Pasang Sendiri Tinted Sliding Door. Jimat RM800, Rumah Kurang Panas, Aurat Famili Pun Terlindung

Share

Keadaan cuaca negara kita yang selalu panas elok kiranya kalau pasang tinted pada cermin rumah terutama sliding door.

Bukan saja untuk elak panas dan silau saja tapi yang lebih penting untuk jaga privacy dan aurat penghuni rumah. Takdelah bila selak langsir nampak dari luar suasana dalam rumah.

Menariknya, kita boleh pasang sendiri tinted ini di rumah. Boleh jimat banyak, daripada upah orang untuk menyiapkannya.

Apa yang diperlukan cuma beli sendiri stiker tinted ini dan didatangkan sekali dengan kit pemasangan. Selebihnya ikut langkah yang dikongsi oleh Zulfikri Zainol.

DIY pasang tinted sliding door

Sebelum pasang tinted

Survey tanya orang nak upah pasang tinted ini katanya makan kos RM1K lebih. Alang-alang ada masa terluang kita pasang sendiri saja.

Kos pasang sendiri

Sticker tinted 5ft x 50ft – RM210 – boleh beli di Shopee. Siap dapat kit pemasangan.
Jimat lebih kurang RM800.

Klik SINI untuk beli set tinted

Cara pemasangan

1. Cuci cermin bersih, buang atau kikis bendasing yang melekat pada cermin sliding.

2. Sembur sabun tinted pada cermin (sabun ada diberi sekali dengan set tinted).

3. Potong ikut saiz cermin, buka lapisan nipis tinted (ini paling mencabar. Tutup kipas untuk elak ia berterbangan melekat pada benda lain) dan spray lagi sabun atas permukaan yg melekat tu.

4. Lekat dan adjust tinted atas cermin. Selagi sabun ada masih boleh ejas lagi kedudukan dia.

5. Tarik keluar buih sabun dan gelembung udara guna scraper (diberi sekali set tinted)

6. Potong lebihan tinted dibingkai cermin. Kalau boleh buka getah tepi cermin lagi senang. Tolak masuk kemudian pasang balik getah. Tak perlu potong dah. Siap!

Selepas pasang

Pandangan dari dalam

Selamat mencuba!

Sumber:Zulfikri Zainol

 

IKLAN