Trend sekarang bukan majlis kahwin saja dihias dengan pelamin, tapi majlis aqiqah pun turut punya deko yang sama. Nampak ‘grand’ sungguh dengan hiasan bunga-bungaan dan buaian cantik.
Melihat ramai selebriti melakukan majlis sebegini maka kita golongan biasa-biasa pun mengikut. Tapi wajarkah.
Perkongsian daripada Taufiq Salleh ada benarnya, semoga ia menyedarkan kita antara tentang trend yang tak perlu diteruskan ini.
Memang menjadi trend bila lahir anak buat majlis Aqiqah + berendoi beberapa tahun kebelakangan ni siap pelamin, marhaban, potong rambut bayi seorang sedikit buh dalam air (yang dinisbahkan pada nama bercukur).
Lagi sakan orang buat macam ni bila ambil contoh yang dibuat oleh selebriti terkenal. Ha.. Nak ikut artis tu buat ni, buat itu.. Barulah ‘Class’ katanya….
Ads
Hmm… Semua tu bukanlah ajaran Islam dan ini adalah budaya yang bercanggah dengan amalan yang Nabi ajarkan. Untuk apa buat majlis habis duit, penat-penat tapi pahala tidak diraih?? Silap hari bulan kalau tak buat majlis macam ni boleh dianggap tak sempurna pula.
Suami mainkan peranan anda
Suami, mainkanlah peranan anda sebagai ketua keluarga. Bila lahir anak, tahniqkan sendiri.. Usah kejar ustaz2 nak tahniqkan anak, keberkatan ibu ayah itu sendiri lebih utama.
Di hari ketujuh cukurlah rambut anak, timbang rambut tu kemudian kita sedekah ikut harga semasa emas atau perak. Sedikit tips, lepas cukur lumurkan kepala anak dengan air za’faran agar rambut anak tumbuh sekata, ia juga sunnah.
Tak perlu tunggu nak usung anak keliling orang kemudian orang potong rambut bayi selai dua helai buh dalam air. Amalan pelik apa tu?
Ads
Sunnah Nabi ajarkan cukur bagi habis terus, bukan dok bawa keliling orang suh potong rambut. Siap ketuk dengan daun kunyit ke apa ntah sebelum potong rambut, pastu tabur daun lagi. Ingat main masak-masak?
Kemudian, ada duit buatlah Aqiqah kambing untuk anak. Kambing, bukan lembu, ayam atau itik sebab Nabi kata kambing. 2 ekor untuk anak lelaki, seekor anak perempuan. Isytiharkan nama anak anda pada hari tersebut dan buat majlis makan kenduri tanpa perlu buat tahlil semua ni.
Tak perlu bazirkan duit buat pelamin
Jemput orang datang makan, kalau orang nak tengok anak boleh tengok dan doakan kemudian angkat kaki beransur.. Mudah je.. Tak perlu bazirkan duit buat pelamin untuk anak, anak tu bukan tau apa pun sebab yang dia tahu nak tidur je.. Asal kalau tak letak anak dalam katil tanpa letak atas pelamin cantik2 ni anak lambat membesar ke camana?
Percayalah bila anda buat ikut sunnah, keberkatan akan turun dalam hidup anak anda seperti air hujan mencurah-curah. Allah berkati usaha anda yang mengikuti amalan yang dilakukan oleh Nabi. Jika dulu kita tak buat ikut sunnah, semoga Allah ampuni dosa kita.
Ads
Ada anak lagi kita perbetulkan bagi ikut sunnah. Itu jam kalau orang lain pelik pasal kita tak buat majlis macam anak sebelum ni jangan rasa malu pula. Kita patut bangga kita mengikuti ajaran sunnah Nabi, dan kita nak majlis itu menjadi sebagai salah satu ibadah. Kalau penat pun, lega ikut sunnah…
Tiap kali tiba hari ulang tahun kelahiran, selalunya disambut gembira dengan kek dan ucapan tahniah. Namun tidak bagi pelakon dan penyanyi, Safura Ya’cob. Tarikh lahirnya anaknya membuatkan dia digamit rindu.
Semalam, Safura berkongsi kenangan bersama arwah anaknya, Nur Aisyah Mariam yang hanya sempat didakap hanya selama tiga tahun. Dalam status ringkas di instagram Safura meluahkan kerinduan pada arwah anaknya yang meninggal dunia pada 12 September 2011.
“23 Ogos 2008… Lahirnya anak syurgaku ke dunia. Tiga tahun menanti kehadiran mu dan tiga tahun sahaja Allah pinjamkan kami untuk membahagiakan kami sekeluarga.
“Sesungguhnya Allah itu adalah sebaik-baik perancang. Kami reda dalam ketentuan Mu ya Rabb… Semoga Allah pertemukan kita nanti dalam Jannah Allah yang sudah tentu pasti. Mama rindu, Al-Fatihah,”demikian luah Safura.
Pengikut instagram Safura melahirkan rasa sedih membaca status tersebut kerana dapat memahami perasaan rindu seorang ibu kepada anak yang telah tiada.
Menambah rasa sebak apabila Safura turut memuat naik gambar pusara dan juga gambar arwah yang juga anaknya dengan pelakon Sahronizam Noor.
Selain Mariam, Safura dan Sahronizam mempunyai tiga lagi cahaya mata iaitu Yusoff Firdaus, 9 tahun, Zara Nur Aisyah, 8 tahun dan Ariana Sofia, 4 tahun.
Safura turut mempunyai dua orang anak lain iaitu Nurul Natasha, 24 dan Muhammad Daniel Khaqim, 18, hasil daripada perkahwinannya sebelum ini.
Bila dengar rakan baru bersalin kita memang teruja nak pergi melawat. Tapi perlu diingat juga bilangan bayi yang dimasukkan ke hospital semakin bertambah akibat jangkitan kuman dari orang dewasa yang melawat mereka.
Oleh itu jangan terlalu gembira apabila melawat sanak saudara atau rakan taulan yang baru melahirkan anak. Bagi sedikit privasi kepada ibu dan anak.
Anak yang dilahirkan tidak mempunyai daya tahan yang kuat. Mudah mendapat jangkitan kuman.
Si ibu pula jangan rasa bersalah untuk menghalang mana-mana individu menyentuh anak mereka. Kita tidak tahu mungkin di antara mereka yang sedang membawa kuman berbahaya.
Jadi bagi yang hendak melawat rakan atau saudara yang baru melahirkan anak, menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad ada 10 pantang larang yang perlu mereka tahu dan ikut demi kebaikan si kecil.
1. Jangan cium bayi
Lihat dan senyum pada bayi sudah cukup menunjukkan kita sangat gembira. Kebarangkalian untuk kita menyebarkan virus kepada bayi sangat tinggi jika kita mencium bayi.
2. Jangan sentuh bayi
Mengusik pipi juga sudah cukup untuk menyebarkan virus kepada kulit bayi. Tadi di tandas, ada basuh tangan guna sabun tak sebelum nak sentuh bayi? 🙂
3. Jangan ikut kalau tak sihat
Bila demam atau rasa tidak sihat, tak perlulah datang melawat bayi. Jangan ambil kesempatan nak melawat bayi lepas pergi klinik sebab demam. Bila demam dan selsema, rehat sajalah di rumah. Kesian jika bayi pula yang demam dan selsema.
4. Jangan lama-lama bila melawat
Jangan bawa makanan seperti mahu berkelah. Bayi pun mahu menyusu setiap dua jam. Ibunya mungkin mahu rehat dan tidak larat bila ramai yang melawat dan berbual lama. 30 min sudah mencukupi. Lebih sejam, sudah lama sangat.
5. Jangan datang tiba-tiba
Beritahu bila ingin datang. Jangan datang secara tiba-tiba kerana si ibu mungkin sedang berehat, membersihkan diri dan bayi mungkin baru tidur.
6. Bersihkan diri
Cuci tangan atau gunakan ‘hand sanitizer’ sebelum masuk bilik di mana bayi ditempatkan. Ini mengurangkan risiko jangkitan kuman sebab kebanyak jangkitan kuman adalah melalui sentuhan.
7. Elak guruan sensitif
Jauhkan dari komen yang tidak sedap didengar walaupun dengan niat bergurau. Siibu sedang kepenatan dan mungkin lebih sensitif terhadap komen-komen negatif.
8. Jangan wangi sangat
Tak perlu guna wangi-wangian yang menyengat. Ia mungkin mengganggu ibu dan bayi.
9. Jangun kejutkan bayi yang sedang tidur
Bayi yang baru lahir memerlukan waktu tidur yang lama. 12-14 jam.
10. Doakan dan hulurkan sumbangan
Sebelum balik, hulurlah sedikit sumbangan pada ibu sebagai tanda gembira dan ucapkan tahniah. Paling baik berdoalah depan si ibu untuk kesihatan dan keselamatan bayi. Semoga si anak menjadi manusia yang taat, sihat dan berbakti.
Jangan selalu biar lampu 'fuel low' menyala, ada bahaya menanti! Tapi sebenarnya ramai yang antara kita buat perkara sebaliknya. Walau dah tanda fuel low dah...