Pemberian SARA RM100 atau bantuan tunai Sumbangan Asas Rahmah yang diumumkan Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini membuatkan kita kecoh seketika. Ramai yang menyangka RM100 ini akan dimasukkan melalui fungsi Touch ‘n Go (TNG) yang ada pada MyKad, tapi rupanya TIDAK.
Sebenarnya Touch ‘n Go tidak terlibat langsung dalam inisiatif Bantuan Tunai SARA RM100 ini. Jadi, kita tidak perlu semak baki kad TNG dan tak perlu risau kalau kad TNG dah tamat tempoh, malah tak perlu risau MyKad tiada fungsi TNG.
Ini kerana tiada pendaftaran, tiada pengaktifan, tiada aplikasi atau pendaftaran diperlukan untuk menebus bantuan ini. Hanya guna MyKad yang sedia ada. Kita cuma perlu bawa MyKad ini untuk menebus SARA RM100 di pasar raya yang mengambil bahagian bermula dari 31 Ogos hingga 31 Disember 2025.
Namun perlu diingat bantuan tunai RM100 SARA ini hanya boleh digunakan untuk barangan keperluan asas yang dibenarkan meliputi 14 kategori termasuk barangan dapur, penjagaan diri, ubat-ubatan, produk pembersihan dan keperluan sekolah yang diletakkan dalam kategori MyKasih.
Antara pasar raya dan kedai yang mengambil bahagian di bawah program MyKasih seperti Mydin, Giant, Econsave, Lotus’s dan 99 Speedmart.
Bagi menebus Bantuan Tunai RM100 SARA ini, pergi ke pasar raya yang mengambil bahagian dan beli barangan keperluan dengan label My Kasih.
Langkah 1: Pilih barangan keperluan daripada 14 kategori yang ditetapkan. Cari label SARA dan MyKasih pada produk.
Langkah 2: Terus ke kaunter bayaran dan tunjukkan MyKad anda untuk pengesahan.
Langkah 3: Jika ini kali pertama anda menebus bantuan tunai melalui SARA, PIN default 6 digit adalah 6 digit pertama nombor MyKad anda. Anda akan diminta menetapkan PIN baharu.
Jika anda telah menetapkan PIN sebelum ini, gunakan PIN tersebut semasa membuat bayaran.
Langkah 4: Juruwang akan imbas semua barangan yang layak di bawah inisiatif SARA.
Langkah 5: Sahkan pembayaran menggunakan MyKad anda dan masukkan PIN 6 digit yang telah anda tetapkan.
Langkah 6: Pembayaran selesai dan resit akan dikeluarkan untuk transaksi anda.
Agar lebih faham boleh tonton video yang dikongsi di bawah.
Sumber: Soya Cincau & mykasihofficial
Baca artikel: Surat Beranak Lama Yang Dah Kuning & Lusuh Tu Boleh Tukar Baru. Bayar RM5 Saja, Ini Caranya