Periuk Dah Guna 22 Tahun Tapi Masih Elok Bersih Berkilat. Tip Wanita Ini Cuma Basuh Guna Lebihan Sabun Mandi

Share

Periuk ini dah 22 tahun digunakan, level periuk legend tapi masih elok bersih berkilat. Berbeza pula dengan periuk belanga sesetengah dari kita mesti ada kesan hitam malah ada juga yang berkerak tebal.

Supaya periuk kekal bersih begini, Zainun Mamat berkongsi tip yang digunakan hingga periuk belanga koleksinya masih kekal bersih berkilat.  Cara beliau mudah dan murah, cuma cuci dengan lebihan sabun mandi.

Tip periuk guna 22 tahun masih bersih berkilat

Periuk saya ni dah berusia 22 tahun. Masih cun melecun lagi. Setiap hari kita masak dan selepas memasak mesti kena basuh peralatan memasak terutamanya periuk dan kuali. Selalunya periuk kita akan jadi hitam di bawahnya. Sukar Juga nak cuci dan sental.

Cara saya, cuma gunakan sabut besi untuk cuci periuk dan lebihan sabun mandi. Sabun mandi yang dah kecil jangan dibuang ya.

Caranya mudah saja;

1. Rendam sabut besi dengan sabun mandi dan sedikit air. Tekan-tekan sikit biar jadi berbuih.

2. Kemudian bolehlah sental periuk. Bilas dan cuci Bersih. Berkilat jadinya. Sedap mata memandang.

3. Sabut besi ini juga tahan lama sampai 3 ke 4 hari. Tak mudah berkarat. Cubalah.

Selamat mencuba.

Kalau teringin nak beli koleksi set periuk cap Buaya macam ni boleh klik SINI untuk beli di Shopee.

Sumber: Zainun Mamat

IKLAN