Pasang Aluminium Foil Macam Ini, Cara Bajet Untuk Sejukkan Ruang Rumah Yang Panas

Share

Waktu pagi memang selesa tapi masuk tengah hari dan petang ruang mula membahang panas. Boleh jadi di bilik, dapur atau ruang tamu. Memang tak boleh berlama-lama dalam ruang macam ni, berkicap!

Bagi yang ada masalah ini di rumah boleh cuba atasinya mengikut cara yang dikongsi oleh Oyeasaari Nordin

.

Cara bajet sejukkan ruang

Survey cara untuk sejukkan rumah sebelum pasang aircond & ventilation fan. Ini first step, letak aluminum foil (beli di Shopee, klik SINI untuk link).

Tapi style rumah lama, bahagian bilik, bawah genting terus siling so tiada ruang nak masuk alumunium foil. Survey ada 3 cara pertama, buka bumbung, kedua buka siling dan ketiga tampal saja kat siling. Taip semua cara ini tak sesuai kat rumah ini.

Fikir punya fikir dapat idea, guna paip PVC pipe. Jolok paip sampai ke papan manis kat luar. Pastu stapler saja. Kena buat pagi kalau matahari naik baru buat,  mau berkicap kat atas tu.

Ini keadaan bilik masa tengah hari lebih 40° (saya guna temprecre biasa) memang tak selesa.

Sekarang suhu dah normal suhu bilik, next baru pasang aircond barulah jimat letrik.

Selamat mencuba.

Sumber: Oyeasaari Nordin

IKLAN