Ada orang yang alah bila makan ikan tongkol atau dipanggil juga ikan kayu serta ikan aya. Kulit jadi gatal-gatal.
Memang sejak dulu, orang orang tua kita mengatakan ikan ini ada bisa. Jika nak makan juga kena buang bisanya terlebih dahulu. Mungkin sekarang tak ramai yang tahu tentang petua ini.
Dikongsi oleh Asmimy Abu Bakar ini cara yang digunakan oleh orang dulu-dulu untuk membuang bisa ikan tongkol.
Petua buang bisa ikan tongkol
Petua nak buang isi bisa dalam ikan tongkol/kayu/ aya. Petua ini arwah nenek yang ajar. Ada setengah ikan isinya bisa untuk sesetengah orang yang makan. Kadang-kadang boleh sebabkan kegatalan pada badan.
Selalu kalau siang ikan ini saja saya buat begini, sama ada ikan tongkol dan cencaru. Betul atau tak petua ni wallahhua’lam. Caranya boleh rujuk pada gambar.
Ads
1. Pegang hujung ekor ikan dan pusing ikut arah jam.
2. Kemudian tarik hujung ekor, isi bisanya akan tertarik keluar sekali.
Kebanyakan belakang kuali di dapur kita memang tahap ‘legend’. Biasanya hitam dan ada kerak sebab selalu digunakan untuk memasak.
Nak hilangkan kerak hitam ini pula memang susah sebab sudah mengeras. Tapi cara yang dikongsi oleh Amy Rosina ini memang menarik. Kerak hitam belakang kuali yang bertahun-tahun boleh hilang dalam 30 minit saja. Terus licin dan berkilat.
Caranya pun mudah sangat, tak perlu beli berus atau pencuci khas. Cuma guna kapur saja. Ya kapur yang makan dengan sirih ni!
Langkahnya boleh ikut tip yang beliau kongsi.
Tak perlu susah payah sental sampai lenguh lengan atau luka jari. Guna cara ini tak sampai 30 minit kerak 10 tahun hilang. Saya share untuk semua suri. Bahan yang diperlukan cuma kapur makan, berus dawai dan pisau.
Dah tahu cara mudah ni boleh buat untuk kuali kita kat rumah ya. Selamat mencuba!
Boleh kata setiap hari menu ayam goreng ini memang ada di rumah. Nak menggoreng ayam ini selalunya guna minyak yang banyak. Memandangkan harga minyak masak pun dah mahal, kita kenalah cari cara untuk kurangkan penggunaannya waktu menggoreng ayam ini.
Salah satu caranya adalah menggunakan air fryer. Tapi kaedah ini kena juga letak minyak sikit supaya hasilnya sedap. Namun sebenarnya ada cara menggunakan air fryer tanpa menggunakan setitik pun minyak untuk menggoreng ayam. Dikongsi Tsu Feh Sufiah kaedah ini langsung tak gunakan minyak tapi ayam goreng tetap sedap dan rangup.
Semata-mata tak nak guna minyak, gigih cari solusi cara goreng ayam pakai air fryer. Cer tengok nih! Yes. Misi berjaya. Ayam goreng sedap dan rangup.
Tengah hari tadi goreng ayam tak pakai minyak tau, yang nampak berminyak tu sebab lemak daripada ayam tu keluar. Korang try la buat. Serius,tak payah masuk setitik minyak pun. Caranya senang saja;
1. Basuh bersih ayam
2. Lumurkan ayam dengan ;
– Bawang putih (tumbuk lumat)
– Sedikit halia (tumbuk lumat)
– Sedikit kunyit hidup (tumbuk lumat)
– Sedikit kunyit serbuk & garam
3. Gaul sebati.
4. Masukkan dalam bakul air fryer , suhu 180 darjah. Masa 15 minit.
Notak: Saya guna AirFryer Philips Tak perlu balik-balikkan ayam pun. Tetap masak sekata. Sebab ada twin turbo. (Klik SINI untuk beli).
Goreng ikan, semua boleh buat, macam senang kan. Tapi kalau tak tahu cara goreng ikan yang senang pun tak menjadi. Ikan melekat dan kering saja. Sudahnya bila sejuk ikan goreng pun keras.
Sebab itu kena tahu teknik cara untuk menggoreng ikan yang betul supaya dapat hasil gorengan yang cantik (tidak melekat pada kuali) dan ‘juicy’ (rangup di luar dan lembap di dalam).
Macam mana nak buat? Ikut penerangan ahli kimia Fatimah Salim ini. Menariknya ada sains yang perlu kita fahami di sebalik menggoreng ikan. Baru boleh dapat hasil gorengan ikan yang juicy.
Ramai pasti tahu yang rasa ikan goreng dipengaruhi oleh jenis ikan, kesegarannya dan bahan perapannya. Tahukah anda rasa ikan goreng juga disumbangkan oleh cara memasak serta kawalan suhu semasa memasak?
Masalah yang sering timbul ialah untuk mendapatkan hasil gorengan yang cantik (tidak melekat pada kuali) dan ‘juicy’ (rangup di luar dan lembap di dalam). Mari kita selami sains disebalik menggoreng ikan ini.
Ikan melekat pada kuali kerana permukaan ikan basah yang bersentuhan dengan permukaan kuali. Semasa mengoreng, api akan memanaskan kuali dan minyak.
Ikan yang bersentuhan dengan permukaan kuali lalu menyebabkan ikan terus mengering pada kuali dan menyebabkannya melekat. Keadaan ini akan menyukarkan proses menterbalikkan ikan dan sebahagian daripada isinya akan melekat pada kuali.
Untuk mengelakkan perlekatan ikan dengan permukaan kuali, panaskan minyak secukupnya (agak2 sehingga SEDIKIT berasap) kemudian masukkan ikan.
Disebabkan tidak larut bersama, perlanggaran antara molekul-molekul minyak dengan molekul-molekul air pada ikan akan menghasilkan bunyi gorengan yang kuat.
Minyak yang cukup panas ini akan menyebabkan air pada permukaan ikan meruap dengan cepat dan menjadikannya kering dan rangup. Maka, permukaan ikan yang bersentuhan dengan kuali tidak akan melekat.
Permukaan ikan yang rangup tadi akan menjadi selaput penghalang untuk air di dalam ikan daripada meruap seterusnya mengekalkan kelembapan (juiciness) dalam isi ikan.
Ikan haruslah dimasak SEKEJAP sahaja kerana struktur kimia ikatan protein isi ikan adalah longgar jika dibandingkan dengan daging ayam dan lembu. Maka ianya tidak memerlukan masa yang lama untuk dimasak.
Memasak ikan terlalu lama akan menyebabkan lembapan dalam isi ikan meruap, seterusnya menjadikan isinya keras. Ini sesuai untuk mereka yang sukakan ikan yang rangup dan garing.
Nota: Mereka yang menggunakan kuali kali lekat tidak akan mengalami masalah perlekatan semasa menggoreng kerana teknologi selaput pelinciran telah membantu.
Mudahnya, kena panaskan kuali sehingga meruap dan digoreng sekejap saja.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...