Hobi & Minat

Pintu Sliding Susah Tutup, Selalu Tersekat Mudah Saja Cara Baiki. Cuma Perlu Ketatkan Skru

Share

Pintu sliding susah ditutup dan tersekat adalah masalah yang biasa terjadi pada kediaman yang menggunakan pintu jenis ini. Selalunya ia berlaku bila sudah lama digunakan.

Pintu sliding dengan masalah sebegini sebenarnya boleh kita baiki sendiri, dan tak susah pun. Caranya dikongsi oleh Jason_jezi

di akaun Tik Tok miliknya.

Ujarnya masalah pintu sliding susah ditarik atau ditolak berlaku kerana skru pintu longgar mengakibatkan pintu sliding turun. Jadi lakukan perkara berikut;

  1. Cari lubang skru di bahagian bawah pintu sliding kemudian ketatkan menggunakan screwdriver.

2. Apabila dah diketatkan pintu yang turun tadi akan naik semula. Selesai masalah pintu susah nak tarik.

3. Selain itu pintu sliding boleh jadi tersekat-sekat kerana ada kotoran seperti pasir pada rail. Jadi lap dan bersihkan kotoran.

 

@jason_jezi##Pintu ##Slide
sudah lama pakai mesti ada masalah susah tarik, senang saja cuba ni ##TikTokGuru ##jombelajar ##learnontiktok♬ STAY – The Kid LAROI & Justin Bieber

Semoga bermanfaat.

Sumber: Jason_jezi

IKLAN