada 8,16 atau 20.

Bacaan surah selepas al-Fatihah adalah bergantung kepada anda. Boleh baca apa surah yang anda mahu atau hafal.

3. Selesai solat setiap 4 rakaat, baca doa ini:

5. Selepas membaca doa, sambung rakaat yang anda inginkan contohnya 8,16,20.

6. Selesai solat tarawih, baca doa selepas tarawih berikut;

 

7. Selepas menunaikan solat tarawih, lakukan solat witir 3 rakaat (2 rakaat salam, 1 rakaat salam). Cara solat witir selepas solat tarawih adalah seperti berikut;

Selesai solat witir 2 rakaat, bangun untuk solat witir 1 rakaat seperti berikut.

8. Selesai 3 rakaat witir, baca doa berikut:

Selamat menunaikan solat terawih, semoga Ramadan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.

 

IKLAN