Masalah jeragat dan whitehead hampir semua orang mengalaminya. Kalau buat rawatan nak hilangkan masalah ini di spa sekarang memang agak mahal juga.
Tapi orang tua kita dulu memang ada saja petua yang murah dan berkesan untuk menyelesaikan masalah termasuklah untuk jeragat dan whitehead ini.
Dikongsi oleh Marina Saringat cara orang dulu-dulu mengurangkan jeragat dan whitehead ini hanyalah menggunakan limau dan juga tepung. Malah beliau sendiri mengamalkan petua ini dan hasilnya memang berkesan, flawless jadinya.
Petua pudarkan jeragat dan kurangkan whitehead
Actually ini petua orang dulu-dulu. Tapi saja flashback untuk korang sejak belajar and dapat petua ini dari ibu ibu.
Ads
Tip ini sangat mudah dan senang saja nak cari bahan-bahannya. Tapi apa pun petuanya, mestilah kena KONSISTEN gais. Caranya;
1.Sediakan bahan berikut;
– Sebiji buah limau kasturi.
– Satu sudu kecil tepung gandum
Ads
2. Perahkan jus limau dan campurkan ke atas tepung. Gaul sebati dua bahan ini .
3. Kemudian tepek lembut lembut pada muka tapi pastikan sebelum itu bersihkan muka terlebih dahulu. Basuh selepas 15 minit.
Ads
3. Amalkan 3 kali seminggu dan konsistenkan pemakaian. Hasilnya nanti whitehead berkurangan, jeragat memudar plus lama-kelamaan kulit jadi bersih.
Masuk ke kedai yang ada menjual macam-macam barang penyimpanan memang menarik. Bekas plastik pelbagai warna, saiz dan harga yang murah pula buat kita mudah membelinya. Memang berguna pun di rumah.
Tapi pesanan ahli kimia Fatimah Salim hati-hati dalam memilih barang ini sebelum dibeli. Perhatikan juga kod tiga segi di bahagian bawah bekas ini. Ada makna di sebalik nombor yang tertera.
Heboh pula kisah kedai RM2. Saya secara peribadi, masuk saja kedai serbaneka RM2. Bukan apa, saya suka kepelbagaian barang yang dijual, ada yang saya beli juga.
Barangan yang murah kita maklumlah ada baik dan buruknya. Namun jika kita pandai membeli dengan membandingkan harga dan jenis barangan, untung sebenarnya. Ada barangan sama yang jauh lebih murah daripada kedai lain.
Elak beli barang plastik warna hitam
Cuma nak pesan, barangan yang melibatkan penyimpanan makanan harus lebih berhati-hati. Contoh barangan plastik berwarna hitam yang mungkin diperbuat daripada plastik kitar semula. Barangan murah dikaitkan dengan kitar semula komponen plastik barangan elektronik seperti keyboard, komputer dan sebagainya.
Kajian menunjukkan terdapat potensi bocoran (leaked) bahan-bahan kimia seperti cadmium, chromium, mercury, antimonyke dalam makanan yang dimasak, disamping bahan penebat api berbromin terutamanya apabila dipanaskan melebihi suhu 70 degree Celcius.
Interaksi dengan masakan berminyak, berasid dan bergaram tinggi juga meningkatkan risiko bocoran bahan-bahan kimia tersebut. Bukannya tidak boleh guna, cuma ELAKKAN penggunaan plastik jenis sebegini pada suhu panas.
Berkongsi mengenai barangan plastik, mari ulangkaji mengenai label Resin Identification Code (RIC) yang digunakan pada barangan plastik supaya kita lebih cakna.
Makna kod nombor dalam segitiga
Cuba perhati barangan plastik anda. Perasan tak adanya nombor 1 hingga 7 yang biasanya berada dalam kurungan segitiga (rujuk gambar di bawah). Sebenarnya ianya adalah kod rujukan yang bertujuan untuk mengklasifikasikan jenis bahan kimia polimer binaan aka material untuk bekas plastik berkenaan.
YA. Kod ini bertujuan untuk memudahkan proses pengumpulan semula bekas yang mempunyai bahan binaan yang sama untuk dikitar semula (recycled).
Untuk kod resin No.7 agak unik kerana ianya mengumpulkan pelbagai bahan binaan yang bukan dalam kategori utama No.1-6. Untuk lebih terperinci, boleh rujuk senarai dalam gambar di bawah.
No. 3
Bekas berkod resin No.3 iaitu yang diperbuat daripada bahan kimia polimer vinyl chloride (PVC) boleh membocorkan (leaked) bahan kimia phthalates yang mana telah dikaitkan dengan masalah sistem peranakan dan tumbesaran.
No. 7
Bekas berkod No.7 terutamanya yang diperbuat daripada bahan kimia polimer carbonate (PC) boleh membocorkan bisphenol A (BPA) yang mana telah dikaitkan dengan pembesaran prostat dan gangguan sistem peranakan pada bayi dan kanak-kanak, juga kanser payudara, diabetis, kegemukan, penyakit berkaitan jantung.
No.6
Bekas berkod resin No.6 pula boleh membocorkan styrene iaitu bahan kimia penyebab kanser (kasinogenik). Ini juga sebab kenapa kini pembungkus polystyrene tidak dibenarkan untuk membungkus makanan, apa lagi untuk makanan panas.
Yang lain masih lagi selamat
Sebenarnya isu keselamatan barangan plastik ini pada dos yang kita terdedah setiap hari masih lagi menjadi perdebatan. Setakat ini, FDA hanya mengharamkan penggunaan bahan ber BPA dalam produk botol bayi.
Yang lain masih lagi dikategorikan sebagai selamat kerana jumlah bahan kimia pemberi risiko yang boleh terbocor dan masuk dalam badan kita (melalui makan, minum, terhidu atau aplikasi pada kulit) adalah sangat sedikit jika dibandingkan dengan pendedahan luar. Dan sistem sistem badan kita mampu mengeluarkannya secara semulajadi.
Usah risau, FDA bukan suka-suka keluarkan keputusan. Ianya dibuat berdasarkan timbang tara beribu kajian klinikal tentang keselamatan barangan plastik ini. Jika pengeluar mengikut garis panduan pembuatan dan kita pula menggunakannya dengan betul, ianya selamat. Maka, gunakanlah bekas-bekas ini sesuai dengan TUJUANNYA agar keselamatannya terjamin.
Nota kaki: Kod pada bekas plastik ini BUKAN petanda berapa kali ianya boleh dikitar semula ya.
Semoga bermanfaat.
Dalam situasi PKP ramai ibu yang baru atau bakal bersalin kena melalui tempoh berpantang sendirian.
Bagi memudahkan penyediaan makanan dalam tempoh ini elok sekiranya sediakan siap-siap serunding halia ini. Kakak, mak mentua, atau ahli keluarga yang lain pun boleh tolong buatkan juga.
Caranya dikongsi oleh Azizah Salleh yang menyediakan hidangan ini dua orang anaknya yang bersalin.
Cara buat serunding halia untuk ibu lepas bersalin
Cara membuat;
1. 1 kg halia – dibersih, parut, buang airnya (perah) dan digoreng garing. Angkat dan toskan minyaknya. Biarkan sejuk.
2. Lada hitam – sangai dan kisar. Guna dalam 2 sudu sahaja.
3. Tiga labu bawang putih, buang kulit dan hiris nipis (jangan terlalu nipis). Goreng garing, sejukkan.
4. 300 gm ikan bilis. Goreng garing dan sejukkan. Setelah sejuk, kisar kasar (guna blender kering).
5. Setelah siap semua bahan, satukan kesemuanya dalam mangkuk. Masukkan 2 sudu kecil garam. Gaul sebati. Siap.
Sedap dimakan dengan nasi panas. Boleh disimpan dalam bekas kedap udara.
Stor di kebanyakan rumah kita adalah tempat simpan barang yang jarang digunakan atau barang yang tak mahu lagi digunakan.Ramai yang letak barang ini bertindan-tindan,...