Perasan tak kalau kat ofis, bila sorang mengandung tak lama kemudian akan ada beberapa lagi rakan-rakan ikut jejak langkah.
Dah bersalin sekumpulan mak buyung ni, wujud pulak team mak buyung baru. Ada juga best friend mengandung sekali, dengan tarikh bersalin pun hampir sama.
Sebab itulah ada yang kata mengandung ni berjangkit. Tapi boleh percaya ke kata-kata ni?
Sebenarnya ada kajian yang dibuat tentang perkara ini dan memang betul kehamilan ini boleh berjangkit!
Kajian tersebut disiarkan dalam sebuah jurnal pada tahun 2014 menerusi American Sociological Association.
Menurut kajian itu, aura kehamilan yang dimiliki oleh seseorang wanita mengandung boleh mempengaruhi rakan-rakan terdekat mereka untuk turut hamil!
Ads
Bukan itu saja, sebuah lagi penyelidikan mendapati bahawa ‘risiko’ seseorang wanita untuk hamil akan meningkat apabila lebih ramai rakan mereka yang mengandung dan melahirkan anak dalam tempoh 3 tahun terkini.
Namun perlu dijelaskan bahawa aura tersebut hanya ‘merebak’ dan ‘berjangkit’ melalui cara psikologi, dan bukanlah secara proses biologi.
Maksudnya, kehamilan kawan-kawan terdekat akan mempengaruhi keinginan seseorang wanita untuk turut memiliki zuriat sendiri, walaupun sebelum itu mereka mungkin tidak terfikir untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat.
3 sebab kehamilan boleh ‘berjangkit’
Ads
Menurut kajian pada tahun 2014 tersebut, ada 3 teori mengapa seseorang wanita boleh merasakan sedemikian.
Pembelajaran Sosial: Wanita lebih cenderung untuk merasakan pengalaman menjadi ibu apabila melihat ramai rakan mereka berjaya menempuhinya dengan sukses.
Kalau dulu rasa macam tak bersedia, gementar atau tak ada rasa apa-apa langsung, kini mungkin lebih teruja bila melihat bayi dan anak-anak rakan dengan keletah yang comel dan melucukan.
Pengaruh Sosial: Wanita berasa ‘takut’ untuk ketinggalan apabila melihat ramai rakan mereka telah memiliki zuriat masing-masing. Lagi pun bila kawan-kawan dah ada baby, orang sekeliling mesti tanya kita bila lagi
Ads
Berkongsi Kos: Daripada sudut logistik, mungkin ada yang berasa lebih bersedia apabila rakan mereka memberi tips penjimatan dan mahu berkongsi kos tertentu seperti penjagaan anak. Bila dulu terasa beban, bila nampak kawan-kawan semua okey, barulah mula nampak jalan dan lebih terbuka hati.
Ok sekarang dah tau kan kenapa bila kita nampak dua best friend boleh mengandung sama-sama. Ia ada kaitan dengan psikologi.
Bila tengok kawan mengandung, ada baby, bercerita tentang anak kecil secara tak langsung kita sendiri rasa teringin dan mungkin juga faktor ini sekaligus menyediakan tubuh kita untuk hamil.
Jadi ia bukanlah laga perut ya! Tapi walau apa pun kajian yang dibuat, urusan zuriat ini adalah ketentuan Tuhan. Ia berlaku kerana Allah mengkehendakinya.
Trend sekarang bukan majlis kahwin saja dihias dengan pelamin, tapi majlis aqiqah pun turut punya deko yang sama. Nampak ‘grand’ sungguh dengan hiasan bunga-bungaan dan buaian cantik.
Melihat ramai selebriti melakukan majlis sebegini maka kita golongan biasa-biasa pun mengikut. Tapi wajarkah.
Perkongsian daripada Taufiq Salleh ada benarnya, semoga ia menyedarkan kita antara tentang trend yang tak perlu diteruskan ini.
Memang menjadi trend bila lahir anak buat majlis Aqiqah + berendoi beberapa tahun kebelakangan ni siap pelamin, marhaban, potong rambut bayi seorang sedikit buh dalam air (yang dinisbahkan pada nama bercukur).
Lagi sakan orang buat macam ni bila ambil contoh yang dibuat oleh selebriti terkenal. Ha.. Nak ikut artis tu buat ni, buat itu.. Barulah ‘Class’ katanya….
Hmm… Semua tu bukanlah ajaran Islam dan ini adalah budaya yang bercanggah dengan amalan yang Nabi ajarkan. Untuk apa buat majlis habis duit, penat-penat tapi pahala tidak diraih?? Silap hari bulan kalau tak buat majlis macam ni boleh dianggap tak sempurna pula.
Suami, mainkanlah peranan anda sebagai ketua keluarga. Bila lahir anak, tahniqkan sendiri.. Usah kejar ustaz2 nak tahniqkan anak, keberkatan ibu ayah itu sendiri lebih utama.
Di hari ketujuh cukurlah rambut anak, timbang rambut tu kemudian kita sedekah ikut harga semasa emas atau perak. Sedikit tips, lepas cukur lumurkan kepala anak dengan air za’faran agar rambut anak tumbuh sekata, ia juga sunnah.
Tak perlu tunggu nak usung anak keliling orang kemudian orang potong rambut bayi selai dua helai buh dalam air. Amalan pelik apa tu?
Sunnah Nabi ajarkan cukur bagi habis terus, bukan dok bawa keliling orang suh potong rambut. Siap ketuk dengan daun kunyit ke apa ntah sebelum potong rambut, pastu tabur daun lagi. Ingat main masak-masak?
Kemudian, ada duit buatlah Aqiqah kambing untuk anak. Kambing, bukan lembu, ayam atau itik sebab Nabi kata kambing. 2 ekor untuk anak lelaki, seekor anak perempuan. Isytiharkan nama anak anda pada hari tersebut dan buat majlis makan kenduri tanpa perlu buat tahlil semua ni.
Jemput orang datang makan, kalau orang nak tengok anak boleh tengok dan doakan kemudian angkat kaki beransur.. Mudah je.. Tak perlu bazirkan duit buat pelamin untuk anak, anak tu bukan tau apa pun sebab yang dia tahu nak tidur je.. Asal kalau tak letak anak dalam katil tanpa letak atas pelamin cantik2 ni anak lambat membesar ke camana?
Percayalah bila anda buat ikut sunnah, keberkatan akan turun dalam hidup anak anda seperti air hujan mencurah-curah. Allah berkati usaha anda yang mengikuti amalan yang dilakukan oleh Nabi. Jika dulu kita tak buat ikut sunnah, semoga Allah ampuni dosa kita.
Ada anak lagi kita perbetulkan bagi ikut sunnah. Itu jam kalau orang lain pelik pasal kita tak buat majlis macam anak sebelum ni jangan rasa malu pula. Kita patut bangga kita mengikuti ajaran sunnah Nabi, dan kita nak majlis itu menjadi sebagai salah satu ibadah. Kalau penat pun, lega ikut sunnah…
Kisah ibu ini seharusnya jadi pengajaran buat ibu-ibu muda terutamanya. Petua orang tua memang ada yang baik, tapi bila ia melibatkan bayi masih kecil seharusnya berfikir banyak kali sebelum mengaplikasikannya.
Apatah lagi bila ia melibatkan hal pemakanan yang kita sendiri tidak arif tentang kesannya. Inilah mesej yang ingin disampaikan oleh Rda Aurora bila dia membuat perkongsian ini di media sosial.
Gara-gara mengamalkan petua air anggur pada bayi baru lahir yang terkena demam kuning, anaknya itu terpaksa ditahan di hospital selama lima hari akibat najis berdarah.
Perlu diketahui, usus bayi baru lahir tak boleh menerima apa-apa makanan yang selain daripada susu ibunya.
Tak tahu nak share macam mana kisah yg berlaku pada diri sendiri. Tapi harapnya kisah ini akan dibaca & diambil pengajaran.
Tanggal 26/12/16 lahirlah seorg putera sulung yg dinamakan Muhammad Furqan b. Muhammad Luqman. Subhanallah. Bersih sekali wajah anak tanpa dosa.
Hari ke 2 dirumah.. nurse dtg cek jaundice baby. Alhamdulilah semua ok. Tapi baby x berak. Well.. parent rasanya dah boleh risau kot kalau dah 4-5 hari baby x berak. Yg kulitnya putih bersih dah bertukar kekuningan. Mata pun kuning. Sedaya upaya susukan baby tiap2 malam. Tapi tetap x berak.
Keesokan harinya terus ke klinik lily which is klinik tempat furqan dilahirkan. Disebabkan ibu dalam pantang & luka jahitan terasa sakit & ngilunya lg. Jadi ayah furqan ditemani tokmi furqan ke klinik. Diringkaskan cerita dr bagi ubat berak yg masuk kot punggung tu. Terus dlm kereta baby berak penuh satu pampers.
Alhamdulillah. Lega ibu.
But. Kesedihan & kebimbangan ibubapa muda yg baru menimang anak 1st tak habis sini jer. Jaundice Furqan makin tinggi. Bacaan nya dah cecah 180+ kalau x silap time tu. Menangislah ibu risaukan anaknya kene ambil darah bagai.
Tambah2 bila baca keburukan jaundice pada baby blh bagi kesan pada kerosakan hati. Allahurabbi.
Naaaahh.. sini lah mulanya episode mencari penawar utk jaundice Furqan. Tiap2 3 hari mesti pergi ke klinik utk cek bacaan jaundice.
Ramai yg suggest bagi minum perahan anggur, sengkuang cina semua tu. Ni semua cadangan dari org2 tua yg katanya penuh ilmu kebidanan.
Ade yg suruh campur dgn susu kambing asli. You know what. Nak anak sihat tapi takde ilmu. Ikut telunjuk org. Org kata A kite pun A. Org kata B kite pun B. Last yg jadi mangsa anak kecil yg baru buka mata melihat dunia.
As a mom.. for sure sampai skrg aku rasa bo*oh & bersalah sebabkan anak sendiri sakit & warded. Tahu apa yg jd lepas aku bagi semua tu?
Baby berak berdarah. Satu pampers najis bercampur darah. Tahu kenapa? Sebab usus baby yg baru lahir hanya blh hadam susu ibu sahaja. Tak blh benda lain. Even formula milk pun kene yg betul2 utk new born. Kau x blh bg yg bayi 6m++.
Usus furqan luka disebabkan semua benda yg aku bagi even setitik 2 titik. Lagi bertambah hilang akalnya bila baby berak berdarah. Hari tu juga ayah Furqan bawa p klinik & klinik buat surat utk masukkan ke hospital. HRPZ.
Suami whatsapp bagitau baby kene masukkan ke hospital & mintak aku siap2 smua baju2. Menangislah untuk sekian kalinya. Jahitan masih belum kering sepenuhnya. Sebab aku 3rd tears degree. Memang x blh duduk. Just blh baring & jalan. Demi anak.. gagahkan juga diri.
And as expected, semua yg aku takutkan dihospital berlaku depan mata. Sekelip mata dah berada dlm wad baby. First masuk baby kene x-ray & ambil darah kat kaki. Furqan anak yg tersangat baik. Diantara puluhan baby dalam wad tu, furqan x nangis pun. Diam jer dy. Ibu tatap anak ibu dgn sebak. Tiba2 ternangis pulak. Semua penyesalan ade.
Diantara ibu2 dalam tu. Rasanya aku paling aktif. Tak pernah tinggalkan furqan walaupun nurse suruh masuk bilik & tinggalkan baby. No no no. Mmg x lah. Aku tercegat kat situ tunggu baby bangun tdur. Tapi furqan ni sejenis xblh dgr bunyi walaupun sikit. Mesti x blh tdur.
Waktu terasa lambat berjalan. Suami pulak blh masuk time2 tertentu jer. Dalam 5 hari di hospital. Mcm2 berlaku kat furqan. Pengalaman pahit yg takkan pernah aku lupa. Haishh.. kalau ingat balik menitis ayaq mata oii…ibu terasa nak menjerit & mintak maaf sebab kejahilan ibu jadikan ank ibu mangsa keadaan.
Tangan furqan membengkak disebabkan kecuaian staff kat situ. Mesin x beroperasi dgn baik. Aku pulak yg kalut cari nurse bertugas. Mesin antibiotik furqan tersangkut & bunyi beep beep kuat sgt. Menganggu baby2 lain nk tdur.
2 kali tukar mesin tapi x menjadi. Last2 nurse tu tolak syringe yg besar gedabak tu masukkan terus. Ape lagi menangis x bersuara Furqan tahan sakit. Aku pun nangis jugak. Keesokan hari membengkak tgn furqan. Aku hanya tdur 2-3 jam sehari. Semalaman jer terlelap & ade dr dtg ambil furqan tanpa bgtau aku sepatah.
Dtg bagi balik dengan baju hijau hospital yg penuh darah. Sebelum tu aku dgr jer suara furqan menangis kuat. Mungkin dr tgh ambil darah. Betul la.. kat tangan baby dah lebam2. Aku ambil baju baby dlm almari hospital & tukar. Hari tu aku nekad utk bawa baby keluar.
Actually. Masuk hari ke2. Furqan dah x berak berdarah. Dr pakar dtg follow up hari2 dah xde ape2 masalah. Cuma diorg still nk ambil darah & pantau. Aku pun selama berada disitu selalu tenangkan hati. P ronda2 tgk baby yg jauh lagi sakit dari Furqan. Ade makcik yg sebilik dgn aku dah 3 bulan dlm hospital. Well.. dy lg tabah kot. Huhu.
To all parents out there. Beware!!!! Jangan biarkan kejahilan kita membunuh anak sendiri. Refer to hospital. Jaundice majoriti bayi ade. Jgn panik & cepat risau. Ikut cakap dr. Btw furqan prolong jaundice. 2 bulan still kuning x hilang.
Same goes dgn resdung ade ulat. No! Resdung xde ulat. Jgn mudah tertipu g sedut asap merata2.
And I? I am ready for the 2nd inshaAllah. Selalu tambahkan ilmu parenting.
Semalam berlaku kejadian menyayat hati bila seorang bayi perempuan berusia dua tahun meninggal dunia selepas empat jam ditinggalkan di dalam kereta oleh ibunya.
Semua emosi mendengar berita ini dan tak kurang juga menyalahkan ibu kerana sikap terlupa. Tapi hakikatnya tiada ibu yang mahu perkara ini berlaku pada anak yang dikasihi.
Dapat difahami betapa berat kesedihan yang dirasai oleh ibu berkenaan sekarang. Lebih daripada itu adalah baik kita ambil pengajaran daripada kejadian yang berlaku.
Rentetan dari kejadian ini Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi tip bagaimana untuk mengelak kelalaian terutama akibat terlupa berlaku lagi. Jika diperhatikan daripada kes yang sama sebelum ini kebanyakan puncanya adalah sikap terlupa ibu bapa.
Hari ini kita digemparkan lagi dengan berita kes kematian seorang kanak-kanak kerana ditinggalkan di dalam kereta diparkir untuk masa yang lama.
Kes seperti ini kerap berlaku, dan biasanya disebabkan kelalaian ibu bapa. Insiden seperti ini boleh berlaku kepada sesiapa, termasuk diri kita sendiri, jadi kita perlu tangani kelalaian ini.
Di sini saya ingin kongsi beberapa tips untuk mengurangkan kebarangkalian perkara ini terjadi kepada anak anda.
1. Jangan letak kerusi kanak-kanak di belakang kerusi pemandu. Di situ adalah titik buta (blindspot). Letak di bahagian belakang tempat duduk penumpang agar ia berada dalam ruang pandangan.
2. Sentiasa jadikan amalan untuk memeriksa dalam kabin(termasuk tempat duduk penumpang hadapan dan tempat duduk belakang) sebelum mengunci kenderaan anda. Mulakan amalan ini mulai sekarang.
3. Letak patung permainan di kerusi kanak-kanak. Apabila letak anak di dalam kerusi itu, pindahkan patung tersebut di tempat duduk penumpang hadapan. Pilih patung yang besar dan berwarna terang. Patung itu peringatan bahawa anak anda di belakang.
4. Jika anda ada membawa beg susu anak anda bersama, sentiasa letak beg itu di bahagian hadapan. Konsepnya sama seperti tip ke-3. Ia peringatan bahawa anak anda ada di kerusi kanak-kanak di tempat duduk belakang.
5. Letakkan barang yang penting di belakang, bersama anak anda. Contoh: beg kerja, kunci pejabat, tag kerja, atau sebelah kasut anda di ruangan kaki di belakang. Nota: tidak digalakkan memandu tidak berkasut.
6. Letakkan tag/label pada pemegang pintu sebelah pemandu di bahagian luar, yang menandakan anak anda di dalam kereta. Label ini boleh dibeli atau dibuat sendiri menggunakan barangan di rumah. Contoh seperti dalam gambar di bawah.
7. Pesan kepada pihak sekolah atau pengasuh agar menelefon anda jika anak anda tidak tiba ke sekolah atau di rumah asuhan pada masanya. Boleh juga pesan pasangan anda untuk mengingatkan anda, terutamanya jika ada bertukar rutin menghantar anak.
8. Guna peranti (device) atau aplikasi telefon untuk mengingatkan anda bahawa anak anda di dalam kereta. Contohnya: ChildMinder SoftClip atau aplikasi Kars 4 Kids Safety . Nota: harganya tidak murah dan aplikasi memerlukan kereta mempunyai fungsi Bluetooth.
9. Bagi yg selalu guna aplikasi navigasi Waze, boleh pilih untuk hidupkan aturan Child Reminder ( Settings>Advanced Settings>General>Child Reminder). Waze akan mengingatkan anda sejurus sampai destinasi.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...