Selepas setahun menyimpan, beberapa hari yang lalu ramai yang pecah tabung mengira jumlah simpanan hasil menabung ikut warna duit.
Paling best ada yang mencecah RM7 ribu hasil menyimpan RM20 sehari. Banyakkan!
Kalau korang nak hasil yang sama tak pernah terlambat untuk mulakan. Mula terus hari ini. Walau serendah RM3 pun menyimpan setiap hari korang akan dapat ribuan ringgit. Betul, Nazrul Akram dah kira kan untuk kita.
Simpan RM10 sehari dapat RM3,650 setahun
Kalau anda menabung setiap hari RM10.00 dari 1 Jan hingga 31 Dec, maka anda akan dapat RM3,650. Bagi saya RM3,650 banyak boleh bayar roadtax, service kereta, pergi travel, renovate rumah ke. Tu belum kira kalau korang simpan dan deposit dalam ASB. Berbunga bunga dividen dia.
Ads
Kalau RM10.00 setiap hari tu besar, boleh mulakan dengan RM5.00. Tak susah mana pun cuma kena disiplinkan diri untuk menabung. Tapi jangan pulak korek tabung anak. Kalau pinjam duit anak WAJIB bayar balik. Pasal tu hak dia ye tuan-tuan.
Mari saya share contoh simpanan :
RM10 X 365 hari = RM3650 RM3650 X 6% (Dividen ASB) = RM3869.00
RM5 X 365 hari = RM1825 RM1825 X 6% (Dividen ASB) = RM1934.50
Ads
Kalau tak mampu cuba simpan RM3.00, nampak sikit kan tapi kalau dah setahun ribu jugak jadinya.
RM3 X 365 hari = RM1095.00
Hasil simpanan RM3 ni pun paling tidak dapat membantu bayar roadtax kereta ke, buat beli baju sekolah anak ke…. ape-ape la yang korang nak belanja.
Kalau malas nak simpan tiap-tiap hari ni korang tolak daripada gaji siap-siap. RM100, RM200, RM300 setiap bulan. Tak dee masalah pun.
Ads
Foto @MaisarahMahmud
Kalau konsisten simpan selama 3 tahun!
Paling best tengok figure tu bila masuk tahun ketiga. Cuba simpan RM10 setiap hari.
RM10 X 365 hari = RM3650
RM3650 X 3 tahun = RM10950
RM10950 X Dividen ASB = Korang kira sendiri la!
Saya bukan pakar kewangan tapi simpanan ni patutnya adalah wajib bagi kita yang dah bekeluarga ni. Senang nak manage ujung tahun anak nak masuk sekolah atau time nak raya. Tak de laa senak perut.
Kalau di rumah ada tanam pokok buah tapi tak nak berbunga dan berbuah, mungkin tiba masa untuk kita buat sendiri baja buah.
Memang boleh beli tapi kalau nak jimat buat sendiri sebab, bahan-bahannya adalah sisa dapur yang memang kita buang. Guna tiga bahan ini saja.
Cara buat baja buah organik cecair yang sangat mudah
Boleh gunakan bahan dari dapur sebagai bahan utama baja cecair yang baik untuk buah.
Bahan diperlukan:
Gula merah (1 kg) (dicairkan dengan 200 mL air)
Kulit pisang (700g)
Kulit udang (belum dimasak) (200g)
Kulit telur (100g)
Bekas besar
Botol plastik 1.5 L
Cara-cara:
1. Kisar kulit pisang, udang dan telur.
2. Campurkan segala bahan di dalam bekas dan gaul rata.
2. Setelah itu masukkan ke dalam botol 1.5 L.
3. Tutup dengan kain kasar agar tiada serangga masuk. Penggunaan kain agar berlaku proses pengudaraan untuk mikrob bekerja.
4. Peram selama 15 – 20 hari ( seminggu pun boleh guna dah)
5. Setelah itu, tapis cecair hasil peraman.
Penggunaan
Campurkan baja cecair bersama air dengan nisbah 1:20 (baja cecair: air). Contohnya 10 mL baja dengan 200 mL air.
Sembur pada daun pokok untuk kesan maksimum. Tidak kisah waktu semburan. Jika hujan selepas itu, boleh lakukan semburan kembali.
Kelebihan baja buah ini kepada tumbuhan:
Kulit pisang membekalkan kalium (K) sesuai untuk pembuahan.
Kulit udang membekalkan unsur surih (TE) sesuai untuk tumbesaran.
Kulit telur membekalkan kalsium (Ca), fosforus (P) sesuai untuk pertumbuhan batang dan buah pokok.
Kebelakangan ini ramai yang mula berminat tanam pokok keladi hiasan di rumah. Tambah pula bila mengetahui harganya boleh mencecah ribuan ringgit.
Harga keladi hiasan ini jadi begitu tinggi harganya jika bentuknya unik dan dan saiznya besar seperti spesis monstera ini.
Bagi yang baru berjinak-jinak dengan hobi menanam pokok keladi tip berikut boleh dijadikan panduan supaya pokok keladi hiasan yang ditanam hidup subur dan lebat daunnya.
Tip penjagaan pokok keladi hiasan
Pokok keladi sesuai di tanam atau diletakkan di tempat yang terlindung daripada sinaran matahari terus pada pokok. Pancaran matahari yang terik boleh menyebabkan daun keladi mudah lecur jika terdedah kepada cahaya matahari secara berterusan.
Disebabkan pokok keladi sangat sensitif kepada kepanasan dan cahaya matahari yang terus, ia memerlukan siraman yang kerap dan juga baja yang mencukupi. Pastikan tanah sentiasa lembap. Dalam masa yang sama pastikan air tidak bertakung dan tanah tidak kering.
Sebaiknya siram 2 kali sehari jika cuaca panas. Boleh gunakan baja kimia untuk pertumbuhan daun yang lebat. Pastikan tabur baja jauh sikit daripada batang dan daun untuk elakkan lecur pada bahagian tersebut.
Cara Tanam/Pembiakan
1. Pokok keladi mempunyai akar besar atau yang berisi dipanggil ubi. Pastikan ambil sekali dengan akar dan ubinya untuk tanam. Buat lubang tak perlu dalam sangat supaya sistem akar lebih mudah hidup terbentuk.
2. Pokok keladi hiasan akan nampak lebih cantik di tanam dalam pasu. Jika dibiarkan tanam atas tanah ia akan hidup bersepah dan tak tersusun. Susah untuk kita uruskan.
3. Pokok keladi memang cantik dengan daunnya yang lebar. Tapi awas, ada jenis pokok keladi yang beracun iaitu getah yang keluar dari bahagian batang, daun dan isinya. Jadi, bila potong kena berhati hati supaya tidak terkena getah.
Getah keladi kalau terkena pada kulit boleh menyebabkan gatal-gatal. Jika ada anak kecil pastikan letak pokok keladi di tempat yang sukar dicapai anak-anak atau letakkan jauh dari tempat laluan.
Ini idea minum petang yang bukan saja senang nak buat malah jimat. Bahan yang diguna memang ada di dapur dan tak banyak tapi boleh kenyang seisi keluarga.
Paling best tak perlu lenguh tangan uli tapi donat tetap lembut dan gebu. Kalau nak cuba boleh ikut resipi perkongsian Mida Asmira.
Donat Gebu Tanpa Uli (anggaran 25 bijik)
Bahan A:
1 paket yis kering
2 sudu susu pekat
1 cawan air suam (saya guna 1 1/2 cwn air suam)
2 sudu gula
Bahan B:
4 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
Cara membuat:
1. Campurkan bahan A dan biarkan sehingga kembang.
2. Sementara itu campur semua bahan B dan ramas bahan ini hingga jadi macam serbuk roti.
3. Kemudian campurkan adunan tepung tadi dengan yis yang sudah kembang. Gaul rata.
4. Biarkan selama 1 jam. Pastikan bekas ditutup ya.
5. Adunan memang lembik tau tapi uolls jangan risau ya. Jangan memandai tambah tepung tau.
6. Lepas satu jam tumbuk tumbuk doh tadi untuk keluarkan angin. kemudian ambil sikit untuk dicanai dan terap.
7. Saya bulat-bulatkan doh,kemudian leperkan sedikit dan lubangkan guna penutup botol. Masa ni ambil la skit tepung untuk terap acuan.
8. Selepas dah bentukkan donut. Biarkan selama 30 minit.
9. Kemudian bolehlah goreng. Pastikan minyak betul-betul panas. Goreng dgn api sederhana perlahan.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...