Makan

Pes Asam Pedas Ini Hasilnya Memang Padu. Nak Masak Asam Pedas Hari-Hari Pun Boleh

Share

Pes asam pedas ini wajib ada kalau ramai peminat lauk ini di rumah dan setiap minggu hidangan ini mesti ada atas meja.

Bila dah ada siap-siap pes begini senang kerja tiap kali nak buat asam pedas. Tak perlu dah nak kisar bawang, nak tumis lama-lama — buka bekas, ambik sesudu dua, tumis, masuk air, terus jadi asam pedas yang padu.

Cara buat pes asam pedas homemade

 

Bahan-bahan

3 biji bawang besar **
3-4 genggam cili kering – potong, bersihkan dan rebus **
5-6 ulas bawang putih **
1 ketul kunyit hidup **
3 inci halia **
1 sudu besar lada hitam **
Satu kiub ayam **
1 inci belacan bakar **
2 batang serai – diketuk
1 sudu besar halba
1 ikat daun kesum (60sen)
2 sudu teh garam halus atau secukup rasa
1 mangkuk kecil air asam jawa
4 sudu teh gula atau secukup rasa
2 1/2 senduk besar minyak masak – menumis

Cara penyediaan

1. Cili kering dipotong serong buang biji cili, dibersihkan dan direbus lembut. Selepas itu angkat cili air rebusan buang.

2. Di dalam pengisar/blender satukan bahan bertanda kisar hingga hancur dan halus.

3. Panaskan minyak, tumis halba kemudian letak serai. Tuang bahan kisar lalu masak hingga pecah minyak (lebihkan minyak sewaktu menumis).

4. Kemudian masukkan bersama bahan-bahan lain, perasakan secukup rasa. Masakkan lebih kurang 3 minit lagi.

5. Apabila siap, sejukkan dahulu sebelum disimpan di dalam bekas supaya lebih tahan lama. Nak lebih tahan lama simpan di tempat sejuk beku.

Cara memasak

  • Untuk asam pedas ayam kuantiti setengah ekor masukkan 5-6 sudu besar pes asam pedas tip top, air 5 cawan (agak-agak paras ayam di dalam periuk). Masak hingga mendidih.

 

  • Jika kekurangan dari segi rasa boleh tambah ikut citarasa. Jika suka kuah pekat kuah, tambah pes. Hasil kuah asam pedas menggunakan pes ini merah cantik dan sedap. Bau aroma asam pedas padu.

Sumber: Julia Aleen Aireish

Baca Lagi: Buat Asam Pedas Cara Orang Johor, Kuah Pekat & Lebih Senang Buat. Sedap Dah Tentu

 

Published by
VK